Reezal menyalin pakaian diraja dan sarung tangan dipakai,lambang Mighty Bison tertera di sarung tangannya. Dia membetulkan rambutnya dan disikat dengan kemas,selendang bersama pengikat kepala bison kemas dipakai. Razeedah tersenyum memerhatikan suaminya itu,dia sekadar duduk di tepi melihat gelagat suaminya.
"Kenapa?" Reezal tersenyum hairan melihat isterinya sekadar memerhatikannya dengan senyuman.
"Tak ada apa...suka tengok abang kemas macam ni...hehe.." ujar Razeedah.
"Amboi...selama ni tak kemas ke?" soal Reezal tersenyum.
Tok! Tok!
"Baiklah abang berangkat dahulu..." ujar Reezal sebaik mendengar pintu rumahnya diketuk.
"Hati-hati bang...." kata Razeedah dan Reezal hanya tersenyum mengangguk,pintu rumahnya dibuka dan Rayyan sudah terpacul di hadapannya.
"Rayyan..awal betul kau sampai..." kata Reezal.
"Biar awal bang,daripada lambat...." jawab Rayyan dan di belakangnya kelihatan Reena serta Qisya di dalam dukungan Ikhwan,Reezal dan Ikhwan berpandangan kemudian mengangguk.
"Baiklah Rayyan mari kita bergerak..sekarang.." Reezal menuruni tangga rumahnya,Luqman dan Aminudden turut sama ada di situ.
"Luqman? Aminudden?"
"Hi ayahanda...hati-hati dalam perjalanan...." ujar Luqman tersengih.
"Yeah hati-hati ayahanda.." tambah Aminudden,lantas Reezal tersengih dan mengusap kepala mereka berdua.
"Jaga diri masa ayah tak ada...!" pesan Reezal berlalu pergi dan meninggalkan mereka semua.
"Abang Reezal nak ke mana tu?" soal Alisa yang berada di sebelah Ikhwan.
"Dia ada urusan di negara Rembulan..." jawab Ikhwan sambil menyerahkan semula Qisya pada Reena,Alisa hanya terdiam kerana dia seperti pernah mendengar nama negara ini.
"Bagaimana abang?" soal Reezal
"Abang smart...cun...kemas dan kacak.." ujar Rayyan tersengih.
"Bukan aku la...tu abang sulung aku...."
"Ouh...dia sihat walafiat.." jawab Rayyan tersengih malu kerana silap memberi jawapan.
"Ada apa dia panggil aku ye..." Reezal cuba mengagak sambil memasuki kereta yang Rayyan bawa.
"Itu kena jumpa tuanku dulu la..." jawab Rayyan.
"Hmm....betul juga..." ujar Reezal sambil memasang tali pinggang keledar.
"Okay..abang ipar,dah sedia?" Rayyan menyoal sambil tersenyum.
"Kita gerak sekarang..." ujar Reezal tenang sambil tersenyum.
"Aye aye chief...." ujar Rayyan tersengih dan menolak gear,lalu kluc ditekan serta pendikit minyak.
Kereta milik Rayyan mula bergerak dan menyusuri keluar dari istana,melepasi kawasan bandar dan terus memasuki lorong ke arah lebuhraya. Kenderaan pacuan empat roda mula memasuki jalan lebuhraya,dan mula meluncur laju seiring kenderaan yang sedia ada.
"Tak tahu pula kamu berada di negara Rembulan..." Reezal memulakan bicara dan Rayyan hanya ketawa kecil.
"Haha...maaf la tapi raja negara Rembulan berkeras untuk kami berdua tinggal dengan mereka.." jelas Rayyan dan Reezal sekadar mengangguk.
"Baguslah...perangai dia memang macam tu..." kata Reezal
"Negara Rembulan agak sejuk,harap tuan putera kedua boleh tahan..." ujar Rayyan tersengih.
"Jangan risaukan saya...baik awak risaukan kat belakang tu.."
"Hah? Apa?" Rayyan menoleh ke cermin sisi kiri,dia terkejut apabila penunggang motorsikal kuasa tinggi yang begitu ramai mengekorinya.
"Alamak...masa ni pulak diorang nak kacau..." ujar Rayyan mengeluh,penunggang tersebut memberi isyarat supaya menyerang kepada rakannya. Pada masa yang sama,Stella dari bumbung istana sedang menarik tali busur.
"Sasaran sudah dikunci..." ujar Stella.
"Bagus tembak..." Ikhwan memberi arahan dan Stella tersenyum menerima arahan.
TAP!
TUSS!
Panah dilepaskan dan dengan pantas mengenai salah satu motorsikal,lalu menyebabkan salah seorang daripada mereka jatuh tergolek di lebuh raya. Stella dengan pantas menembak jatuh satu persatu penunggang motorsikal,Ikhwan hanya tenang memeluk tubuhnya.
"Eh? Kerja siapa pula tu?" Rayyan kehairanan apabila melihat seorang demi seorang penunggang dijatuhkan.
"Tu mesti kerja budak baru tu...yang diletak bawah pengawasan Ikhwan..." jawab Reezal selamba.
"Ouh....." Rayyan mengangguk faham.
"Urgh!!" Semua penunggang motorsikal terjatuh dah hampir dirempuh kenderaan yang lain.
"Selesai tuan...." ujar Stella menoleh ke arah,sambil menurunkan busur.
"Bagus....." ujar Ikhwan kemudian beberapa gadis bersorak.
"Yeah! Nice shot Stella!!" Kata perempuan berambut blonde menunjukkan tanda bagus.
"Ha.....Elizabeth...." ujar Stella memandangnya dengan muka blur.
