Rooftop Castle
7.00 PM
"CIK!!" Luqman mencari-cari bapa saudaranya,iaitu tidak lain tidak bukan ialah Ikhwan yang ketika sedang berlatih pengawalan daya kuasa ki. Lantas dia melakukan gerakan awal,setiap pergerakannya umpama menari. Alisa memerhatikan daripada tepi,dia hanya berminat untuk melihat dan turut menemani mereka adalah Aminudden yang keletihan berlatih.
"La....dekat sini rupanya,eh? Am kau pun ada gak?" Luqman muncul dengan tiba-tiba,kemudian pandangannya tertacap pada pergerakan tinju naga bapa saudaranya.
"Woo......" Luqman tergamam pada pergerakan Ikhwan yang teratur tanpa sebarang cacat cela.
"Tak nak join ke Luq?" soal Alisa dan Luqman sekadar tersengih menggelengkan kepala,entah kenapa dia sudah terbiasa dengan panggilan Luq daripada Alisa.
Alisa memanggil panggilan Luqman dan Aminudden serupa dengan ibu saudara mereka,Reena Solleh dan mereka berdua selesa dengan panggilan tersebut. Hinggakan Ikhwan turut memanggil mereka berdua dengan panggilan 'Luq' dan 'Am' itu,Aminudden pula matanya tidak lari daripada memerhatikan latihan Ikhwan. Pergerakan Ikhwan adalah teknik tempur naga purba tahap biasa,seumpama pergerakan tai chi yang bergerak agak pantas sedikit. Peluh mula membasahi tubuhnya namun Ikhwan tetap terus berlatih,sudah menjadi kebiasaan dia berlatih di kawasan bumbung teratas istana. Angin yang semulajadi membuatkan dia lebih selesa,berbanding penghawa dingin di bilik latihan visual.
Ikhwan sekadar berseluar panjang sahaja,kot dan baju kemejanya dibuka letak di tepi. Terpampang tubuhnya yang sasa,tidak besar dan juga tidak kecil tubuh badannya. Alisa hanya tersenyum melihat Ikhwan yang khusyuk berlatih,kemudian dia menoleh ke arah satu tempat apabila kedengaran pintu bumbung atas istana berbunyi. Iris muncul sambil melambai tangannya ke arah mereka,kemudian dia menyedari abang kembarnya sedang berlatih.
"Waa.....badannya tetap sama,berketul-ketul..nampak cam kecik tak ada pe...sekali bukak ha kau...." ujar Iris dan Ikhwan menamatkan latihannya,dia mengatur pernafasan dan dihembuskan perlahan-lahan.
"Iris...awal bangun?" soal Ikhwan tersenyum selamba,sambil mencapai tuala yang dihulurkan oleh Alisa.
"Terima kasih..." ujar Ikhwan pada Alisa.
"Amboi soalan memerli nampak....orang boleh bangun awal tahu?" Kata Iris bengang dengan sindiran abang kembarnya.
"Ala tanya je kot...bukan perli atau sindir pun...cepat noo...terasa"
"Alah yelah tanya...macam la kenal abang semalam...dari kecik suka usik Iris!"
"Ai...apa teruknya? Adik kembar abang...siapa lagi nak abang usik?" Ikhwan segera merangkul Iris,Alisa dan Luqman serta Aminudden hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua.
"Jangan la....peluk! Dah la tengah berpeluh....hehe" balas Iris memegang pegangan abangnya.
"Lama betul tak nampak? Busy dengan Azlee ea...." usik Ikhwan dan sebaik nama Azlee disebut,Iris merah padam mukanya.
"ABANG!!!" Iris bengang diusik oleh abangnya,Alisa sekadar ketawa melihat kemesraan dua beradik kembar itu.
"Haha....." Ikhwan hanya tergelak kecil kemudian mendongak ke arah langit membiru.
Alangkah bagusnya jika keamanan ini berkekalan....?
======================================
Luqman mendongak memerhatikan langit biru,dia tersenyum sendirian dan baring di karpet rumput. Dia menyedari burung berkicauan bersama pasangannya,dia terfikir adakah dia berpeluang merasai kehidupan seperti itu. Pada masa yang sama Aminudden yang sedang bersiar-siar sekitar taman istana,perasan abangnya yang sedang baring di rumput seperti karpet.
