Celoleh 42

12 1 0
                                    

Mengapa Saya Yang Pernah Menyelisihi Keseluruhan Ahli Ilmu Membela Dan Menjunjung Mereka Dan Manhaj Mereka?

Bagi yang pernah mengikut penulisan saya, mereka pasti akan dapati yang beberapa pendapat saya tidak didahului oleh sesiapa pun yang sebelumnya atau dengan kata lain, saya berselisih pandangan dari keseluruhan pandangan ahli ilmu terdahulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bagi yang pernah mengikut penulisan saya, mereka pasti akan dapati yang beberapa pendapat saya tidak didahului oleh sesiapa pun yang sebelumnya atau dengan kata lain, saya berselisih pandangan dari keseluruhan pandangan ahli ilmu terdahulu. Saya pernah mencoretkan pengakuan khas tentang ini di penulisan saya yang berjudul «Diari Diri : Antara Ikutan Ulama dan Pandangan Peribadi Saya Dalam Agama».

Namun, mereka yang menelaah penulisan saya, pasti juga mendapati bahawa saya nyatakan kebersamaan saya dengan keseluruhan ilmuwan muslim dan menjunjung manhaj ilmu mereka yang dibawa. Salah satunya adalah ketika penentangan saya pada golongan batiniah.

Jika mereka tanya saya mengapa, maka saya katakan bahawa biarpun saya menyelisihi pandangan mereka dalam beberapa perkara, bukan bermakna itu cukup merendahkan autoriti mereka dan mencabut kredibiliti mereka dalam kewibawaan mereka. 

Sepertimana kritikan kita pada ahli ilmu yang lain yang sama sekali tidak menatijahkan perlucutan kedudukan mereka, seperti itulah yang terjadi mereka. Saya suka perumpaan yang menyatakan bahawa ahli ilmu ini umpama air dua qullah yang tidak akan menjadi najis hanya dengan beberapa percikan.

Tidak semua orang benar dalam segenap perkara. Saya mencintai dan menghormati mereka setelah terbukti kesarjanaan dan keistimewaan mereka, tetapi jangan sampai dilupakan untuk menjunjung dan menyayangi kebenaran dan manhaj ilmu.

Namun, jika salah pun, belum tentu ia adalah fatal sehingga memusnahkan kepercayaan kita padanya. Hanya satu atau dua isu atau beberapa isu yang tidak begitu parah sama sekali tidak cukup untuk membenamkan kebaikan yang terserlah pada mereka.

Sebeginilah prinsip yang disebutkan Ibn Ḥajar al-Haytamiyy yang berkata :

اعْلَمْ أَنَّ الِاعْتِرَاضَ عَلَى كَامِلٍ بِرَدِّ شَاذَّةٍ وَقَعَتْ لَهُ لَا يَقْدَحُ فِي كَمَالِهِ وَلَا يُؤْذِنُ بِالِاسْتِهْتَارِ بِوَاجِبِ رِعَايَةِ حَقِّهِ وَأَفْضَالِهِ إذْ السَّعِيدُ مَنْ عُدَّتْ غَلَطَاتُهُ وَلَمْ تَكْثُرْ فَرَطَاتُهُ وَزَلَّاتُهُ وَكُلُّنَا مَأْخُوذٌ مِنْ قَوْلِهِ وَمَرْدُودٌ عَلَيْهِ إلَّا الْمَعْصُومِينَ وَلَيْسَ الِاخْتِلَافُ بَيْنَ الْعُلَمَاءِ الْعَامِلِينَ مُؤَدِّيًا لِحِقْدٍ بَلْ لَمْ يَزَالُوا مِنْ ذَلِكَ مُبَرَّئِينَ

"Ketahuilah bahawa pertentangan terhadap orang yang sempurna dengan sanggahan yang ganjil yang terjadi padanya tidaklah dicela pada kesempurnaannya dan tidak diizinkan untuk sewenang-wenangnya dengan sebab kewajipan pengawasan haknya dan kelebihan-kelebihannya memandangkan yang bahagia adalah orang yang berbilang keralatannya, tetapi tidak menjadi banyak gampangnya dan kegelincirannya. Setiap daripada kita diambil daripada kata-katanya dan ditolak ke atasnya melainkan para maksum. Tidak ada perselisihan di antara ulama yang beramal dalam keadaan menyampaikan kepada hostiliti, bahkan mereka terbebas daripada itu". [Al-Fatāwā al-Fiqhiyyah al-Kubrō﹇jilid 3﹇m/s 3﹇keluaran al-Maktabah al-Islāmiyyah].

Sebab itulah walaupun saya menyatakan kritikan saya terhadap mereka, saya tetap menghargai ketulenan manhaj mereka secara keseluruhan, sumbangan mereka terhadap dunia ilmu, kesungguhan mereka untuk berkhidmat demi ilmu dan perjuangan mereka dalam menegakkan kebenaran dan manhaj ilmu yang lurus. Saya banyak mengambil manfaat daripada mereka, merasai kemanisan warisan yang mereka lestarikan dan mempersembahkan kepada saya sesuatu yang tidak mampu saya nafikan keunggulannya.

Sebab itulah jika ada sesiapa yang menyelisihi manhaj ilmu yang sebenar seperti golongan batiniah setelah terbukti kebenarannya, maka saya berdiri teguh bersama mereka. Ya. Majoriti bukan sebab utama saya berdiri bersama mereka, tetapi saya menyatakan bahawa majoriti ini telah membuktikan kebenaran mereka sehingga saya wajib bersama mereka dalam mendukung hal ini. 

Malah, boleh dikatakan bahawa majoriti lebih banyak merangkul kebenaran berbanding yang minoriti. Sebab itulah saya tetap mendakap majoriti meskipun ada beberapa bahagian yang tidak dipersetujui.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/635536847852961792/celoteh-peribadi-42-mengapa-saya-yang-pernah

Celoteh Peribadi Amir KazumaWhere stories live. Discover now