CHAPTER 97 : WAR BEGAN

1.7K 140 13
                                    

Suasana yang mulanya sunyi-sepi bertukar riuh dengan para askar serta kesatria bertempur dengar tentera drone,mereka bertarung dengan baik sekali. Yusri menarik tangannya kemudian dihayunkan dengan laju,dilakukan berulang kali memotong tentera drone yang datang. Raffie turut membantu dan melibaskan ratusan tentera drone,adakalanya dia letupkan dengan kuasa kilatnya.

"Wooh...banyak betul drone..teknologi canggih gila.." ujar Yusri mengamati bangkai drone tersebut.

"Err..brother..a little help here?" Kata Raffie sedang berlawan dengan robot tempur.

"Ouh okay...hmph..!!" Ujar Yusri menghayunkan tangannya,kemudian robot tempur itu terbelah dua.

"Terima kasih.." ujar Raffie.

"Sama-sama..." balas Yusri.

"Huh?" Mereka berdua serentak mengesan sesuatu,satu serangan yang kuat ditujukan ke arah mereka namun Yusri segera mengaktifkan teknik pembatalan kuasa.

"Siapa tu? Keluar..!!" Yusri memberi amaran.

Suasana seakan menjadi sunyi sepi,bagai tiada orang medan peperangan. Tidak lama kemudian tapak kaki sedang melangkah mula kedengaran,suasana menjadi bising semula. Yusri dan Raffie memandang ke arah bunyi itu datang,Keith dan X sudah tampilkan diri mereka.

"Mana Ikhwan Solleh?" Soal Keith sambil membetulkan topengnya.

"Ha? Ada apa kau cari adik aku?" Bidas Yusri dan ketika itu Raffie sedang merenung X.

"Bukan urusan kau..." ujar Keith dan Yusri tersengih.

"Apa sahaja mengenai adik aku adalah urusan...aku..jadi kau salah orang nak cari pasal..." kata Yusri menyeru Kunai Bayu.

"I see..so you have decided your own grave.." ujar Keith.

"Ajal maut di tanganNya...kau tak layak nak tentukan ajal orang lain.." Yusri menghela nafasnya kemudian dia dan Keith,tanpa banyak bicara terus meluru antara satu sama lain.

"So kau nak berdiri di situ sepanjang hari atau apa?" Soal Raffie dan X hanya mendiamkan dirinya,kemudian senjata dagger dikeluarkan.

"Anggaplah aku ingin berlawan adil.." ujar X dengan tiba-tiba.

"Oh?..baiklah aku harap kau tak pandang rendah pada lawan kau.." ujar Raffie kemudian dengan pantas,sudah berada di hadapannya.

"Pantasnya..!" Luah X dalam hati dan pada masa yang sama Raffie,menghayunkan kerambitnya.

TANG..!!!

"Woo..." Yusri kagum dengan ketangkasan Keith bermain pedang.

"Jangan main-main dengan aku..beritahu di mana Ikhwan Solleh?" Soal Keith.

"Kau kena kalahkan aku dahulu..baru aku beritahu..itupun kalau kau mampu la.." balas Yusri dan Keith termakan hasutan Yusri.

"Kurang ajar..!!" Jerit Keith dan meluru ke arah Yusri.

Tentera drone tidak berkurangan namun itu bukan masaalah pada Rayyan dan Raven,satu persatu drone dijatuhkan dengan kerjasama mereka berdua. Reena menusuk setiap robot tempur,manakala Elena menembak dengan busurnya. Ada juga askar yang terkorban dan kerana itu Ryan tidak akan persia-siakan pengorbanan mereka,White menembak jatuh salah satu drone yang terbang.

"Hah...." Maria menarik cemetinya dan disalurkan kuasa kepadanya,lantas dilibas satu persatu drone yang ada.

"Nampaknya tentera mereka cuma drone..jadi tiada masalah untuk kita uruskan semua ni..." ujar Nabill sambil menarik pistol emasnya.

KZZT....ZROOM..!!

BOOMMM...!!!

Hampir sepuluh buah drone diletupkan oleh Nabill tersengih,kemudian menyambung menembak malah diaktifkan sekeliling senjata terapung menembak drone. Biarpun mudah tetapi jumlah drone begitu ramai,satu pandangan titik buta Nabill muncul drone menuju ke arahnya.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now