CHAPTER 103 : ALISA,THE ICE QUEEN

Start from the beginning
                                    

"Huh? Ah!!" Cindy tertolak ke belakang,tubuhnya sedikit diselaputi seperti salji.

"Saya manusia...SAYA BUKAN SENJATA!!" Jerit Alisa dan seluruh kawasan di situ bergoncang,tanah merekah dan meletus. Air mukanya berubah dingin dan penuh dengan daya bunuh yang kuat.

"Walaubagaimana sekalipun kau menafikan,kau tidak dapat mengubah fakta yang kau pernah menjadi senjata kami.." kata Cindy sinis dan Alisa hanya menggelengkan kepalanya,Cindy kurang faham dengan reaksinya.

"Itu masa silam....tiada siapa yang dapat ubah,saya pun pernah cuba membenci diri saya...tapi..disebabkan dia..." kata-kata Alisa terhenti dan imej Ikhwan tersenyum tenang bermain di mindanya.

"Dia menganggap saya manusia itu sudah cukup untuk saya meneruskan hidup..." kata Alisa merenung Cindy.

"Senjata ada perasaan cinta...mengarut.."

"Cakap la banyak kali mana pun..saya tetap tidak akan berubah pendirian saya.."

"Tak...guna MATI!!" Cindy menjerit seraya meluru ke arah Alisa.

"Saya tidak akan mati,itu janji saya pada dia.." kata Alisa bersiap sedia menerima serangan Cindy.

Cindy melibaskan pedangnya dengan Alisa menghayunkan tangannya,dua kuasa bertembung lalu terhasil impak tekanan yang kuat. Cindy memendam dendam dan Alisa membawa harapan,mana satu akan menang? Ikhwan pula dengan Zahhak bertarung dengan sengit,Zahhak kagum dalam masa yang singkat Ikhwan sudah hampir setanding dengannya.

"Kau semakin kuat...." ujar Zahhak.

"Kau apa kurangnya..." kata Ikhwan membalas kata-kata Zahhak.

"Apa kata kau dengan aku bekerjasama? Kau kuat dan sia-sia sahaja mempertahankan orang yang lemah untuk kesenangan mereka..." kata Zahhak memberi tawaran.

"Menarik juga tu..tapi terima kasih sahaja la...aku lebih suka dunia yang sekarang ni..memberi keseimbangan pada dunia..jika hanya yang kuat sahaja,dunia akan lebih teruk.." kata Ikhwan membetulkan kasutnya dengan mengetuk sedikit pada hujung kasut.

"Apa maksud kau raja naga?" soal Zahhak merenungnya.

"Katakan la kalau kau dapat dunia yang kau mahukan,kau pasti ke tiada yang akan menentang kau...? Kau pasti mereka inginkan dunia yang aman dengan kekerasan cara kau?" soalan Ikhwan hanya membuatkan Zahhak ketawa.

"Hmm..ternyata kau ni terlalu naif raja naga....terlalu naif.." ujar Zahhak dan Ikhwan hanya tersenyum tawar sahaja.

"Apa kata kita putuskan dengan tinju,sebab kau pun memang tak kan dengar cakap pun kan.." kata Ikhwan menyalakan bara api birunya,Zahhak sekadar sinis sahaja dan mereka berdua berdiam sejenak. Sebaik daun gugur dari dahan pokok,Ikhwan dan Zahhak meluru ke arah satu sama lain.

"DRAGON HORNS!!"

"DEVIL HORNS!!"

BOOOMMMM....!!!!!!

Alisa dan Cindy masih bertarung tanpa henti,Cindy menghayunkan pedangnya namun Alisa mampu membaca pergerakannya dan menepis dengan mudah. Cindy berang dan cuba memberikan tendangan,Alisa segera menahan namun tidak mengelakkan dia tercampak ke belakang.

"Sememangnya Ultimate Cpu-Biology..." ujar Cindy cuba provoke Alisa.

"Gerak tangan cik akak bukan mulut...." kata Alisa tersenyum selamba.

"Kurang ajar!.." Cindy meluru ke arah Alisa.

"Siapa yang kurang ajar dahulu?" Kata Alisa turut meluru ke arahnya.

TANG!!!

SHENGG!!!

ZRANNGG!!!

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now