CHAPTER 72 : IKHWAN TEASE

2K 148 3
                                    


Lelaki berjaket kulit hitam itu mulutnya bersembur darah keluar,Luqman dan Aminudden merenung ke arah lelaki berjaket kulit hitam dengan wajah yang mengerikan. Lantas rakannya yang lain mengangkat lelaki itu dan terus beredar pergi,sebab ketua dah tumbang sebab itu mereka melarikan diri bersama ketua mereka yang diangkat pergi.

"Jangan main-main dengan kitorang la..!" Ujar Aminudden menunjukkan penumbuknya.

"Relax...relax..." ujar Luqman menurunkan penumbuk Aminudden.

Aminudden mendesah pendek dan mengusap dadanya,dia menghela nafas mengeluh. Luqman sekadar tersengih sahaja,kemudian telefon pintar memaparkan imej visual di hadapan mukanya. Satu pesanan ringkas ditekan butang 'baca'.

Luq kat mana,bonda kamu dah bising kamu tak balik lagi..dia suruh cik Reena pesan,balik sekarang..
-cik Reena.

"Alamak...cik Reena mesej..." ujar Luqman menggaru kepalanya.

"Humm? Apa kata dia?" soal Aminudden menoleh ke arah abangnya.

"Bonda membebel..." kata Luqman pendek dan Aminudden hanya menghela nafas.

"Tahu pun..dah jom balik..." kata Aminudden melangkah pergi,Luqman menyusul dari belakang.

"Tapi kenapa sebelum ni dengan pak cik Ikhwan,nenda tak membebel macam ni?"

"Guna la otak...sebab pak cik kita tu diberikan kebenaran penuh oleh datuk untuk ke mana sahaja tanpa ada pengiring..lagi pun kita masih di bawah 17 tahun,ikut peraturan istana selagi umur bawah 17 tahun kita tidak dibenarkan keluar terlalu lama..."

"Panjang betul penerangan kau..." perli Luqman.

"Tak payah nak perli,kau tak ingat sebenarnya kan pasal rule ni?" Kali ini Aminudden membalas perlian abangnya.

"Err...hehe...." Luqman tersengih.

"Dah jom balik,bukan tak ada kemudahan yang ada di sini..ada dalam istana.." balas Aminudden.

"Aku tahu la,nak gak keluar tengok keadaan rakyat..." ujar Luqman.

"Rakyat kita tak ada masalah..kau janganlah risau sangat..."

"Itu aku tahu la..tapi jika ada yang terlepas pandang macam mana?" Bidas Luqman dan Aminudden terdiam.

"Kita tak boleh main agak-agak la..sebagai putera,itu kan perkara asas...kau tak ingat apa yang pak cik kita ajar ke?" Tambah Luqman lagi menoleh ke arah Aminudden.

"Pandai pula nak ajar orang...aku semua perkara yang pak cik kita ajar..ingat la dalam ni.." balas Aminudden sambil menunjukkan ke arah kepalanya. Luqman sekadar mengangguk faham,dan mereka mengambil keputusan untuk pulang ke istana dengan secepat yang mungkin.

Awan semakin mendung dan guruh berdentum,kilat sabung menyabung. Ikhwan hanya memerhatikan keadaan awan gelap,Qisya yang berada dalam dukungannya hanya mendiamkan diri sahaja. Ikhwan sekadar menghela nafas pendek,tidak lama kemudian dia sedar dua orang anak saudaranya iaitu Luqman serta Aminudden muncul melalui pintu pagar besar istana.

GRUUMM!!!

"Opocot mak ko..!" Luqman terkejut apabila guruh berdentum kuat.

"Guruh je kot...kau nak terkejut camtu sekali?" Aminudden mengerutkan dahi menggelengkan kepalanya.

"Memang la guruh je,tapi kuat siak bunyi dia..." balas Luqman segera berlari anak menuju ke arah pintu besar istana.

"Haih...ada je jawapan nak cover..." bebel Aminudden sendirian kemudian menyedari Ikhwan memerhatikan mereka,Ikhwan hanya mendiamkan diri serta beredar dan Qisya sempat melambaikan tangannya ke arahnya.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now