CHAPTER 55 : CHILDPLAY

En başından başla
                                    

Someone with the power like Holy Beast?

Ikhwan dan yang lain-lain tiba di sebuah bandar,mereka cuba mencari maklumat yang berguna namun sekadar kecewa mereka dapat. Masing-masing berehat di tepi jalan bandar,dan orang awam yang berada di situ memerhatikan mereka. Mungkin dari gaya penampilan baju mereka begitu berbeza dengan orang di bandar,Jamel menguap panjang dan menyebabkan orang awam yang memerhatikannya segera beredar. Ikhwan sekadar menggelengkan kepalanya,lantas memejamkan matanya.

"Bagaimana Karma?" Ikhwan berinteraksi dengan Karma.

"Tiada apa yang dapat aku cari...jika aku buat lebih dari itu,orang yang berkuasa di dunia akan mengesan aku..." Balas Karma.

"Ini memang teruk" kata Ikhwan dan kembali membuka matanya.

''Ikhwan?" Alisa terkejut dengan tindakan Ikhwan yang beredar dari situ.

"Kita cari maklumat di tempat lain..." cadang Ikhwan dan Alisa sekadar mengangguk serta mengekorinya. Jamel dan Aminudden berpandangan,mereka berdua hanya mengangkat bahunya.

"Kenapa ni?" Soal Alisa risau.

"Saya okay..." ujar Ikhwan berjalan sehingga keluar dari bandar di pintu satu lagi.

"Cuma kita termasuk ke dunia lain,saya agak bingung...." kata Ikhwan masih lagi berjalan namun perlahan,Alisa hanya tersenyum mendengar jawapan Ikhwan lalu tangannya memegang tangan Ikhwan.

"Alisa?"

"Kita sama-sama hadapinya...bukan awak seorang diri okay?" Pujuk Alisa dan Ikhwan sekadar mengangguk lemah.

KYAAA!!

Ikhwan dan Alisa serentak terkejut,apabila mendengar jeritan seorang perempuan pada satu arah. Jamel dan Aminudden berpandangan,kemudian segera berkejar ke arah jeritan itu berada. Mereka melepasi Ikhwan serta Alisa,kemudian berlari dengan langkah yang pantas. Pada masa yang sama makhluk yang serupa orc cuba mendekati seorang wanita sudah terbaring di atas lantai,ketakutan melihat rupa orc yang begitu hodoh.

"Dunia ni pun ada natang hodoh macam ni ke?" Soal Jamel menggaru kepalanya,Aminudden awal-awal sudah melakukan serangan mengejut.

"Falcon Double kick!" Satu tendangan dua kaki menujah pada orc tersebut,terseret jauh orc dibuat oleh Aminudden.

"Cik adik okay?" Soal Jamel memapah gadis tersebut,dan segera membawa ke tempat yang jauh sedikit daripada Aminudden serta orc yang tercampak ke belakang.

"Tak elok serang seorang wanita..." ujar Aminudden menggoyangkan jari telunjuknya,orc itu bangkit semula dan mengaum sekuat hati.

"Pergh....kuatnya bau..berapa lama tak cuci gigi ni?" Seloroh Aminudden bersahaja sambil mengibas tangan di hadapan muka,orc itu tiada balasan dan menyerbu ke arah Aminudden.

"Hoho...this should be fun...." ujar Aminudden mendepakan tangannya,air mukanya serius dan meluru ke arah yang sama dengan orc tersebut.

Satu tumbukan dihayunkan oleh orc tersebut,Aminudden mengelak dengan melompat ke udara. Orc tersebut tersengih licik,lantas senjata pada tangan satu lagi dihayun ke arah Aminudden dengan deras. Lengan Aminudden dibuat perisai lalu,akibat tetakan senjata seperti bentuk belantan baseball membuatkan Aminudden tercampak jauh. Jamel yang sudah membantu gadis itu menyelamatkan diri,menyedari keadaan itu lalu melompat serta menyambut Aminudden.

"Putera muda okay?" Soal Jamel kemudian menoleh ke arah Orc yang sedang berjalan menuju ke arah mereka.

"Saya okay cik Jamel.....tapi orc tu memang kuat...dia seolah-olah pandai berlawan...tu yang tercampak..saya ni" jelas Aminudden sambil mengurut lengannya.

GROAHHH!!

Jeritan ngauman Orc itu kuat kedengaran oleh mereka berdua,tidak lupa Ikhwan dan Alisa yang menjadi penonton sahaja. Jamel dan Aminudden berpandangan lalu tersengih licik,kemudian Jamel meregangkan ototnya. Setiap bunyi dikeluarkan dari leher ke lengan dan jari-jemarinya,kemudian Jamel menumbuk dan menarik tanah menjadi ketulan besar pada cengkaman tangannya.

"Oi mak ko hijau Orc...sambut hadiah untuk kau!" Jerit Jamel membaling ketulan tanah gergasi ke arah Orc tersebut,Orc itu seolah-olah tidak takut kemudian tersengih.

"Huh?" Jamel terasa pelik dengan senyuman Orc tersebut.

GROARR!!

DUSH!

KROUNGG!!

Aminudden dan Jamel tercengang kerana Orc tersebut menumbuk hancur ketulan gergasi itu,dan pada mulanya tercengang Aminudden serta Jamel tergelak besar. Mereka ketawa sehingga Orc itu terasa hairan.Alisa turut sama dan menoleh ke arah Ikhwan.

"Mainan kanak-kanak" Serentak tiga pemuda itu berkata,Jamel dan Aminudden bersiap sedia membuka langkah.

"Harimau Putih..." ujar Jamel tersengih licik.

"Aku dah lama sedia..." Seekor Harimau putih berperisai bersuara.

"Bagus...tangan aku dah menggigil ni.." kata Jamel.

"Falcon...." kata Aminudden pula.

"Ready when you are my lord.." sahut Falcon.

"Cakar Harimau Puaka..." Jamel membetulkan kekudanya,Aminudden menyusul di sebelahnya dan Orc itu seperti faham lalu bersiap sedia.

"Flame Arts Style...." bisik Aminudden dan Jamel terus meluru ke arah Orc itu dengan larian yang begitu pantas,Orc tersebut seperti kaku kerana gerakan larian Jamel begitu pantas. Kemudian dengan sepantas kilat Jamel dengan Aminudden sudah berada di hadapan Orc tersebut.

"Ribuan Cakaran Tanpa Bayang!!" Serangan cakaran tanpa henti di udara,Aminudden pula tangannya sudah membara menyala api merahnya.

"Crimson Wings Slash Heaven!!" Serangan Aminudden berunsur api,berbentuk seperti sayap merempuh Orc tersebut dan membakarnya sehingga menjadi debu.

"See? I told...just childplay..." ujar Ikhwan sambil memerhatikan mereka berdua dengan memeluk tubuh,Alisa mengurut dadanya tanda lega.

"Kerja bagus putera..!" Jamel berkata sambil bertepuk tampar dengan Aminudden.

"Cik Jamel pun apa kurangnya...ribuan cakaran tanpa bayang! Zas! Zas! Haha" ujar Aminudden mengajuk gerakan Jamel sebentar tadi,Alisa hanya memerhatikan mereka berdua sambil menggelengkan kepalanya.

"Oh My God...."

=============================================

Okay guys! Habis satu episod baru..so macam mana boleh terima untuk peminat cerita Sylvania..lepas ni mungkin Ikhwan dan Aydan akan bertembung...

So guys...keep support...

Love you all...muah

(Bow)

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin