CHAPTER 43 : ENEMY AMBUSH

2.1K 153 5
                                    

Raja Solleh berdiri sambil memerhatikan bingkai foto,di mana gambar mereka sekeluarga. Dia tersenyum sendirian dan pandangan tertacap pada gambar Reena,dia mengingati semula kata-kata Iris berkenaan Ikhwan bertembung dengan perempuan yang memiliki aura sama seperti Reena.

Reena....dia hidup lagi? Bagaimana?

Persoalan itu dia biarkan tersimpan dalam fikiran,kerana dia harus menumpukan perkara lain. Hari ini dia harus bertolak ke England,untuk perjumpaan raja-raja. Ikhwan pula bersama Alisa sudah menunggunya di luar bilik,kemudian muncul Azlee dan Jamel menuju ke arah mereka berdua. Pintu bilik terbuka dan raja Solleh muncul,Ikhwan hanya tersenyum melihat reaksi serius ayahandanya.

"Baiklah kamu semua sudah bersedia?" Soal Ikhwan pada Azlee dan Jamel,Alisa pula hanya tersenyum.

"Of course Sixth...." ujar Azlee.

"English.....hmm...." Jamel menjeling ke arah Azlee.

"Jamel?" Ikhwan menegurnya.

"Huh? Baik! Aku dah lama bersedia...ha ha ha..." jawab Jamel tersengih.

"Sudah...kita bergerak sekarang..." tegas raja Solleh.

Ikhwan,Alisa,Jamel dan Azlee mengangguk faham,mereka mengekori Solleh dari belakang. Jamel sekadar tersengih dan Azlee pula membetulkan pakaiannya,Ikhwan pula terasa perasaan kurang enak namun dia hanya biarkan sahaja perasaan itu berlalu.

Raja Solleh perasan kehadiran seseorang di hadapannya,Iris berdiri di sambil tangan disimpan belakang. Ikhwan turut menyedarinya dan sekadar membiarkan adik kembarnya bertemu ayahandanya,kemudian dia menyedari Luqman serta Aminudden mendekatinya.

"Luqman? Aminudden?...." Alisa kehairanan Luqman dan Aminudden tersengih-sengih apabila berjumpa Ikhwan.

"Korang ni dah kenapa? Cakap la..." soal Ikhwan pula.

"Hehe...cik nanti tolong bawak souvenir balik nanti..." Luqman menjawab sambil tersengih.

"Ha yelah..kalau cik ingat la..." balas Ikhwan dan Luqman pula sekadar tergelak kecil,Aminudden pula hanya memeluk tubuhnya.

"Abang Luqman ni ha...mintak carikan D-Game yang versi us punya...mana la tahu cik jalan-jalan jumpa ke.." sampuk Aminudden dan Ikhwan mengangguk faham.

"Hati-hati ayahanda...abang dengan Alisa pun..." ujar Iris pada raja Solleh dan Ikhwan.

"Abang Azlee dengan abang Jamel pun sama..." kata Iris tersenyum comel.

"Tuju kat kami berdua ke....kat abang Azlee...." sindir Jamel tersengih Azlee sekadar menggaru kepalanya,Ikhwan dengan dua anak saudaranya ketawa kecil melihat reaksi Iris yang menahan malu akibat sindiran Jamel.

"Sudah..semua sudah selesai? Kita akan bergerak sekarang..." raja Solleh berkata sambil menggelengkan kepalanya.

"Baik ayahanda..." jawab Ikhwan.

Kapal pengangkutan yang dilengkapi dengan alat senjata canggih telah bersedia untuk berlepas,Ikhwan mengekori raja Solleh masuk ke dalam kapal. Rumina turut melihat suaminya untuk berlepas,sebelum memasuki kapal raja Solleh sempat memandangnya. Seakan faham Rumina mengangguk dan raja Solleh tersenyum,lalu mengangguk dan terus masuk ke dalam kapal.

"Haish...kan best kalau kita dapat ikut sekali..." rungut Luqman sambil melihat kapal terbang itu mula berlepas.

"Jangan nak buat hal...ada sebab kita kena stay..." kata Aminudden kemudian beredar,Luqman menyusul.

"Kenapa ni tuan putera?" Soal Azlee hairan menyedari riak air muka Ikhwan yang tidak keruan.

"I don't feel good...about this...." jawab Ikhwan menongkat dagu melihat ke luar tingkap,kini mereka berada di ruang udara.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now