CHAPTER 87 : SUCCESSOR & ANCESTOR

1.8K 147 0
                                    

Mereka semua tercengang mendengar penjelasan Ikhwan mengenai lelaki ini,jika orang ini adalah pengasas negara ini sudah tentu umurnya mencecah ribuan tahun. Ikhwan dan Iskandar berpandangan,kemudian bersalaman dan diperhatikan oleh Alisa. Z sekadar memerhatikan dari jauh,dan hilang begitu sahaja.

"Jadi betul ke dia ni pengasas kita?" Soal Luqman masih terkejut.

"Ya lah...mana tahu penyamar ke..." ujar Aminudden dan Ikhwan menggelengkan kepalanya.

"Haih susah kalau ada anak saudara yang biadab macam ni ya? Macam ni la...kamu berdua serang saya dengan serangan kuasa penuh..." ujar Iskandar dan Luqman serta Aminudden tercengang.

"Apa kau cakap hah?" Luqman mula bengang dan Aminudden merenung Iskandar menahan marah.

"Tak payah marah,tak payah tenung cam nak keluar laser...serang je.." ujar Iskandar dan Ikhwan hanya beredar menarik Alisa. Zeo turut sama menarik Luna,Stella dan Elizabeth menyusul. Jamel dan Jane berdiri di belakang dua beradik itu.

"Jangan menyesal kalau cedera parah nanti..." ujar Luqman kilat mula mengelilingi seluruh tubuhnya.

"Same here..." ujar Aminudden menyalakan bara apinya membara di tangannya.

"All out...come at once.." ujar Iskandar

"Bang..." Aminudden menegur.

"Ya aku tahu..." balas Luqman.

Luqman mengecas kilatnya pada sebelah tangan kirinya,Aminudden pula bara merah sebelah tangan kanan. Ikhwan memerhatikan sambil memeluk tubuhnya,Alisa pula risau dengan dua beradik itu. Stella pula ingin melihat sejauh mana yang dikatakan kehebatann Iskandar,Elizabeth menyaksikan dengan teruja. Zeo dan Luna hanya boleh berharap mereka berdua tidak cedera,Luqman dan Aminudden merapatkan tangan mereka.

"Lightning and Flame unite! Destruction Cannon!!" Kuasa mereka berdua digabung dan melancarkan serangan seumpama kekuatan meriam.

"Woo....nice..." ujar Iskandar melihat serangan pemusnah gabungan dua kuasa,Luqman dan Aminudden meluru ke arahnya. Iskandar tersenyum sahaja dan terus menahan serangan tersebut,dengan tangan kosong dan telapak tangannya dipusing kemudian serta-merta serangan tersebut terus hilang.

"APA???" Jerit dua beradik itu serentak,kemudian Iskandar sudah berada di belakang mereka dan Ikhwan sekadar tersenyum sahaja.

"Coup de grace...." ujar Iskandar memegang bahu dua anak muda itu.

"Ha..ha...ha.." Luqman mengeluh menundukkan wajahnya,Aminudden pula mengangkat bahu tanda mengalah.

"Nampaknya pewaris aku semuanya kuat-kuat biarpun usia yang muda..." ujar Iskandar menoleh ke arah Ikhwan yang menuju ke arahnya,mereka berdua berpandangan dengan agak lama.

"Macam tengok cermin..." ujar Ikhwan dan Iskandar serentak.

"Jadi kenapa tuan tidak berada di istana..? Maksud saya tuan selama ini berada di sini?" Soal Ikhwan dan yang lain hanya sebagai penonton sahaja.

"Saya tidak timbulkan kekecohan..." ujar Iskandar pergi ke arah air terjun tersebut,Ikhwan mengekorinya dari belakang.

"Kekecohan?' Ikhwan menyedari sesuatu kemudian dia mengangguk,dan mengerti dengan apa yang disampaikan oleh Iskandar.

"Maksud tuan?" Soal Jamel.

"Tak pelik ke kalau tahu raja tu hidup beribu tahun?" Iskandar tersenyum dan Jamel tersedar kemudian mengangguk faham

"Jadi sebab itu tuan berada si sini?" Stella mencelah dan Iskandar mengangguk,Elizabeth sekadar menjadi pemerhati.

"Ikhwan Solleh..." Iskandar menoleh ke arah Ikhwan.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now