"Original village?" Reezal mengangkat sebelah kening dan menoleh ke arah Aswandy. Mereka berbincang di bilik peribadi Aswandy,bilik khas untuk raja jika ingin mudah diungkapkan
"Yup..dan di situ ada runtuhan yang aku nak kau sertai untuk menyiasat..." jelas Aswandy.
"Ye aku tahu...tapi kenapa? Untuk apa?"
"Macam ni aku terima laporan ada mengatakan kehilangan setiap kali orang lalu situ mesti hilang..." kata Aswandy air mukanya bertukar serius.
"Hilang? Macam oreo ke?" Reezal berkata selamba.
"Aduhai apa kena mengena dengan oreo pulak setan....ni pasal kehilangan para rakyat negara Rembulan la..." ujar Aswandy sambil menepuk dahinya.
"Hilang mereka ke mana?" Soal Reezal mengusap dagunya.
"Itu pasal la aku ajak kau datang sini...bantu aku.." ujar Aswandy dan Reezal mengangguk faham.
"Tak apa ke kau tinggalkan istana?" Reezal menyoal.
"Hmm..tak kot...Anne boleh handle rasanya sementara aku tak ada ni..."
"Kot kot...oi kak Anne tu perempuan la...boleh ke dia buat?" Reezal tidak puas hati dengan jawapan Aswandy.
"It's okay....it's okay..your sister is independent woman...heh.." ujar Aswandy selamba.
"Lagi la aku risau...." kata Reezal menekup mukanya dan Aswandy sekadar membuat muka tidak bersalah.
Satu kawasan yang agak sunyi dan ditutupi oleh semak samun,serta tali akar yang panjang. Sudut pandangan orang biasa ia amat menyeramkan dengan suasana gelap di situ,Reezal memandang tempat itu dengan muka blur. Dia menoleh ke arah abangnya,dan menghela nafas pendek.
"What with this creepy place?" Soal Reezal memeluk tubuhnya.
"Ini la tempatnya..." kata Aswandy tersenyum.
"Siapa yang bodoh sangat pergi datang tempat macam ni?" Selamba Reezal berkata dan Aswandy tersengih sahaja mendengar bebelan adiknya.
"Siapa tahu...." ujar Aswandy dan melangkah memasuki kawasan tersebut,Reezal mengekorinya dengan menggelengkan kepala sahaja.
Sebaik mereka berdua melangkah masuk,terasa aura yang menakutkan dan menyeramkan. Peluh dingin mula mengalir di pipi,kedengaran bunyi seolah-olah seperti orang bernafas dalam kelambu. Aswandy dan Reezal berpandangan,kemudian mereka mengangguk dan seolah-olah tahu apakah benda yang berbunyi itu. Lalu Reezal terus menghayun penumbuk dan tepat mengenai sesuatu,namun benda itu dalam keadaan lutsinar kurang jelas dan terus melarikan diri.
"Hmm....." Reezal sekadar memerhatikan benda itu pergi.
"Hey bang ko...huh? Oi apa kau buat sebalik dinding tu ha? Kurang ajar punya abang!" Reezal bengang dengan tindakan Aswandy bersembunyi di sebalik dinding.
"Hehe....aku tak nak kacau kau beraksi...ehem.." kata Aswandy dengan muka tidak bersalah.
"Kau minta bantuan aku kan? Kerjasama la sikit!" Ujar Reezal kemudian menyambung langkahnya,Aswandy sekadar tersengih dan menyusul.
Reezal menghentikan langkahnya,dia memerhatikan keadaan sekeliling lalu mengaktifkan senjata yang dipakai pada tangannya. Nafas ditarik perlahan-lahan dan dilepaskan satu tumbukan,dituju pada tanah di bawahnya. Aswandy hanya memerhatikan dari belakang,kemudian dia mendengar bunyi suara sayup-sayup.
"Hantu ke?" Soal Aswandy selamba..
"Tu bunyi dari rekahan tanah ni..." jawab Reezal melenyapkan sarung tangannya.
"Bunyi dari re...kahan?" Aswandy mengangkat sebelah kening.
"Yeah....bawah ada macam bilik bawah tanah,dan nampaknya agak dalam...." ujar Reezal menyentuh kawasan tanah yang merekah teruk akibat perbuatannya.
"Jadi macam mana...." seiring Aswandy bertanya Reezal terus menghentak tanah dengan satu tumbukan.
KLONGG!!
Tanah merekah dengan lebih luas dan menyebabkan mereka turut ditarik masuk,Aswandy memandang wajah Reezal dengan muka blur dan adiknya buat muka tidak bersalah.
"Boleh aku tumbuk muka kau...?" Kata Aswandy geram,dan mereka terus menjunam ke dalam kegelapan.
