CHAPTER 62 : REEZAL REQUEST

2.1K 168 14
                                    

ARGHH!!!

Suara mengerang kesakitan oleh Vincent jelas kedengaran,dia tercampak beberapa meter daripada jarak Ikhwan berada. Tangannya menyala api biru di penumbuknya,kemudian dipadamkan lalu diturunkan perlahan-lahan. Mulut Vincent tersembur darah yang amat banyak,Ikhwan melangkah menuju ke arah Vincent dengan pandangan mata yang amat tajam. Kemudian seseorang muncul di hadapan Ikhwan,membelakangkan Vincent yang cedera teruk.

"Siapa kau?" soal Ikhwan pada lelaki yang muncul di hadapannya,mukanya sedikti berusia mungkin lingkungan 40an.

"Greeting your highness....i'm Zack Nova...one from Ten Commander..." ujar lelaki bernama Zack Nova itu

"Ten Commander....hmm?" Ikhwan terkejut apabila Zack mengeluarkan sesuatu dari sakunya,dibaling ke tanah lalu asap yang tebal muncul menghalang Ikhwan dari terus melihat.

"Tak guna....hmph!!" Ikhwan menghayunkan tangannya dan asap yang tebal hilang sekali hayunan,namun dia hanya mendesah kemudiannya kerana Zack serta Vincent telah berjaya melarikan diri. Ikhwan sekadar mendiamkan diri sahaja,Luqman pula sekadar mampu tergamam dan Ikhwan tidak boleh tinggalkan Luqman serta Aminudden yang dalam keadaan cedera teruk. Tidak lama lepas itu Alisa tiba bersama Reezal,melihat keadaan Luqman dan Aminudden yang agak teruk itu segera Alisa segera mendapatkan mereka. Reezal hanya menghela nafas lega kerana anak dia selamat,kemudian dia menoleh ke arah Ikhwan yang bersendirian.

"Wan....." Reezal menghampirinya kemudian menyentuh bahunya.

"Maaf bang aku lambat..." ujar Ikhwan dengan perasaan bersalah.

"Tidak apa...kau dapat elakkan mereka kehilangan nyawa..itu sudah cukup memadai..."

"Bagi aku itu tidak cukup....." Ikhwan kemudian memalingkan badannya,dia menuju ke arah Luqman dan Aminudden yang sedang dirawat oleh Alisa.

"Ikhwan...." Alisa menyedari Ikhwan menghampirinya.

"Macam mana keadaan mereka?" soal Ikhwan dan Reezal hanya memerhatikan dari jauh sahaja.

"Mereka cedera tidak teruk..tiada pendarahan dalaman..." jawab Alisa dan Ikhwan menghela nafas lega dan kemudian van ambulance tiba. Aminudden dan Luqman dibawa masuk ke dalam van tersebut,Reezal menyusul dan Ikhwan melihat kenderaan itu beredar meninggalkannya.

"Ikhwan? Awak okay?" soal Alisa menoleh ke arahnya,Ikhwan hanya tersenyum pahit dan mengusap kepala Alisa sahaja. Ikhwan kemudiannya dia melangkah pergi,Alisa menyusulnya dan kehairanan dengan perubahan sikapnya.

"Awak okay ke tak ni?" soal Alisa menarik lengannya,mata mereka berdua bertentang antara satu sama lain.

"Awak risaukan anak saudara awak bukan?" soal Alisa lagi dan Ikhwan hanya mendiamkan dirinya,pipinya diusap perlahan oleh Alisa.

"Janganlah macam ni..anak saudara awak kedua-duanya kuat..mereka tidak akan apa-apa..." pujuk Alisa risau keadaan tunangnya,Ikhwan hanya memegang tangannya yang membelai pipi Ikhwan.

"Yeah...tapi salah saya mereka kena teruk macam ni..." Ikhwan tersenyum pahit.

"Mereka tidak akan apa-apa jangan risau..." kata Alisa memeluk lengan Ikhwan,kemudian Alisa meletakkan kepalanya dibahu Ikhwan.

"Thanks Alisa...."

"You most welcome...."

Zack membawa Vincent yang cedera parah akibat menerima pukulan daripada Ikhwan,Zahhak pula sekadar mendiamkan diri sahaja. Melihat keadaan rakannya yang teruk,ternyata dia sudah mula hilang sabar. Cindy pula hanya memerhatikan tingkah-laku ketuanya itu,seolah-olah dia tahu apa yang bermain di minda Zahhak.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now