CHAPTER 83 : HARRIS AND MAI

Start from the beginning
                                    

"Guys...?" Farhan dan Amien tersenyum faham makna Ikhwan,lantas Ikhwan terbang ke atas udara dan ternampak letupan dari sebuah gudang.

"Baiklah.....hmm? Elak!!" Ikhwan menjerit memberi amaran sambil mengelak tembakan laser datang entah dari mana,Farhan dan Amien turut sempat mengelak biarpun masih terkejut.

"Sana...." ujar Amien dan Ikhwan serta Farhan menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Amien,kelihatan sebuah mesin robot terapung menghalakan meriamnya.

"Apa benda pula yang besar ni..." ujar Ikhwan kegeraman dan Amien menghalangnya dari maju ke hadapan.

"Amien?" Farhan kehairanan dengan tindakan Amien itu.

"Biar aku handle benda ni...korang pergi tengok apa yang berlaku..." ujar Amien dan menoleh ke arah mesin robot yang besar itu.

"Amien...." Ikhwan memerhatikan Amien yang membelakangkannya,dia kemudiannya mendiamkan diri dan memejamkan matanya lalu tersenyum sebelum memusingkan badannya.

"Don't over do it.." ujar Ikhwan perlahan tersenyum,Farhan mengekorinya dan Amien pula sekadar tersenyum sambil berkata.

"Who do you think i am?"

Ikhwan segera terbang menuju ke arah gudang yang kedengaran bunyi letupan bersama Farhan,lelaki berhud dan perempuan bertopeng itu pula sedang bersusah-payah mengelak setiap serangan letupan dari Kennedy. Kemudian Kennedy mengaktifkan bulatan magik yang lebih besar daripada biasa,lelaki berhud itu terkejut dengan tindakan Kennedy.

"Mai!" Lelaki berhud itu terus memeluk perempuan bertopeng itu untuk melindunginya.

"Mati...!!" Kennedy segera melancarkan serangan seperti meriam partikel laser.

KZZT...ZUOMMMM.....!!!!

Lelaki berhud dan perempuan bertopeng itu hanya memejamkan matanya,namun pada masa yang sama bumbung gudang di atas mereka berdua pecah dan Ikhwan muncul di hadapan mereka. Kennedy terkejut dan Farhan turut mendarat bersebelahan lelaki berhud itu,perempuan bertopeng itu hanya mendiamkan dirinya sahaja. Sacred Royal Blade diseru dan membelah tembakan laser magik itu menjadi dua,letupan berlaku di kiri dan kanan mereka.

"Haa....nasib baik sempat..." ujar Ikhwan memusingkan pedang besarnya sebelum mencacakkan ke tanah.

"Ikhwan Solleh...." ujar Kennedy.

"Yo Ken....enjoying your time?" Ujar Ikhwan tersenyum sinis,Kennedy mengetap giginya menahan geram.

"And..you...enjoy playing hide and seek...its been years....searching you guys.." ujar Ikhwan menoleh ke arah lelaki berhud itu dan perempuan bertopeng,Farhan hanya mendiamkan diri menjadi pemerhati.

"Harris ..." ujar Ikhwan lagi menoleh ke arah lelaki berhud itu.

"Mai...." dia menoleh pula ke arah perempuan bertopeng.

"Ma...macam mana kau boleh tahu?" Soal lelaki berhud itu yang dipanggil Harris,sambil diturunkan hudnya.

"Kamu berdua kawan aku..benda itu bukan mustahil bagi aku..." ujar Ikhwan menoleh ke arah perempuan bertopeng,menurunkan topengnya dan wajah gadis cantik kelihatan.

"Mai...masih lagi cantik macam 10 tahun yang lepas.." ujar Ikhwan dan Mai menundukkan kepalanya,mukanya kemerahan menahan malu.

"Oi...nak reunion tunggu boleh?" Ujar Farhan menyedari Kennedy mengaktifkan satu lagi bulatan magik yang sama,dia ingin melakukan serangan yang sama seperti tadi.

