CHAPTER 93 : DATE WITHOUT A PLAN

1.9K 155 10
                                    

Luqman dan Aminudden terbaring kepenatan selepas berlawan dengan Ikhwan,ayah saudaranya memaksa mereka supaya mengatasi batasan masing-masing. Ikhwan sudah lama beredar dan mereka berdua kecewa kerana biarpun ayah saudaranya,hanya menggunakan 30 peratus tetapi mereka tetap tidak dapat kalahkan ayah saudaranya itu.

"Jangan lupa semua teknik aku ajar tu..."

"Haih..." keluh Luqman mengingati kata-kata ayah saudaranya,sebelum beredar meninggalkan mereka berdua terbaring di atas lantai.

"Kau rasa kita ada peluang kalahkan pak cik kita ke?" Soalan Aminudden menyedarkan Luqman.

"Berat soalan kau tu...berat..." jawab Luqman tersengih sambil bangkit dari baringnya.

"Hahaha...betul gak tu,30 percent pun kita tak mampu kalahkan..apatah lagi kalau dia guna 100 percent.." Aminudden berkata sambil matanya merenung siling bilik latihan visual.

"Jangan..kang hancur bilik ni dengan istana..." kata Luqman dan selepas habis dia berkata,berderai ketawa kedengaran dua beradik itu.

"Lepak kedai Arjuma jom?.." cadang Aminudden dan Luqman tersengih bersetuju.

"Jom!" Lantas dua beradik itu bangun dan menuju ke bilik mereka,untuk membersihkan diri masing-masing.

Lokasi berubah di tempat Jamel dan Raven berlawan,Elena serta Jane sekadar memerhatikan mereka berlatih. Mereka berdua terdengar tapak kaki dari belakang,lalu menoleh dan Jane terkejut dengan kehadiran Ikhwan bersama Alisa.

"Putera bongsu..." Jane menundukkan kepalanya tanda hormat,begitu juga Elena.

"Angkat kepala kamu berdua..tak payah nak formal sangat.." kata Ikhwan.

"Baik putera.." ujar Jane tersenyum,dan Ikhwan tersenyum melihat Jamel berlatih tempur dengan Jane. Kepala otak jahatnya mula berputar.

"Oi..Jamel!!" Laung Ikhwan sambil meletakkan sebelah tangannya pada pipi kiri.

"Hoh? Putera?" Jamel menoleh ketika sedang berlatih,Raven tersenyum licik dan melancarkan tumbukan pada pipi kiri Jamel.

"Ayarkk....!!!!" Jerit Jamel terpelanting dan berguling beberapa kali sebelum terbaring.

"Ha....adududuii..."Jamel segera bangun memegang pipinya yang terkena tumbukan Raven.

"Hehehe..." Ikhwan sekadar tersengih.

"Sengaja kau ha putera?" Rungut Jamel sambil berdiri dibantu oleh Raven,dia masih mengurut pipinya.

"Raven!" Jamel memanggil Raven.

"Ha...ada apa? Argh...!!!" Belum sempat Raven berbuat apa-apa,satu tumbukan mengenai pipi kanannya.

"Sekarang kita seri..." ujar Jamel tersengih.

"Yelah...." jawab Raven.

"Hey korang..." Ikhwan menyapa sebaik menghampiri mereka.

"Putera bongsu kacau la..." rungut Jamel mengusap pipinya.

"Heh...sorry la..sekali sekala takpe.." kata Ikhwan dan mereka bertiga terus ketawa.

"Ni tuan putera dari mana...?" soal Raven menoleh ke arah di mana Alisa,dan Elena serta Jane berada. Alisa hanya tersenyum mendengar perbualan antara Jane dan Elena sahaja,dia adakalanya ketawa kecil dan ini mengejutkan Raven.

"Aku baru lepas mock battle dengan dua ekor budak tu..." ujar Ikhwan dan Jamel sudah dapat menduga siapa yang dimaksudkan oleh putera itu.

"Bagaimana mereka?" soal Jamel.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now