CHAPTER 91 : STRATEGY AND DISCUSSION

1.9K 131 8
                                    

Berita mengenai Ikhwan memberi amaran pada orang tertinggi di istana terapung,telah tersebar di media namun para rakyat negara Mentari lebih mengenali putera mereka. Rakyat Mentari sekadar membiarkan sahaja,begitu juga Four Nation Allies sekadar berdiam diri sahaja.

Bilik Perbincangan

"Sibuk sangat negara kita..kan mendapat.." ujar Yusri tersengih sambil menaip sesuatu pada komputer apabila mendengar berita adiknya buat kecoh di Istana Langit.

"Kalau Ikhwan tu....aku tidak hairan la.." kata Raffie.

"Guys...its not the time you playing around .." ujar Reena sambil duduk menyandar.

"Kita tak ada masa nak risaukan pasal mangkuk-mangkuk kat atas langit tu.." ujar Reezal pula yang mendiamkan diri dari tadi.

"Tapi sebut pasal abang..mana dia?" Soal Iris pula.

"Ada apa sebut nama aku?" Ikhwan muncul dari pintu yang terbuka secara automatik.

"Ikhwan...sampai pun kau..hmm?" Reezal menyedari kehadiran Alisa,kemudian Zeo dan Luna serta Jamel dan Jane. Luqman,Aminudden,Stella bersama Elizabeth menyusul.

"Baiklah semua sudah ada ya?" Soal Ikhwan sebaik duduk di meja bulat yang besar.

Stella bersama Elizabeth duduk bersebelahan,entah bagaimana mereka boleh rapat soal Ikhwan. Jamel dan Jane mengambil tempat,Luqman pula duduk bersebelahan ayahnya begitu juga Aminudden. Zeo dan Luna pula bersebelahan Ikhwan yang bersama Alisa.

"Ada lagi yang akan turut serta?" Soal Reezal dan Ikhwan mengangguk.

Pintu bilik mesyuarat itu terbuka dengan tiba-tiba,mereka menoleh ke arah pintu dan muncul Hamizi disusuli Soufy. Rasyid pula dengan Taufeq,Syafina terakhir sekali dan melambai ke arah Iris.

"Syaf..!!" Iris membalas kembali lambaian Syafina.

"Eh? Mereka berdua kenal ke?" Soal Alisa dan Ikhwan hanya mengangguk.

"Masa belajar di Neo Malaysia...Iris pun ikut sama..." ujar Ikhwan dan Alisa mengangguk faham.

"Baiklah...sila duduk..." pelawa Reezal.

"Terima kasih Second..." balas Rasyid tersengih.

"Baiklah Ikhwan...will you?" Reezal memberi isyarat dan Ikhwan segera mengaktifkan telefon visual miliknya.

"Abang Yusri?" Ikhwan menoleh ke arah abang keempatnya,Yusri memahami permintaan adiknya dan menaip sesuatu pada komputer yang sudah ada di hadapannya.

Tidak lama kemudian muncul beberapa imej pada skrin biasa,senarai 10 orang digelar Commander yang kini tinggal 8 orang sebaik kematian Ragnarok dan rahsia White adalah pengintip dari negara Rembulan. Yusri menaip sesuatu lagi dan muncul senarai nama 6 Cobra Knights yang kini tinggal 5,ini terjadi disebabkan K mati selepas menyerang mereka ketika berada di hospital dan Raven yang menghapuskan dia. Raven dan Elena muncul memasuki bilik tersebut,Ikhwan sekadar tersenyum dan semua mata tertumpu pada mereka berdua agak lama.

"Okay guys..." Ikhwan memetik jarinya menarik perhatian mereka.

"Dua group ini adalah orang kepercayaan Zahhak..." Ikhwan memberi penjelasan.

"Jika kekuatan mereka setaraf dengan sebuah negara...kenapa cuma dua kumpulan sahaja?" Soal Raffie sambil menyandar di kerusi.

"Abang Yusri?" Ikhwan menoleh ke arah Yusri.

"Sebentar...hmm...ha dapat ini!" Yusri menaip pada keyboard dengan laju.

"Woo....macam hacker..." ujar Luqman.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now