"Stop it Kennedy..." ujar Ikhwan dan menyeru pedangnya mengelilingi sekeliling tubuhnya,Farhan dan Harris serta Mai segera berundur beberapa tapak ke belakang.

Ikhwan dan Kennedy berpandangan berbalas renungan mata,Farhan sekadar mendiamkan diri memerhatikan keadaan berbalas mata antara sepupunya dan Kennedy. Ikhwan menarik salah satu pedang yang terapung berpusing perlahan,Kennedy terus menyerang dan Ikhwan segera menahan dengan pedangnya yang terapung itu. Harris dan Mai terkejut dengan peningkatan kuasa milik Kennedy,Farhan hanya memandang sinis sahaja dan membuatkan Harris kehairanan.

"Kenapa kau tidak mahu membantunya? Bukankah dia sepupu kau?" soal Harris dan Farhan hanya tersenyum sinis.

"Kau fikir Ikhwan senang ditewaskan begitu je?" ujar Farhan dan Harris kehairanan,pedang yang terapung terus meluru ke arah Kennedy dengan laju.

"Apa...?"

TANGGG!!!

BOMM! BOMM! BOOMMM!!

Pada masa yang sama di atas udara Amien Khaizo mengelak setiap serangan daripada mesin sebesar rumah dua tingkat,kadang-kala dia mengaktifkan perisai menahan serangan dari mesin tempur tersebut. Amien hanya mengelak dengan tersenyum,ternyata dia sedang teruja mengelak serangan mesin tempur tersebut. Kemudian dia menghalakan tangannya ke bawah ke arah pasir di tepian pantai,dia naikkan tangannya ke atas dan pasir itu terus naik serta menyerang ke arah mesin tersebut.

"SAND RAMPAGE!!!" Serangan pasir dibentuk seperti jarum sebesar ibu jari,jumlah yang banyak menyerang ke arah mesin yang asyik menyerang Amien. Serangan Amien bermula dengan mengenai badan mesin,dengan bertalu-talu serangan jarum pasir itu mengenai bahagian yang lain. Kemudian jarum pasir yang besar itu masih melekat pada badan mesin,individu yang bertanggungjawab mengawal mesin itu tergamam kerana dia sudah tidak dapat kawal.

"Setakat serangan macam robot kau ni..." ujar Amien mendepakan sebelah tangan bersedia untuk memetik jarinya.

"Makan kacang saja...." ujar Amien terus memetik jarinya.

Tap!

BOOMMM!!!!!!!!

Mesin tersebut terus meletup dengan kuat dan tekanan angin terhasil daripada letupan itu membuatkan Amien tidak dapat membuka mata sepenuhnya,dia tersengih sendirian kerana terkejut dengan letupan yang kuat dan itu hasil serangan dia pun boleh terkejut? Kemudian sedang tersenyum keseorangan,Amien dikejutkan dengan letupan yang kuat datang dari gudang yang dituju oleh Ikhwan dan Farhan sebentar tadi.

"Aik? Tak selesai lagi?" soal Amien sendirian.

"Memang la tak selesai kalau mamat Kennedy itu asyik main tembak-tembak je..." ujar satu suara mengejutkan dia dari belakang,lantas Amien segera melakukan back-kick namun orang itu sempat menahan.

"Woo.....kena muka habis,mahal ni...." ujar Z tersengih sambil memegang kaki Amien yang ingin menyepaknya.

"Huh?" Amien terkejut dan terbang berundur ke belakang sedikit.

"Siapa kau?!" Amien bersiap sedia membuka kekudanya,Z sekadar tersenyum simpul dan memeluk tubuhnya.

"Relax....aku bukan nak cederakan kau...baik kau tolong geng dragon kau tu..ha.." ujar Z menudingkan ke arah belakang Amien,kemudian Amien menoleh ke belakang dan terkejut apabila Ikhwan merempuh keluar bersama keadaan mukanya ditekup tangan Kennedy.

"Huh?" Amien menoleh semula ke belakang dan terkejut kerana Z sudah menghilangkan dirinya.

"Who's that..give me a some scary thought..." ujar Amien.

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now