Celoteh 138 : Salafi, Tetapi Minat Muzik Metal?

11 0 0
                                    

Saya pernah diketawakan bahawa saya sebagai salafi, tetapi saya menyukai muzik genre metal. Apabila saya renungi semula, terdetik di jiwa saya untuk memperakui kejanggalan seperti ini.

Benar yang sememangnya ada salafi yang berpandangan terhadap keharusan mendengar dan memainkan alat muzik dan nyanyian. Cuma, saya belum tahu bahawa mereka yang berpendapat keharusan ini sama menuju kepada ekstrim sepertimana yang saya lakukan. Jadi, sememangnya tidak ada kehairanan terhadap orang yang kehairanan menemukan seperti saya.

Apapun, saya tidak mengambil serius sangat usikan seperti ini meskipun daripada seteru saya. Apa masalahnya? Ramai sahaja para sufi yang saya kenal sememangnya menyukai lagu-lagu yang bergenre ekstrim ini. Tidak ada keperluan untuk begitu serius sangat dalam minat masing-masing terhadap muzik.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/676567175023181824/celoteh-peribadi-138-salafi-tetapi-minat-muzik

com/post/676567175023181824/celoteh-peribadi-138-salafi-tetapi-minat-muzik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Celoteh Peribadi Amir KazumaWhere stories live. Discover now