CHAPTER 24 : IKHWAN VERSUS IRIS

Start from the beginning
                                    

"Check one..check two...check one two three...."

"Berapa banyak nak periksa tu..." ujar Ikhwan bengang.

"Jadi abang....." Ikhwan mengalihkan pandangan ke arah adik kembarnya,Iris.

"Berapa kali hubungan intim abang dengan Alisa..?" Soalan Iris itu membuatkan Ikhwan mengerutkan dahi,dan berfikir sejenak.

"Hmm....setakat peluk,usap kepala...lepas tu peluk lagi,lepas tu usap kepala....itu jer kot....?" Balas Ikhwan selamba dan Iris sedikit bengang kerana taktik mengganggu pemikiran tidak berhasil,Ikhwan tersenyum licik dan tergelak kecil.

"Jadi adik....nak guna tinju ke..." ujar Ikhwan sambil menggenggam kedua tapak tangan.

"Ataupun adik guna pedang...?" Jari telunjuk dan jari hantu dirapatkan,selebih jari yang lain digenggam. Ikhwan menghayunkan tangannya,lalu muncul beberapa bilah pedang terapung mengelilinginya.

"Pedang....saya tak suka guna tangan..." muncul bulatan simbol mentari di bawah kaki Iris,dan sebilah pedang muncul lalu disambut oleh Iris.

"Heh....glad you like it..." kata Ikhwan tersenyum.

"Lagi satu...." Iris berkata lagi.

"Mana pedang jed biru abang yang tadi?" Iris tersenyum.

"Haha....kalahkan pedang abang ni dulu..baru abang gunakan Karma Fang..."

"Kedekut!" Ujar Iris menjelirkan lidah tanda marah pada abang kembarnya.

"Baiklah korang? Ready?" Kedengaran suara Yusri dicorong alat pembesar suara,Ikhwan dan Iris menoleh ke arah kamera yang fokus pada mereka. Latar belakang berubah menjadi kawasan bandar terbiar.

"Ya..." ujar kembar itu serentak,Rumina melihat ke arah monitor dengan tenang sambil menghampiri Alisa. Belakang Alisa diusap perlahan oleh Rumina,Yusri dan Raffie fokus pada monitor.

"Kamu berdua........" Raffie menarik nafas perlahan,Ikhwan dan Iris berpandangan sesama mereka sambil tersenyum.

"MULAKAN PERLAWANAN!!!!!" Ikhwan dan Iris segera meluru antara satu sama lain,dan lagaan pedang bertembung.

"Wohoo......nice!...." puji Yusri dari pusat kawalan bilik latihan,kemudian geseran pedang menghasilkan percikan bunga api yang banyak.

Lagaan demi lagaan berlaku dan memberi impak pada penonton,Solleh menyedari perlawanan itu sekadar tersenyum dan menyambung semula kerjanya. Impak bunyi dua pedang berlaga membuatkan Yusri dan Raffie berpandangan antara satu sama lain,kemudian mereka tersengih kemudian pada masa yang sama Iris mengatur langkah.

"Fencing swordplay....thousands thrusts!!" Serangan tusukan yang hampir beribu jumlahnya,menyerang ke arah Ikhwan.

"Oups!" Ikhwan lantas memusingkan pedangnya menahan serangan tusukan kuasa elemen air milik kembarnya,dia tersenyum kerana peningkatan Iris yang drastik selama lima tahun ini.

"Second Slash!!" Ikhwan terkejut apabila Iris sudah berada di belakangnya dengan pantas,lantas menyeru memusingkan badannya.

"Ergh!!" Libasan hayunan pedang Ikhwan dan kebas dibuatnya,dia berundur beberapa langkah. Namun Iris sudah meluru pantas tapi sempat disedari oleh Ikhwan.

"Third Rush!!!" Satu lagi serangan tusukan menyebabkan Ikhwan tercampak,Alisa terkejut dan Yusri bersiul.

"Aiyark!!"

KLONGGGG...!!!!

Ikhwan melanggar bangunan terbiar,dan runtuh Iris tersengih dia berjaya menjatuhkan abang kembarnya. Namun satu daya ki yang kuat dirasai,menyebabkan Iris hilang senyumannya. Satu libasan kuat muncul dari runtuhan bangunan itu,Iris menangkis dan terkejut kerana hayunan itu lebih kuat dari sebelum ini.

Hi....arghh..!!!!!!!

Jeritan yang lantang daripada Ikhwan menghancurkan runtuhan itu,Iris terkedu dan merasai aura yang berlainan. Dia menyedari ini adalah aura yang dia rasai sebentar tadi,aura inilah yang Ikhwan gunakan semasa berlawan dengan Raven. Malah yang mengejutkan pedang abangnya sudah berlainan bentuk,itu adalah pedang Karma Fang.

"Well my twin...ready for round 2...?" Ikhwan memegang hulu pedang dengan kedua-dua tangannya,dan daya aura ki yang ki terhasil.

"Gulp..." Iris menelan air liur,dan Ikhwan meluru ke arahnya dengan pantas lalu melakukan libasan.

"Hrmm!!" Iris terkial-kial menahan serangan abang kembarnya itu.

"Abang!" Iris menjerit memanggil abangnya.

"Sudah la tu! Iris mengaku kalah!" Air matanya Iris mula menitis dan satu lagi hayunan ingin diberikan,Iris hanya kaku tidak mampu bergerak. Yusri dan Raffie ingin memasuki bilik,untuk menghalang namun dihentikan oleh bonda mereka.

"Bonda!" Jerit mereka berdua serentak,Rumina tersenyum dan melihat pada skrin monitor.

"Abang!" Jerit Iris memejamkan matanya,Ikhwan tersengih dan pedangnya dilenyapkan lalu mengusap kepala adiknya.

"Huh?" Iris terping-pinga,Ikhwan mengusap perlahan kepala adiknya dan tersenyum.

"Goup de grace!" Ikhwan berkata sambil tersenyum,Iris terus memeluk abangnya.

"I miss you so much big bro!"

"So am i...."

"Ingat budak tu serius..." ujar Yusri menghela nafas lega.

"Anakanda berdua serius fikir Ikhwan tu betul-betul pada adik kembarnya?" Rumina berkata pada dua puteranya sambil menggelengkan kepalanya,dia melihat gelagat dua anak kembarnya itu dan tersenyum. Alisa turut tersenyum melihat Ikhwan yang melayani adiknya,,gelagat Alisa disedari Yusri dan tersenyum apabila mengetahui senyuman Alisa disebabkan Ikhwan.

"Man....Ikhwan you're one lucky bastard..." gumam Yusri di dalam hatinya.

==========================================================

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now