"Huh! Nasib baik kita ni pro...tempat apa ni?" Soal Aswandy sebaik mendarat di permukaan tanah,seluruh kawasan gelap dan sunyi.
"Hmm....tempat berhantu kot..." seloroh Reezal berkata dan Aswandy menjeling ke arahnya.
"Apa? Dah jangan nak marah...kita bukan budak-budak nak takut benda macam tu..." ujar Reezal melangkah ke hadapan,Aswandy menyusul dengan mulutnya terkumat-kamit menahan geram.
"Hmm.....tak ada signal ni pula.." ujar Reezal memeriksa telefon pintar miliknya,Aswandy memeluk tubuh memerhatikan keadaan gelap sekeliling.
"Ouh ya...long kenapa kampung ini dipanggil original village?" Soal Reezal menoleh abangnya.
"Original village adalah kampung terawal wujud sebelum terbina kota sebalik dinding besar...dan menyimpan khazanah negara...."
"Betul ke?"
"Entah la...itu apa yang tercatat dalam dokumen negara Rembulan...aku malas nak ambil tahu.." Mereka meneruskan perjalanan dan kedengaran pula bunyi orang sedang berbicara.
"Bagaimana langkah kita seterusnya Jeff?"
"Hmm kita harus tunggu sebab Dean tak balik lagi..."
"Mana pula abang kita ni..." mendengar perbualan itu Reezal dan Aswandy berpandangan,cahaya kelihatan dari satu lorong.
"Reezal mereka tu..." Aswandy cuba menduga sambil berbisik ke arah adiknya.
"Yeah long.....diorang ni Button bersaudara...." ujar Reezal turut berbisik.
"Raven rupanya berlakon selama ini...grr..." ujar Ren mengepalkan penumbuk.
"Tak guna nak marah Ren...kita masih perlukan teruskan tugasan kita..." kata Jeff pula menggosok belakang kepalanya.
"Err....nak serang ke tak ni?" Soal Reezal menoleh ke arah abangnya.
"Kita tunggu sorang lagi..." ujar Aswandy.
"Did you call me?" Satu suara menegur mereka,lantas dua beradik itu menoleh.
"Dean Button...." ujar Reezal sebaik menoleh.
"Huh?" Jeff dan Ren serentak menyedari kehadiran abang sulung mereka,dan apa yang mengejutkan Aswandy serta Reezal ada di hadapan mereka.
"Ergh...putera kedua dan putera sulung,ataupun Raja Rembulan..." ujar Ren mengetap gigi.
"Alang-alang dah kantoi ni aku nak tanya mana mangsa yang dikatakan hilang...tu?" Soal Reezal merenung Dean.
"Kalau aku tak nak jawab?" Balas Dean sinis.
"Aku rasa macam pernah situasi seperti ni berlaku..." ujar Jeff menepuk bahu Ren.
"Ouh....macam tu ye?" Reezal memeluk tubuh dan memejamkan matanya,kemudian sebaik sahaja matanya celik letupan sekeliling berlaku.
"Apa?!" Dean tercengang apabila Reezal memulakan tindakannya.
"Long ko handle dua ekor lagi...aku nak ganyang mamat ni.." kata Reezal dengan air mukanya serius.
"Dua ekor? Ingat kita ni kucing ke per?" Ujar Ren geram dan Jeff melagakan penumbuknya.
"Okay la tu dari adik aku cakap babi kang tak terima...pulak.." selamba Aswandy berbahasa.
"Kurang ajar!" Jeff dan Ren serentak meluru ke arah Aswandy,Reezal dan Dean pula berbalas renungan.
"Hiyargh!!" Jeff menumbuk seiring tendangan daripada Ren,namun Aswandy menahan kemas serangan mereka berdua.
"Blizzard Push Over!!" Satu tolakan telapak tapak tangan mengenai mereka berdua,menyebabkan Jeff dan Ren tercampak. Pada masa yang sama,Dean turut memulakan serangan ke arah Reezal.
"Take this!" Dean memanjangkan skarf miliknya,dan menyerang Reezal namun ayah kepada tiga orang anak itu selamba mengelak.
"Don't take me lightly...hmph!" Reezal berkata seiring menghayunkan penumbuk ke arah tanah.
DUSHHH!!
KROOMM!!
Rekahan yang besar terjadi dan Aswandy hanya mengeluh,sambil menghela nafas pendek melihat tindakan adiknya.
"Jangan pandang tempat lain la!" Jerit Jeff mengumpulkan kuasanya,Ren turut sama menyusul abangnya.
"Err.....haih tahan je la..." keluh Aswandy dan berada di posisi bertahan.
"HIYARGH!!!" Serentak dua beradik itu melakukan tumbukan bertubi-tubi,dan Aswandy menahan sehingga merempuh dinding tanah lalu hancur. Akhirnya dia berada di sebuah bilik aneh,penuh dengan alatan canggih.
