CHAPTER 18 : MEMORY

Start from the beginning
                                    

"Turun kota jap...tak ada tanda-tanda bahaya dalam istana..lagipun Ikhwan tu ada..." ujar aku dan segera meninggalkan ayahanda aku yang sekadar menggelengkan kepalanya.

"Hati-hati...." pesannya dan aku hanya melambai tetapi tidak menoleh ke belakang.

Aku berjalan keluar dari pintu utama istana,kemudian sebaik sahaja tiba di pintu pagar besar seseorang yang aku kenal berada di situ. Adam? Apa yang dia buat di sini,kemudian dia menyedari kehadiran dan segera berdiri.

"Tuan putera..." tegurnya memberi hormat.

"Ai Dam...tak payah la nak mengada-ngada nak formal..dah biasa kot kita selalu lepak..." ujar aku memeluk tubuh,sambil tersengih melihat Adam yang terpinga-pinga.

"La..dah tu nak buat camner? Yo putera amik jari tengah ni..gitu?" Adam berseloroh dan jari tengah di tangan kanan dihulur pada aku.

"Kau kalau aku hantar terbang ke bulan jangan tanya kenapa..."

"Hehe...relax putera,ehem! Yus relax..tak baik..." ujar Adam cuba mengambil hati,lantas betul-betul di hadapan mukanya aku berikan isyarat jari tengah.

"Adoi...nak balas gak...."

"Fair and square...dah jom.." ujar aku beredar melepasi pintu pagar besar,pengawal yang bertugas memberi hormat.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Ikhwan P.O.V

Taman bunga peninggalan almarhum aku lihat sekeliling,aku sendiri tidak sedar apabila aku memasuki taman bunga. Pelik kerana sebelum ini,aku tidak masuk ke taman ini kerana teringatkan almarhum kakak aku. Tetapi kenapa aku boleh masuk dengan perasaan yang biasa?

Kemudian aku berjalan melepasi bunga-bunga yang cantik berkembang,kelihatan baru sahaja lepas disiram. Siapa? Entah kenapa aku terasa seseorang berada di belakang,lantas aku toleh namun tiada. Mungkin perasaan aku sahaja.

"Sekejap...bukan perasaan aku ni...hmm?" Aku mengomel sendirian,kemudian dari satu sudut kelihatan susuk tubuh wanita sedang berdiri.

Pemakaian wanita itu membuatkan aku tergamam,tidak mungkin dia dan jelas walaupun jauh. Aku nampak dia sedang tersenyum,senyuman penuh kemesraan jelas dapat dirasai. Tidak mungkin wanita itu adalah 'dia!

"Ikhwan...." satu suara menegur aku dari tepi,lengan kot aku ditarik.

"Alisa......bila awak bangun?" Soal aku sebaik mengetahui siapa yang menegur,Alisa menggosok matanya tanda dia masih mengantuk.

"Baru je...ermm..." Alisa menyandarkan kepalanya di bahu aku,mengantuk lagi rupanya. Aku usap belakang kepalanya,kemudian membuatkan aku terlupa kehadiran wanita misteri itu dan aku menoleh semula ke arahnya.

Hilang pula?

"Ikhwan awak cakap sesuatu?" Soal Alisa mendongak,kepalanya masih berbantalkan bahu aku.

"Nah...nothing,it's okay....." jawab aku menyambung usapan kepalanya.

Alisa sekadar mendiamkan diri sahaja,seperti dia merisaukan aku. Rambutnya yang hitam bersinar aku usap,dan belai dengan lembut. Alangkah bagus jika keamanan seperti ini,berterusan tanpa ada konflik yang rumit.

Aku pimpin Alisa ke arah bangku panjang,duduk dan aku perhatikan keadaan taman bunga. Masih lagi cantik dan terima kasih pada kakak ipar dan anaknya,Razeedah dan Intan menjaga selepas almarhum tiada.

"Ikhwan...." suara Alisa menegur lembut.

"Ermm?....tak tidur lagi?"

"Tak...cuma nak menyandar dengan awak sahaja..." balas Alisa dan aku sekadar tersenyum mengusap kepalanya.

"Reena....." ujarnya lagi membuatkan aku tersentak.

"Alisa?" Aku hairan dan kenapa Alisa menyebut nama kakak aku? Alisa mengalihkan kepalanya dari bahu aku,kemudian dia merenung aku dengan tajam.

"Kenapa ni? Ada yang tak kena?"

"Saya nak dengar dari mulut awak...bagaimana personaliti kakak awak,Reena Solleh...." sekali lagi aku tersentak dan menunduk kepala,kemudian menghela nafas pendek.

"Haih....jadi sekarang ni kena flashback la...ni?" Ujar aku lagi dan Alisa memegang tangan aku dengan lembut.

Aku menghela nafas sekali lagi,kemudian aku dongak ke atas langit dan perlahan-lahan aku pejamkan mata. Kenangan itu masih lagi segar,kenangan aku dan kak Reena. Dia seorang kakak yang bertanggungjawab dan tegas dalam mendidik,lebih-lebih lagi aku yang dia beratkan.

"Kakak pendek!!........"

CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™Where stories live. Discover now