"bang?" Aminudden menegur Luqman sebaik sahaja menghampiri abang sulungnya itu.
"Kau rupanya Am..." kata Luqman masih berbaring,Aminudden duduk di sebelahnya.
"Kau nak tidur kat bilik la bang..."
"Bila masa aku tidur...?"
"Dah baring-baring ni...apa tak tidur..?"
Luqman hanya menggelengkan kepala mendengar pendapat adiknya,kemudian kembali memerhatikan keadaan langit dan awan yang berawangan di udara. Suasana yang sunyi dan lengang memberi ruang pada dua beradik itu melayani waktu santai mereka. Angin bertiup lembut dan Aminudden melayani kedinginan tiupan angin tersebut,satu sudut yang tidak disedari mereka Reezal memerhatikan Luqman serta Aminudden. Dia sekadar tersenyum melihat dua orang anaknya,dia segera beredar membiarkan dua beradik itu berehat.
"Kau rasa pak cik kita dah banyak berubah kan?" soal Aminudden.
"Yeah...betul tu dan tiada jawapan lain untuk perubahan tersebut.." kata Luqman bangkit dari pembaringan dia,kemudian Aminudden dan Luqman tersengih.
"cik Alisa...." ujar mereka serentak dan tersenyum.
"Abang berdua sebut nama cik Alisa dah kenapa?" satu suara menegur mereka,Intan berdiri mencekak pinggang dan tersenyum.
"Nothing..it's nothing right Am?" ujar Luqman tersengih.
"Yeah right...just man talk.." kata Aminudden menyokong jawapan Luqman,Intan menjeling ke arahnya dan hanya menggelengkan kepalanya.
Jamel berdiri dari atas menara pencakar langit,angin yang kuat tidak menghalangnya dari terus berdiri merenung keadaan Kota Hijau. Dia teringat semula ketika pertembungan bersama salah satu dari 10 Commander dari Black Cobra,White Tyrant. Dia merenung ke satu arah secara rambang,dia hanya menghela nafas pendek. Zero pula ketika memerhatikan dari dalam menara pencakar langit tersebut,dia kenal bagaimana keadaan Jamel bila air mukanya resah. Lebih baik jangan dikacau dan biarkan sahaja,dia sekadar mendiamkan diri dan berharap Jamel kembali normal semula macam biasa.
"Jamel daripada Puak Jawa..." satu suara menegur dan Jamel mengenali suara tersebut,dia memalingkan ke arah empunya suara dan wajahnya tetap bengis umpama harimau.
"Raven...aku dah pernah pesan,berhenti panggil aku dengan nama tu.." kata Jamel merenung ke arah Raven,Zero menyedari kehadiran Raven dari awal lagi namun apa tujuan abangnya itu berjumpa dengan Jamel?
"Bertenang...aku cuma ingin berbincang..." kata Raven namun Jamel terus menghadiahkan satu sepakan menujah,Raven berjaya mengelak tanpa sebarang masalah.
"Bincang dengan tinju...." Jamel merenung Raven dengan tajam.
"Aku datang nak berbincang Jamel...tolong dengar.." kata Raven cuba memberi penjelasan,Jamel terus meluru serta melompat untuk menerkam ke arahnya.
DUSHH!!!!!!
KLONGG!!!!
Sebahagian bangunan menara itu musnah sedikit akibat sepakan milik Jamel,kemudian serangan dia tidak terhenti apabila Jamel meneruskan dengan menyepak serpihan batu ke arah Raven. Reena yang ketika itu memerhatikan dari bangunan sebelah,terkejut apabila Jamel mengambil tindakan menyerangnya.
"Apa perasaan putera bongsu jika aku dapat bunuh kau di sini?" kata Jamel yang sudah berada di hadapan Raven.
"KIta boleh berbincang Jamel!!" Raven cuba memujuknya.
"Aku dah cakap guna tinju..kalahkan aku dulu!!" Satu hayunan penumbuk diberikan dan Raven tercampak ke belakang menghempas bangunan yang lain.