"Where is this place?" Soal Aswandy dalam hatinya,dan apa yang mengejutkan terdapat balang yang banyak. Setiap balang kelihatan ada manusia,bercampur lelaki dan perempuan.
"What...." Aswandy tergamam kerana ini adalah bilik eksperimen manusia.
"Alamak ko bang...kuat sangat serangan ko...tengok dah kantoi..." ujar Ren menoleh ke arah Jeff.
"Apa pulak aku? Kau yang kuat sangat...eh?" Kata-kata Jeff terhenti apabila mengesan tekanan kuasa yang begitu kuat.
"What the meaning of this? What you've done to my people?" Soal Aswandy membelakangkan dua orang Button bersaudara.
"Alang-alang dah kantoi....baiklah kami menjalankan eksperimen untuk melahirkan seorang cpu-biologi....." ujar Jeff memeluk tubuh sambil tersenyum sinis,Ren hanya mendiamkan diri.
"Cpu_biology? Kau culik semua ni nak jadikan mereka ni senjata hidup? Macam Alisa?!" Aswandy sudah sememangnya dalam keadaan marah,daya kuasa dia semakin bertambah kuat semakin dirasai oleh adiknya Reezal.
"Along?" ujar Reezal sambil mengelakkan serangan Dean.
"Yeah....jika kami tidak dapat Alisa Darweez tidak apa,ini penggantinya...benda boleh tukar ganti kan..?" ujar Jeff lagi sambil menurunkan sedikit cermin matanya,dengan air mukanya yang menjelikkan.
"Berani kau...mereka bukan barangan yang kau boleh ambil dengan sesuka hati!!!!!" jerit Aswandy sambil memalingkan tubuhnya ke arah Jeff serta Ren,terasa dingin keadaan sekeliling dan dinding menjadi beku.
"Manusia boleh melahirkan anak kan...kalau bagi keluarga yang kehilangan anak..mereka boleh berasmara untuk melahirkan anak baru kan.....hehe" kemudian bahu Jeff ditepuk oleh Ren.
"Apahal? Ni tengah bahagian menarik ni..." ujar Jeff bengang.
"Hey bang....aku rasa apa yang kau cakap tu dah cukup la...aku rasa tak sedap hati ni..." balas Ren mula terasa risau.
"Argh...kau dia seorang je kot....kita berdua.." ujar Jeff selamba dan pada masa yang sama,Ren menyedari Aswandy sudah berada di hadapan abangnya itu.
"Hey brother!! Look out!!.." ujar Ren menuding ke hadapan.
"Apa? Huh?" Aswandy dengan bentuk rambutnya putih salji,dan matanya putih bersinar menghayunkan tinjunya dan Jeff baru mengenal erti di ambang maut ketika itu.
Pada masa yang sama Dean menyerang Reezal dengan berterusan,namun Reezal mengelak dengan tenang tanpa sebarang masalah. Itu membuatkan Dean semakin hilang sabar,selendang dikeraskan umpama keluli dan Reezal kagum dengan abiliti penukaran jisim milik Dean. Satu serangan pantas dilakukan dan Reezal menyedari sesuatu,lantas Reezal menghasilkan perisai dinding namun gagal kerana selendang itu menembusi perisai dindingnya.
"Woo.....dahsyat...." ujar Reezal melihat selendang tersebut.
"Jangan main-main la...!!" jerit Dean menyeretkan selendang yang masih terpacak pada perisai dinding tersebut,Reezal segera mengelak dan menjarakkan diri daripada Dean.
"Aku pernah kalah dengan anak kau....kali aku tidak akan silap langkah lagi!"
"Huh? Kau kalah dengan anak aku? Silap langkah?"
"Erkk......"
"Hmm...jadi kau tak adalah kuat mana pun..." ujar Reezal dengan wajah tidak bersalah.
"Grrr.....argh! Diam!!" Dean meluru ke arah Reezal dengan laju.
"Hmph!" Reezal membuka kekudanya dan sarung tangan Bison diseru.
BOOMMMM!!!!
"ARGGHH!!!!" Kelihatan dua orang menembusi dinding bersebelahan Reezal dan Dean bertarung,malah dari gaya mereka terkena pukulan kuat dari seseorang.
"Huh? Jeff! Ren!" Dean berlari mendapatkan adik beradiknya,dan seseorang keluar dari tempat rekahan tersebut dan Reezal hanya mendiamkan dirinya sahaja.
"Huh...?" Dean terduduk sebaik menoleh ke arah orang yang berjalan keluar dari bekas rempuhan tersebut.
