Imej Reena Al'Solleh di media
"So...all of this...year you still alive? And investigate about Black Cobra...?" Solleh yang mula merenung gambar potret,memalingkan badannya merenung Reena yang bersama Raven. Ikhwan ketika itu turut berada di bilik Solleh,bersama Alisa disisinya sekadar memeluk tubuh sahaja.
"Bagus dah pandai menipu ayahanda ya?" Solleh duduk di kerusinya,Reena menelan air liur dan menundukkan kepalanya tidak berani bertentang mata dengan ayahanda.
"Err...ayahanda.." Ikhwan cuba menenangkan ayahandanya.
"Kamu diam Ikhwan....biar ayahanda yang bercakap..." Solleh berkata tegas namun tidak memandang Ikhwan.disebabkan itu Ikhwan kembali mendiamkan dirinya sahaja.
"Tapi ayahanda saya buat semua itu bersebab..." Reena cuba mempertahankan dirinya.
"Bersebab penting sangat sampaikan buat keluarga kamu bersedih selama 5 tahun?" soalan Solleh membuatkan Reena tersentak dan hilang kata-kata.
"Reena tengok Ikhwan...." Solleh menuding jari pada Ikhwan,Reena memandang adiknya dengan tanda tanya kenapa Solleh menunjukkan ke arahnya.
"Lima tahun Reena....lima tahun Ikhwan bersedih atas 'kematian' kamu...dan dia menanggung kesakitan selama lima tahun....ayahanda nak kamu nanti minta maaf kepada semua adik-beradik lain faham?!" Tegas nada Solleh berhujah dan Reena menundukkan mukanya,Raven hanya mendiamkan diri sahaja. Solleh menghela nafas kemudian berdiri,berjalan menghampiri Reena dan diusap kepala anaknya. Raven mengambil keputusan untuk mendiamkan dirinya.
"But i'm glad you safe...." ujar Solleh tersenyum membelai kepala Reena.
"Ayahanda.....ayahanda......" Reena memeluk Solleh dan menangis,anak mana tidak rindukan ibu-bapanya? Reena menyimpan rindu selama bertahun,tangisannya jelas kedengaran di ruang bilik Solleh. Ikhwan memegang tangan Alisa,kemudian menarik lembut Alisa supaya keluar dari bilik ayahandanya.
"Kita biarkan mereka dulu..." ujar Ikhwan dan Alisa sekadar tersenyum mengangguk,namun dia sempat menoleh ke arah Reena menangis memeluk Solleh. Ikhwan dan Alisa berdiri menyandar di luar bilik,menunggu Reena untuk dibawa berjumpa dengan adik beradiknya yang lain.
"Awak memang memahami keadaan..." ujar Alisa menoleh ke arah Ikhwan.
"Dia kakak saya...tentulah saya faham keadaan..." jawab Ikhwan tersenyum.
"Errr....Raven tu teman lelaki dia ke?" soal Alisa dan Ikhwan sekadar ketawa.
"Bukan...kakak saya dah kahwin la sebelum 'kematian' dia tu...." ujar Ikhwan memikirkan sesuatu dan dia menyedarinya sekarang.
"Dia dah kahwin? Waa,tapi saya tak pernah jumpa pun.." jawab Alisa kehairanan.
"Yeah lepas 'kematian' tu dia pergi menjalankan misi sahaja...tapi jarang dia balik.." kata Ikhwan masih lagi berfikir mengenai sesuatu.
"Juga dapat maklumat dia berkhidmat di negara Rembulan..." tambah Ikhwan dan Alisa mengangguk faham.
"Ada orang sebut negara Rembulan kah?" satu suara menegur dan Ikhwan menoleh ke arah suara itu datang,kemudian dia tersenyum kerana mengenali suara tersebut.
"Abang Aswandy....dan ha..tu suami kak Reena..." ujar Ikhwan memuncungkan bibirnya,Alisa mencari-cari dan seseorang menegur Ikhwan menjengah dari belakang Aswandy.
"Yo...sixth! Its been a while...!" sapa orang itu tersenyum selamba.
"Err...umur dia berapa?" soal Alisa berbisik.
"Dalam 32 tak silap..dia tua dua tahun daripada kakak saya..." balas Ikhwan turut berbisik.
"Serius? Dia nampak cam sebaya awak..sahaja..." Ikhwan merapatkan jarinya pada bibirnya tanda supaya mendiamkan diri.
"Abang dapat panggilan kecemasan ayahanda? Ada apa?" soal Aswandy sebaik menghampiri Ikhwan dan Alisa,lelaki itu yang menegur Ikhwan hanya tersenyum selamba sahaja. Kedengaran pintu dibuka dan Reena dalam keadaan berhud bersama Raven keluar,Aswandy terkejut dan mengaktifkan kuasa aisnya lalu menyerang Raven.
TASSS!!!!
Aswandy terkejut apabila serangannya yang hampir mengenai muka Raven,ditahan oleh Ikhwan dengan menggunakan tangan kirinya. Reena disebalik hud hanya menghela nafas lega,lelaki yang bersama Aswandy sekadar tersenyum.
"Ikhwan apa maksud tindakan kau ni ha? Itu pembunuh kak Reena kau,musuh kita! Apa dia buat di sini? Dalam istana ni?" soalan Aswandy bertalu-talu diajukan,Ikhwan hanya mendesah pendek.
"Macam ni la..abang Aswandy...abang Rayyan....ikut sini nanti saya akan jawab soalan abang..." Ikhwan berjalan dan diekori oleh Alisa,Raven dan Reena yang berhud.
"Apa pandangan kau Rayyan?" soal Aswandy menoleh ke arah lelaki bernama Rayyan itu.