"Tch....nak berbincang pun susah...terpaksa la..." ujar Raven sambil bersiap sedia membetulkan kekudanya,kemudian dia melompat meluru ke arah Jamel.
"HIAH!!" Jamel menghayunkan penumbuk.
"HMPH!" Raven turut melakukan perkara yang sama.
BOOOOSSSH!!!!
SWOOSHHH!!!!
Lagaan dua penumbuk menghasilkan tekanan angin yang kuat sehinggakan menarik perhatian Ikhwan yang berada di tingkat bumbung teratas Istana,Jamel menghayunkan pula sepakan dengan kuat namun Raven tettap mampu menahan dengan mudah. Serangan bayang menusuk ke arah Jamel,namun tidak menjadi masalah bagi Jamel untuk mengelak di udara.
'Jurus Harimau......" Jamel mengatur pernafasan.
"Shadow Techniques..." Raven mengumpulkan kuasanya pada tangannya.
"Tumbukan Bertalu-talu!!! Orah!!!!"
"Shadow Claw...Repeat!!"
BOOM!! BOMM!! BOOOMMM!!!
Serangan mereka yang bertembung berulang menarik perhatian para orang awam yang sedang menjalankan aktiviti harian mereka,raja Solleh pula sudah menyedari pertarungan tersebut. Dia melihat dari jauh dari balkoni istana,Jamel dengan Raven sama hebat tapi jika pertarungan ini diteruskan ia akan melibatkan orang awam lambat laun. Reezal muncul di sebelah dia,ternyata Reezal turut menyedari pertarungan tersebut.
"Perlu beritahu Ikhwan?" soal Reezal menoleh ke arah ayahandanya.
"Jangan...ayah nak kamu pergi hentikan,jika boleh tangkap Raven sekali.." raja Solleh memberi arahan dan Reezal mengangguk,lantas dia terus melompat keluar meninggalkan ayahandanya.
"Pintu kan ada..."
"Orahh!!!!" Jamel memberi tumbukan tepat pada muka Raven,dan Raven mengesat darah yang mengalir di bibirnya.
"Hmph!" Satu penumbuk singgah di muka Jamel.
Penumbuk dihayunkan oleh Raven namun Jamel menangkis seperti peninju,kemudian dia terus melakukan serangan upper cut tapi Raven mengelak dengan melakukan back-flip berundur ke belakang. Jamel tidak memberi peluang dan terus meluru ke arah Raven,bagaikan memijak lantai Jamel mampu bergerak di atas udara. Hayunan tumbukan tangan kanan diberikan,Raven membalas dan tumbukan mereka sekali berlaga.
"Heh...!" Jamel tersengih.
"hmph!" Raven tersenyum simpul.kemudian satu serangan berbentuk tombak menyerang ke arah Raven.
"That's enough...." Jamel menoleh ke arah suara itu,dia terkejut Reezal berdiri di atas bumbung salah satu bangunan pencakar langit dengan tangannya baru lepas membaling sesuatu.
"Putera kedua?" Jamel tercengang dengan kehadirannya.
"Second...." Raven tergamam kerana tidak menyangka kehadiran Reezal,Reena turut menyedari kehadiran abangnya.
"Abang? Raven awak kena selamatkan diri awak!" Reena memberi amaran pada Raven melalui alat komunikasi yang dipasang pada telinga mereka.,Reezal pada masa yang sama segera menghampiri Jamel.
"Putera kedua..." Jamel hanya memandang ke arah Reezal.
"Kau okay?" soal Reezal.
"Ye saya okay tapi Raven..." ujar Jamel menoleh ke arah Raven.
"I guess i don't have a choice...hmph!" Raven segera membaling sesuatu pada mereka berdua,dan Jamel menangkis dengan menyepak namun asap yang tebal keluar.
"APA?" Jamel terkejut.
"Bom asap..." Reezal meneka dan terus menghayunkan tangannya dengan sekali hayunan asap tersebut terus hilang,begitu juga dengan Raven dan Reena.
"Dia dapat lari pulak...." Omel Jamel mencekak pinggang.
"Jamel pulang ke istana...." arah Reezal dan beredar,Jamel menyusulinya dari belakang. Zero yang menyaksikan pertarungan sebentar tadi hanya menghela nafas lega.
"Brother...."