"Apahal dengan daya kuasa ni? Kuat gila....!!" ujar Dean lalu bangun dari duduknya,kemudian Jeff dan Ren turut bangkit. Mereka berdua mengesat darah yang mengalir di mulutnya,Dean pula melakukan sesuatu pada gerakan tangannya seolah-olah isyarat ninja. Selendangnya berubah menjadi dari warna perak keluli kepada hitam gelap,Aswandy berjalan tenang dan matanya hanya lingkaran putih sahaja kelihatan serta bercahaya.
"Begone...." kata Aswandy perlahan.
"Huh?"
BOOOMMMMMM!!!!!!
Dean,Jeff dan Ren tercampak keluar dari bawah tanah lalu jatuh secara berguling beberapa kali di tanah,Aswandy dan Reezal keluar dari lubang hasil perbuatan Aswandy. Reezal cuba maju ke hadapan namun ditahan oleh Aswandy. Dia terkejut dengan tindakan abang sulungnya,dan menoleh ke lubang semula.
"Kau cuba selamatkan yang masih hidup...." ujar Aswandy dan memalingkan semula tubuhnya,dan berjalan ke arah di mana tiga Button bersaudara jatuh.
"Okay..if you say so....don't get to exciting...bro.." ujar Reezal dan masuk semula ke dalam lubang tersebut.
"Ergh.....get up guys..he's alone,we're three!" ujar Dean dan dua orang adiknya lantas bangun.
"Come....." ujar Aswandy mengamitkan tangannya supaya mereka melakukan serangan.
"JANGAN NAK BERLAGAK!!" Jerit Dean terus menyerang menggunakan selendangnya yang berkuasa kegelapan,Aswandy hanya mendiamkan diri namun Jeff sudah bersiap sedia berada di belakangnya ingin melakukan serangan hendap. Ren pula menarik pistol laser yang disangkutkan pada pinggangnya.
"Tiga serang serentak..? Boleh tahan...." kata Aswandy lantas berpusing ke arah Jeff.
"Apa?" Jeff dan Dean serentak berkata,Aswandy lantas mencekak baju kolar Jeff kemudian selendang milik Dean direntap lalu ditarik sekuat hatinya. Jeff pula dihayun ke hadapan dan berlaga tubuhnya dengan Dean,manakala serangan laser yang dilepaskan oleh Ren disambut Aswandy dengan menghasilkan cermin bulat namun yang pasti ia bukan cermin biasa.
"Argh!!" Dean dan Jeff berlaga badan.
"Reverse..." bisik Aswandy dan serangan laser itu mengenai cermin ais,lalu menganjal semula ke arah Ren dengan laju.
"Alamak....." keluh Ren tersengih.
BOOOOMMMMM!!!!!
"Ren!" jerit Dean dengan bersusah payah,dia bangun menuju ke arah Ren yang rebah. Jeff menyusul dari belakang.
"Hey Ren!....Hey!" Dean mula risau sambil menggoyangkan tubuh adik bongsunya yang tidak sedarkan diri.
"Dia tidak sedarkan diri.....dia selamat..tapi dia agak kritikal...." ujar Jeff dan Dean mula berang serta mengalihkan pandangan ke arah Aswandy dengan renungan tajam.
"Sial kau....!" Dean cuba bangun namun dihalang oleh Jeff.
"Oi! Ren kritikal kau dengar tak? Kita kena berundur bawa dia untuk rawatan..!!" kata Jeff memegang bahu Dean,Aswandy melangkah ke arah mereka.
"Kau fikir aku akan biarkan korang pergi...?" kata Aswandy menghasilkan lembing ais,dan terus membaling ke arah mereka.
"Portal teleportasi....buka!!" Dean membuka satu portal terbuka dan mereka terus hilang.
"Tch!" keluh Aswandy memetik jarinya.
"They got escape huh?" ujar Reezal dari belakang secara tiba-tiba sebaik Aswandy menyimpan kuasanya semula.
"Hoi....boleh bagi salam tak?" rungut Aswandy mendesah kemudiannya,Ikhwan yang duduk menongkat dagu tersenyum di balkoni.
"Well glad they safe....." ujar Ikhwan dan adakah dia menyaksikan pertembungan itu dari jauh.
"If you worried about them..why don't you just go to?" soal Reena dari belakang,Alisa pula ketika itu sedang bermain dengan Qisya di taman istana.
"Kalau mereka tak boleh nak tangani la..." kata Ikhwan menggeliat dan Reena sekadar menggelengkan kepalanya sahaja,dia kemudian beredar membiarkan Ikhwan berseorangan.
"Eksperimen manusia......macam 10 tahun yang lepas...." bisik Ikhwan menundukkan kepalanya,Alisa seakan-akan mendengar bisikan Ikhwan dan mendongak ke arah Ikhwan di atas balkoni dengan pandangan kehairanan.