Bonus 2 : Next Generation

Start from the beginning
                                    

"Beat me.." ujar Luqman sambil mengangkat kedua bahunya,manakala Alisa sekadar tersenyum kerana dia mempunyai kelebihan pendengaran jarak jauh yang amat jelas.

"Alisa...jangan beritahu Luqman hal Aminudden ada kuasa api biru.." suara Ikhwan menegurnya dengan tiba-tiba,Alisa memandang ke arah Ikhwan yang sedang menoleh ke arahnya.

"Hmm..?" Alisa tersenyum kehairanan namun dia mengangguk faham.

"Itu permintaan Aminudden.." ujar Ikhwan lagi.

"Ouh...okay..hehe.." Alisa sekadar ketawa kecil,dan Intan kehairanan dengan reaksi Alisa.

"LUQMAN!" Luqman terkejut apabila Ikhwan menjerit memanggil namanya.

"SINI KEJAP!" Ujar Ikhwan lagi dan Luqman terus melompat serta mendarat di hadapannya.

"Kenapa ni pak cik?" Soal Luqman dan Aminudden sekadar mengangkat bahunya apabila abangnya menoleh ke arahnya.

"Korang pernah berlatih bermain pedang kan? Sambil berganti pedang masing-masing?" Soal Ikhwan dan dua beradik itu mengangguk.

"Good..." ujar Ikhwan menyeru Karma Fang,dua beradik itu terkejut dan saling berpandangan begitu juga Intan yang melihat dari jauh.

"Lawan pak cik dengan cara tu.." ujar Ikhwan tersengih dan dua beradik itu berpandangan.

"Macam mana bang?" Soal Aminudden.

"Aku tak ada masalah..kau boleh buat tak?" Soal Luqman kembali.

"Easy cheesy..." ujar Aminudden dan Luqman tersengih kemudian kilat mengalir pada tangannya.

"Apa mereka nak buat tu cik Alisa?" Soal Intan tidak faham dengan apa yang berlaku.

"Pak cik kamu tu nak abang Intan dua orang tu,serang dia.." ujar Alisa memberi jawapan.

"Ouh..." jawab Intan mengangguk faham dengan penjelasan Alisa.

"Baiklah korang berdua..serang pak cik dengan kuasa penuh!" Ujar Ikhwan menarik pedangnya ke belakang,kemudian berposisi gaya bersedia.

"Baiklah....hmph!!" Aminudden dengan pantas terus meluru ke arah Ikhwan,Luqman terkejut dengan tindakan adiknya.

"Waa..lajunya!" Luqman segera mengejarnya.

Aminudden dan Luqman meluru ke arah Ikhwan,kelajuan mereka dalam kelajuan penuh. Pedang diseru oleh Aminudden dan terapung sebilah di sebelah Luqman,sebilah lagi dicapai oleh Aminudden. Ikhwan tersenyum dan tetakan dilakukan oleh Aminudden,namun kemas ditahan olehnya dan Luqman dengan gerakan pantas sudah berada di kiri Ikhwan. Luqman tersengih dengan licik,dan hayunan kemas dilakukan.

TANG!!

"Not bad..." ujar Ikhwan menahan kemas tetakan dua beradik sebilah lagi pedang dihasilkan dari api birunya,tiada balasan dan Aminudden segera berundur begitu juga Luqman.

Aminudden dan Ikhwan berbalas tenungan,nafas diambil dan dilepaskan secara perlahan-lahan kemudian dihayunkan tangannya ke kanan. Muncul berpuluh bilah pedang mengelilingi dua beradik itu.Luqman terkejut dan tersengih teruja lalu terus meluru ke arah Ikhwan dengan laju.

"Min Speed Type!" Jerit Luqman dan Aminudden sekadar menggelengkan kepalanya.

"Nah.." salah satu pedang yang terapung terbang menuju ke arah Luqman.

"Heh.." Luqman terus menyambut pedang tersebut,lalu melompat ke udara dan menjunam ke arah Ikhwan.

TANGGG!!!!

KZZZT..!!

"OUHH!!!" Luqman menekan tetakan pedangnya sekuat yang boleh,sambil pedang di dalam pegangannya mengalir kilat.

"Bagus bang!! Tekan kuat-kuat!!" Jerit Aminudden dan terus meluru dengan pantas ke arah Luqman serta Ikhwan berada,pedang yang terapung turut mengekorinya.

"HAH!!" Aminudden terus menyerang dengan lima bilah pedang,pedang tersebut terbang meluru laju ke arah sasaran iaitu Ikhwan.

"Hmm.." Ikhwan masih tenang biarpun masih diasak oleh dua beradik,seorang menahan gerakannya dan seorang lagi melakukan serangan jarak jauh.

"Jangan fikir pak cik boleh lari..baik menyerah kalah.." kata Luqman mengugut dan Ikhwan tersengih.

"Kau tahu Luqman..kau berada dekat dengan pak cik ni..tak rasa kesilapan besar ke?" Soal Ikhwan tersenyum licik.

"Huh? Urgh!!" Belum sempat Luqman berfikir,mukanya ditekup oleh Ikhwan dan dihempaskan ke tanah lalu hancur permukaan tersebut.

BOOOMM!!!

"Errgh..that must be hurt.." ujar Intan terkejut dan Alisa sekadar ketawa kecil,ketika itu juga lima bilah pedang semakin hampir dan Ikhwan melibas pedangnya.

"Hmmph!!"

Tang!

Zang!

Klang!

Krang!!

Zrang!!

Lima bilah pedang yang disasarkan oleh Aminudden,berjaya dipatahkan dengan mudah oleh Ikhwan dalam sekelip mata sahaja. Aminudden sekadar mengangkat tangannya,tanda dia mengalah apabila dan Luqman kepalanya berpinar disebabkan hentakan kuat oleh Ikhwan.

"Adeh..." ujar Luqman apabila dibantu untuk bangun oleh Aminudden.

"Pak cik memang hebat tiada siapa yang mampu kalahkan lagenda..haha.." ujar Luqman mengusap belakang kepalanya.

"Lagenda?" Ikhwan kehairanan dan pada masa yang sama,Alisa bersama Intan menghampiri mereka.

"Yup..selepas pak cik tumpaskan battalion armada ship..perkara itu menjadi bualan orang ramai dan datuk pun cakap pak cik adalah New Legend.." jelas Aminudden.

"Haih..memandai je la diorang ni..pak cik tak berminat pasal gelaran lagenda ni.." ujar Ikhwan menggelengkan kepalanya,dua beradik itu sekadar ketawa sahaja.

"Tapi.." Ikhwan menyambung kata-katanya,Luqman dan Aminudden terus berhenti ketawa. Alisa dan Intan menunggu kata-kata Ikhwan seterusnya.

"Lagenda itu pak cik akan..serahkan pada generasi seterusnya.." ujar Ikhwan tersengih gembira,Alisa sekadar tersenyum lega dan Intan hanya mengangguk setuju.

"SETUJU!!"

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now