"Mereka kata persoalan akan terjawab bila kita ikut mereka.jadi ikut je la.." ujar Rayyan menolak Aswandy,Reena memandang ke belakang ke arah Rayyan.
"Jadi itu suami kakak?" soalan Alisa mengejutkan Reena.
"Huh? Ni mesti kerja Ikhwan...." ujar Reena menghela nafas pendek.
"Saya nak tahu itu jer..." jawab Alisa.
"Yeah itu suami kakak...Rayyan Maleq...dia tahu segala rancangan kakak...dan rasanya dia banyak berkorban selama lima tahun ini...." jelas Reena tersenyum dan Rayyan hanya berjalan selamba mengintai Reena dari belakang.
=====================================
Ikhwan P.O.V
Aku berjalan menuju ke tempat yang telah ditetapkan oleh bonda aku,manakala sempat aku mengintai ke arah abang sulung aku. Abang Aswandy ternyata kurang selesa dengan kehadiran Raven,namun aku tak boleh nak salahkan dia kerana kebenaran tidak terbongkar lagi. Perjalanan agak panjang dan akhirnya kami tiba di tempat yang ditujui.
"Pak cik...cik Alisa..hmm? Perempuan berhud! Raven?" Luqman terkejut dan aku menggelengkan kepala,tanda memintanya bertenang.
"Putera..." Elena menegur aku,dan mengangguk memahami permintaannya. Kak Razeedah turut ada bersama Intan,Aminudden sekadar memeluk menyandar di kerusi.
"Ada apa kau panggil kitorang ke sini? Ni pengkhianat ada sekali dengan kawan-kawannya..." ujar abang aku Raffie menjeling ke arah Raven yang mendiamkan diri,abang Aswandy segera duduk bersebelahan abang Reezal. Abang Yusri sekadar menunggu kata-kata aku bersama Dianna,manakala kak Sheema turut berada bersebelahan abang Raffie.
"Baiklah..kak...." ujar aku menoleh ke arah kak Reena,serta mengangguk tanda menurunkan hud yang dipakai. Perlahan-lahan diturunkan hudnya,masing-masing yang berada tergamam termasuk Jamel dan 9 anggota 10 Guardian,termasuk yang baru iaitu Zeo serta Luna terkejut dengan orang yang berada di hadapan mereka.
"REENA??!!!!!!" Jerit mereka serentak.
"Maaf semua diharap bertenang dahulu..." ujar kak Reena mengangkat tangannya tanda supaya meminta semua yang ada bertenang,Rayyan sekadar menyiku aku lembut.
"What?" soal aku kehairanan dengan tindakan Rayyan.
"Well....nothing just thanks,for bring her back..." aku hanya tersenyum menggelengkan kepala,jika diikutkan bukan aku yang bawa kak Reena balik. Tapi sudahlah....
"Jadi itu la apa yang berlaku..." kak Reena selesai menerangkan segalanya,dari apa yang aku dengar orang yang mati dalam pangkuan aku menyerupai kak Reena adalah klon hasil ciptaan professor Zahari. Pada awalnya prof.Zahari menolak apabila diminta pertolongan,namun akhirnya dia menurut dan menghasilkan klon yang seiras kakak aku,malah personaliti serta sikap memang sama.
"Reena...." abang Aswandy bangkit dari duduknya,seiring abang Reezal dan muka mereka berdua memang dalam keadaan bengang.
"5 tahun kau kenakan kitorang....." ujar abang Aswandy diperhatikan adik beradik yang lain,abang Reezal mengepalkan penumbuk.
"Alamak....ini teruk,tolong kakak Wan...." ujar kak Reena menoleh ke arah aku,tapi hanya mampu tersengih.
"Sorry kak.....better you runaway...." aku tersengih dan menuding ke satu arah.
"Hmm? Erkk....." kak Reena sedar abang Aswandy dan abang Reezal sudah meluru ke arahnya.
"Mari sini kau Reena..kau memang suka macam ni ya??!" jerit abang Aswandy.
"Suka buat kitorang tertipu ye? Sini kau!" abang Reezal mencelah.
"Eeekkk!! Maaf!!" kak Reena segera melarikan dirinya,Rayyan dan aku berpandangan lalu tergelak. Raven turut sama ketawa kecil,namun tidak lama apabila di belakangnya ada Jamel,Niezam,Noh,Zaren,Jane,Hisyam serta Azlee dan Nabill yang sedang kemarahan.
"Err....guys....?" Raven mengangkat tangannya separuh.
"Kau memang layak terima award....." ujar Jamel melagakan penumbuknya.
"Serahkan pada kau Jamel..." ujar Niezam.
"Tak aku nak join..." Nabill menyeru senjata pistol berkembar berwarna keemasan.
"Let me in..." kata Noh tersengih kejam,Zaren pula gelak jahat. Hisyam dan Azlee hanya tersenyum dengan reaksi yang menakutkan,Jane sekadar memerhatikan sahaja dan rasa lega Raven telah kembali namun itu tidak terelak Raven dari terkena habuannya oleh rakan 10 Guardian.
"Guys...chill out okay..err sixth? Will you help me?" Raven memohon simpati pada aku.
"Sorry Raven...." aku menepuk bahu Raven.
"Huh?"
"There's limit for my power..." ujar aku tersenyum selamba,Alisa dengan Elena berpandangan dan ketawa kecil.
"Sixth?" Raven hanya mampu tercengang,dan rakan-rakannya dari belakang sudah bersiap sedia.
"RAVEN!!"
"Ouh..boy..."
BOOMMM!!!!!
"Teruk gak tu..." ujar aku tersengih.
RAYYAN MALEQ
<<<<<<<CHAPTER 3 END>>>>>>