CHAPTER 101 : FOR THE FUTURE

Start from the beginning
                                    

"King Alex...raja kepada sebuah negara yang telah musnah,disangkakan hilang rupanya menyertai Black Cobra..apa tujuan korang sebenarnya huh?" Soal Reezal masih memeluk tubuhnya.

"Orang yang bakal mati tak perlu tahu jawapannya..." ujar King sinis dan Reezal sekadar ketawa sahaja,King mula kehairanan dengan reaksi Reezal.

"Kenapa kau ketawa ha?" Soal King.

"Aku ketawa kerana kau perasan diri kau hebat? Nak bunuh aku? Aku rasa kepala kau ada masalah..." ujar Reezal tersengih.

"Berani kau..." King mula bengang dengan kata-kata Reezal.

"Aku memang berani,jika tidak kenapa aku sertai peperangan ini?" Ujar Reezal dan air mukanya kembali dingin.

"Damn you little brat..." ujar King mengepalkan penumbuk dan terus menghentak tanah.

KRONG!!

"Huh?" Seluruh tanah bergegar dan pecah,King cuba untuk tanam Reezal hidup-hidup usahanya hanya sia-sia kerana Reezal lebih pantas bergerak.

"Ha..?" King tergamam apabila Reezal sudah berada di hadapannya.

"To slow..." ujar Reezal dan memberi hadiah penumbuk,namun King sempat menahan.

"Ouhoo....pantas juga.." ujar Reezal apabila melihat King berjaya menahan serangannya.

"Kau memang berbakat biarpun masih muda..." ujar King memberi pujian.

"Hmph..aku dah anak tiga pun dikira muda lagi ke?" Seloroh Reezal berkata tersenyum sinis.

"Apa? Biar betul?" Soal King kurang percaya.

"Cut the conversation...you wanna fight or what?" Ujar Reezal dengan muka blur.

"Ouh..okay...ehem.." King berdehem dan menghela nafas pendek.

Mereka berdua berbalas renungan,kemudian arus kilat terhasil di sekeliling Reezal. Lantas tanah mula terbentuk sesuatu,meriam.

"Huh?" King terlopong sebelum menyedari senyuman Reezal yang tidak bersalah itu.

DUUMM..!!

"HAH?" King sedar serangan Reezal dan mengelak dari terkena tembakan meriam tersebut.

"Dia boleh bentukkan objek tanpa sentuhnya..level dia bukan sembarangan..." gumam King dalam hati,Reezal terus mengatur langkah dan dengan pantas dia sudah berada di hadapan King.

"Apa?" King tergamam dan seperti terbeku tidak dapat bergerak,Reezal pula mengatur pernafasan.

"Hmph...!" Serangan kombo bermula dan setiap serangan itu padu isinya,King batuk dibuatnya.

TAPP..!!

TASS...!!

DUSHH..!!!

Akhir sekali telapak tangan Reezal dilekapkan pada dada King,nafas ditarik perlahan-lahan kemudian dilepaskan seiring helaan nafas dan King terseret ke belakang. King terduduk namun sebelum terjatuh dia sempat merenung Reezal,kemudian rebah ke tanah tidak lagi bernyawa.

"Maaf...aku tak suka nak bermain dengan lebih lama..." ujar Reezal beredar sambil mengibaskan jubahnya.

===================

Xavier berhenti dari melangkah,dia sedar Reiner dan King telah mati. Dia mengetap giginya sambil mencekak salah seorang askar dan dibenamkan ke tanah,seluruh kawasan itu merekah dan meletup. Askar itu sudah tidak bermaya,namun Xavier tidak memberi peluang dan menyambung serangan. Ketika nyawa askar itu hampir penamat,seseorang datang melompat dan menyepak Xavier tercampak jauh sedikit.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now