Bonus 1 : First Meet

1.8K 151 22
                                    

Luqman dan Aminudden meregangkan ototnya,Zeo turut menyertai mereka dan Luna menjadi penonton sahaja. Ketika itu Qisya sedang tidur di atas badan Ikhwan,Alisa sekadar memerhatikan sahaja. Alisa menoleh ke arah Luna yang khusyuk memerhatikan suaminya,Aminudden dan Luqman yang sedang berlatih.

"Luna?" Alisa menegurnya.

"Ye?" Luna menoleh ke arahnya.

"Macam mana kamu kenal Ikhwan?"

"Hmm..kenapa ya?"

"Sebelum ni..masa Ikhwan belum kenal kakak,para kesatria kata perangai dia berbeza.." jelas Alisa.

"Ouh tidak la masa kali pertama abang jumpa kami,sikap dia biasa je...." ujar Luna lagi dan memandang ke arah Ikhwan yang sedang lena itu.

"Betul ke?" Soal Alisa lagi.

"Yeah.." jawab Luna tersenyum.

"Boleh ceritakan semula?" Pinta Alisa dan Luna memandang ke atas langit.

"Baiklah...ini berlaku semasa 5 tahun yang lepas...."

5 Tahun yang lalu di mana selepas peristiwa 'kematian' Reena...

Seorang pemuda berlari dikejar sambil mendukung seorang gadis,dia terus berlari dan beberapa orang seperti askar mengejar sambil menembak untuk menghentikan mereka. Rambutnya yang berwarna putih beralun,lariannya semakin lama semakin perlahan namun pemuda itu tetap berusaha untuk melepaskan diri. Gadis itu memandangnya dengan anak matanya berwarna merah jernih,kemudian gadis itu menghalakan tangannya ke belakang. Ais muncul membeku sekitar kawasan,membuatkan beberapa orang askar itu tergelincir.

Lelaki berambut putih itu mempercepatkan lariannya,dia tidak mahu mensia-siakan usaha lelaki yang membantu mereka berdua melarikan diri dengan mengorbankan dirinya. Tembakan menjadi semakin deras,lelaki mengelak dengan bersusah-payah kerana mendukung gadis berambut biru laut itu. Sehingga dia menemui kawasan curam yang tinggi,dia menemui jalan mati!

"Argh! Jalan mati! Huh? Grr.." lelaki berambut putih itu menoleh semula ke belakang,askar misteri yang mengejar mereka sudah dapat mengejarnya.

"Menyerah! Itu jalan mati!.." salah seorang askar mengacu dan yang lain turut menyusul berbuat demikian.

"Jangan harap! Aku takkan menyerah!" Bentak lelaki itu.

"Spesimen macam kamu berdua ada hati nak melawan kami? Memang silap besar..." ujar askar itu menarik picu dan lelaki berambut putih mengetap gigi,gadis berambut biru itu pula mengerutkan dahinya sebaik perkataan 'spesimen' disebut.

"Saya bukan senjata kamu!!" Jerit gadis itu dan membeku seluruh kawasan,askar itu menahan kesejukan.

"Tembak dia!!" Jerit salah seorang askar tersebut,dan dalam keadaan sejuk mereka terus mengacukan senjata.

"Alamak.." ujar lelaki berambut putih itu,gadis itu merenung merenung askar tersebut.

"Nanti dulu..!" Satu suara menegur mereka,membuatkan mereka semua terkejut.

"Hah!" Seorang lelaki mendarat di hadapan askar itu,membelakangkan pasangan itu.

"Siapa kau ha? Berani ganggu urusan kami?" Soal askar itu dan lelaki berambut hitam,merenung mereka dengan pandangan membunuh.

"Kau...tak mungkin.." ujar salah seorang askar.

"Kenapa?" Soal askar yang lain.

"Ikhwan Solleh..." ujar askar itu lagi dan masing-masing terkejut,kemudian tanpa banyak bicara pemuda bernama Ikhwan itu menyalakan api merahnya lalu menewaskan keseluruhan pasukan askar tersebut.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now