"Hey saya puji ikhlas ni...." ujar gadis berambut blonde bernama Elizabeth itu.
"Yea...yea,terima kasih...." jawab Stella selamba.
"Urgh....." Elizabeth memandang Ikhwan dengan mata berkaca.
"Hey...dah la tu,perangai Stella memang macam tu..." ujar Ikhwan membelai kepala Elizabeth.
"Macam budak-budak...." kata Stella dan Elizabeth mula mengalirkan air matanya.
"Stella!" Satu suara menegur Stella dengan tegas nadanya.
"Miss Alisa...erk!" Stella terus terdiam dengan kehadiran Alisa,kemudian Alisa menuju ke arah Elizabeth. Luqman dan Aminudden turut bersamanya.
"Maaf ye? Stella masih belum pandai sesuaikan keadaan..." ujar Alisa mengusap kepala Elizabeth.
"Emm...." Elizabeth mengangguk sambil mengembungkan pipinya.
"Hey bang ko rasa Elizabeth tu betul boleh memanah ke?" Soal Aminudden berbisik.
"Entah....aku pun tak ya..." belum habis ayat Luqman,sesuatu bergerak dengan laju melepasinya.
"Kin......" Luqman dan Aminudden serentak menoleh,mereka terkejut kerana anak panah terpacak pada dinding belakang mereka. Apabila mereka menoleh semula,Elizabeth sudah memegang busurnya dan dihalakan ke arah mereka dengan muka bengang.
"You guys should watch your mouth.." ujar Ikhwan tersenyum dan mereka mengangguk serentak.
"Dia pendengaran tajam biarpun korang berbisik..." tambah Ikhwan lagi.
ELIZABETH BEATRIZE
============================
Kereta pacuan empat roda milik Rayyan memasuki simpang,dan simpang itu menuju terus ke sempadan negara Rembulan. Suhu cuaca negara Rembulan bawah 5 darjah celcius ketika itu,dan Reezal hanya menghela nafas pendek.
"Pretty cold over here..." ujar Reezal melihat keadaan bandar yang diselaputi ais.
"Yeah....this should call Cold Nation not Rembulan nation..." seloroh Rayyan berbicara dan Reezal hanya menggelengkan kepalanya tersenyum.
Istana negara Rembulan
"Okay...kita dah sampai...." jawab Rayyan tiba di jambatan panjang,kemudian membelok dan Reezal kehairanan kerana bandar agak seperti beku tapi di istana keadaan berlainan.
"Istana ada teknologi pemanas gergasi jadi keadaan istana sentiasa hangat.." ujar Rayyan lagi dan Reezal menjelingnya.
"Eh...eh jangan salah faham...sekarang saintis kami tengah mengusahakan untuk seluruh bandar...hehe.." ujar Rayyan sambil mengusap belakang kepalanya.
"Bagus la kalau camtu...kalau tak aku suruh Ikhwan bom mesin pemanas tu..." jawab Reezal selamba dan Rayyan menelan air liurnya.
"Hehe...." Rayyan terus mendiamkan dirinya.
Hachiu!!
"Ikhwan? Awak selsema ke?" Soal Alisa sebaik sahaja Ikhwan bersin.
"Nah...snff,ada orang mengumpat saya ni..." balas Ikhwan sambil memerhatikan Stella dan Elizabeth menjamah makanan tengahari.
Reezal keluar dari kenderaan pacuan empat roda,sebaik sahaja kenderaan tersebut parkir di halaman istana. Kelihatan beberapa orang menghampirinya,Reezal hanya memerhatikan orang itu berjalan ke arahnya.
"Hey....sampai gak kau..." Aswandy mengangkat tangan menyapa Reezal.
"Hmm....kenapa kau panggil aku datang sini?" Soal Reezal.
"Relax...jemput masuk dulu la..." ujar Aswandy selamba dan Reezal menoleh ke arah remaja yang berada sebelah abang sulungnya.
"Hey Aeman...dah besar kau ye...?" Reezal tersenyum.
"Hehe...saya sebaya Luqman...mesti la..." balas remaja bernama Aeman,dia adalah anak sulung kepada Aswandy.
"Hai uncle....sihat?" Seorang lagi remaja perempuan bersebelahan Aeman menegur Reezal.
"Sihat la...kalau tak,mesti tidak sini..." ujar Reezal tersenyum mengusap kepala gadis tersebut,Athira Nabella umurnya sebaya Intan Faressa.
"Masuk la dulu...jangan berbual dekat luar je..." sapa seorang wanita berjalan berpimpinan tangan dengan seorang gadis kecil.
"Ah....Anne....it's been a while isn't...?" Sapa Reezal tersenyum.
"Ye...lama,dah masuk..mari Aina?" Wanita bernama Anne itu masuk semula ke dalam istana Rembulan. Reezal dan Aswandy berpandangan lalu melangkah masuk,seiring Aeman dan Bella.
"Macam mana rasanya jadi raja negara Rembulan?" Soal Reezal menoleh ke arah Aswandy.
"Biasa sahaja....tak ada masalah setakat ni..." balas Aswandy.
"Ouh...baguslah tu...ayahanda pernah cerita dia nak bersara..."
"Serius ah? Habis tu siapa yang bakal gantikan?"
"Entah la...aku harap ayahanda pilih Ikhwan..."
"Pfft...kau nak harap Ikhwan jadi raja seterusnya? Jangan harap la..silap haribulan kau yang kena.."
"Kau sure ke Ikhwan tak nak?"
"Mesti la...dia kan sukakan kebebasan....kalau jadi raja makna dia game over la.."
Hachiu!!
"Saya rasa awak memang selsema la..." ujar Alisa menoleh ke arah Ikhwan yang mengesat hidungnya.