CHAPTER 59 : DRAGON TEAMWORK

2.5K 178 11
                                    

Angin bertiup kencang dan awan menjadi gelap,diselubungi dengan kilat sabung menyabung. Bulatan ritual itu masih lagi belum hilang,Ikhwan pula menunggu dengan berjaga-jaga,takut-takut kalau ada benda keluar menyerang dia dan Aydan dengan mengejut. Pedang naga dipegang dengan rapi oleh Aydan,dia menelan air liur dan menjeling ke arah Ikhwan. Dia agak terkejut Ikhwan tiada menunjukkan sebarang reaksi,tetap dingin merenung ke arah bulatan ritual yang sedikit demi sedikit hilang. Muncul pula seseorang di tengah bulatan ritual,tubuh Zed telah tiada dan Ikhwan menyedari sesuatu dari sebalik senyuman terukir orang yang muncul dari bulatan ritual.

TANG!

Segera Ikhwan menghalang satu serangan ditujukan pada Aydan dengan sebilah pedang yang amat besar,Aydan terkedu kerana tidak nampak sebarang serangan daripada pihak musuh.

"Serang mengejut huh?" kata Ikhwan menarik Sacred Royal Blade dan mencacak pada tanah,dan individu itu mulai kelihatan tubuhnya lalu dia tersenyum.

"Maafkan saya...hanya menguji kekuatan kau Iskandar...." kata lelaki itu tersenyum.

"Salah orang la...aku Ikhwan bukan Iskandar..." kata Ikhwan jarinya bermain di pedang yang dicacakkan olehnya.

"Ouh...tapi wajah kamu serupa dengannya.." ujar lelaki itu masih lagi tersenyum,dan timbul tanda tanya dalam diri Aydan jika dia mengamal magik gelap kenapa berbeza dengan penampilannya?

"Dan wajah kau mintak kena tetak dengan pedang ni..." ujar Ikhwan pula

"Siapa nama kau huh?" soal Ikhwan lagi.

"Nama aku Kameel.....gembira bertemu..." kata lelaki bernama Kameel itu menundukkan tanda hormat.

"Tiada yang gembira jika bertemu dengan keadaan macam ni..." balas Ikhwan lagi.

"Heh...." lelaki itu masih tersenyum dan muncul beberapa bulatan magik gelap,mereka terkejut dan Ikhwan hanya menghela nafas.

"EVERYONE GET READY FOR BATTLE!!" Jeritan Ikhwan mengejut Aydan,Isabelle dan Exzer serta Lyon,manakala Alisa pula bersiap sedia dari barisan belakang bersama Isabelle. Aminudden menyalakan api merahnya dengan marak,Jamel pula meregangkan ototnya.

"Come forth my child...." kata lelaki itu dan muncul makhluk pelik dari bulatan magik gelap,salah satunya begitu besar menuju ke arah Ikhwan dan mendekatkan wajahnya. Aydan melihat dengan wajah penuh risau,kemudian makhluk itu mengaum sekuatnya.

GROARRRRR!!!!

DUSHHH!!!!!

"Diam..." ujar Ikhwan selepas menumbuk makhluk tersebut sehingga hancur wajahnya.

"What the heck....blow with one hit...?" ujar Exzer tercengang dan mulut ditutup oleh Lyon.

"Ada lagi banyak tu,siap sedia...." kata Lyon menunjukkan ke arah makhluk yang berdiri di sisi lelaki bernama Kameel tersebut.

"If my ancestor fail to kill you...i'm not...." kata Ikhwan menarik pedangnya,Sacred Royal Blade di perhatikan oleh Kameel dengan renungan tajam.

"That sword...the first person who use that is Iskandar and he were using that to seal me..in past.." kata Kameel menyeru pedangnya yang begitu besar,setanding dengan Sacred Royal Blade saiznya.

"Aydan....that guy is strong...will you lend your hand?" soal Ikhwan tidak memandang ke arah Aydan.

"Of course..this world will corrupt if he still alive..." balas Aydan dan Ikhwan tersenyum kemudian memutarkan pedangnya,kemudian sebilah lagi katana berwarna biru diseru.

"Lets Go....!!" Jerit Ikhwan serentak meluru ke arah Kameel bersama Aydan.

"Right behind you...!" balas Aydan pula,manakala makhluk seruan Kameel mula bergerak,dan Jamel segera menghentak tanah lalu merekah menenggelamkan makhluk seruan tersebut.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now