Celoteh 8 : Selisihi Saya Apabila Saya Menyalahi Kebenaran

25 1 0
                                    

ᐉNota ≂ Ini adalah penulisan yang diringkaskan daripada «Diari Diri : Usah Gentar Menyelisihi Saya Jika Saya Menyalahi Kebenaran».∦

Walaupun saya selalu berpesan kepada para pembaca, pengikut atau sahabat untuk sentiasa menyelisihi sesiapa sahaja yang dirasakan bersalahan dengan kebenaran walaupun daripada tokoh kenamaan yang berpengaruh yang besar, ia juga termasuk saya sendiri yang mungkin lebih rendah daripada mereka semua itu. Allah lebih tahu tentang semua itu.

Yang wajib diikuti adalah al-Quran dan sunnah serta bukti-bukti kebenaran dan hujah ilmiah. Tokoh dan saya sendiri bukanlah maksum.

Inilah pesan oleh para ilmuwan sepanjang zaman dari awalnya sehingga kini yang menyeru kepada pembebasan fanatisme dan ketaksuban kepada seseorang individu atau sesuatu pihak, malah kepada diri mereka sendiri.

Bermula daripada zaman keemasan tiga kurun, iaitu zaman para sahabat Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wa ālihi wasallam-, zaman tabiin, zaman pengasasan mazhab, zaman kestabilan kodifikasi hadis sehinggalah zaman yang seterusnya yang dinamakan khalaf, kontemporari atau mutaakhirin. Abū Ḥanīfah berkata :

لا يحل لمن يفتى من كتبي أن يفتي حتى يعلم من أين.

"Tidak halal untuk seseorang berfatwa daripada kitab-kitab aku yang dia berikan fatwa sehinggalah dia mengetahui sumbernya". [Al-Intiqō^ Fī Faḍō^il aṯ-Ṯalāṯah al-A^immah al-Fuqohā^ Mālik Wa aš-Šāfi*iyy Wa Abū Ḥanīfah -Roḍiyallāhu *Anhum-﹇karya Ibn *Abdur Barr﹇m/s 145﹇keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut].

Mālik bin Anas berkata :

كل أحد يؤخد عن قوله ويترك إلا صاحب هذا القبر صلى الله عليه وسلم

"Setiap orang diambil pendapatnya dan ditinggalkan melainkan penyemadi di dalam kubur ini, iaitu Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-". [Siyar A*lam ām an-Nubalā^﹇karya aḏ-Ḏahabiyy﹇jilid 7﹇m/s 178﹇keluaran Dār al-Ḥadīṯ, al-Qōhiroh].

Ibn Wahb berkata :

قال مالك: الحكم حكمان حكم جاء به كتاب الله وحكم أحكمته السنة. قال: ومجتهد رأيه لعله يوفق. وقال: ومتكلف فطعن عليه.

Mālik berkata: "Hukum itu ada dua, iaitu hukum yang datang daripada kitab Allah tentangnya dan hukum yang sunnah tetapkannya". Dia berkata: "Pandangan mujtahid kadangkala bertepatan". Dia berkata: "Orang yang mengada-adakan dicela terhadapnya". [Jāmi* al-Bayān al-*Ilm Wa al-Faḍl﹇karya Ibn *Abdul Barr﹇jilid 1, m/s 77﹇ keluaran Dār Ibn al-Jawziyy﹇tahqiq Abū al-Ašbāl az-Zuhayriyy].

Aš-Šāfi*iyy berkata :

إذا وجدتم في كتابي خلاف سنة رسول الله صلى الله عليه وسلم فقولوا بها ودعوا ما قلته.

"Apabila kalian mendapati dalam kitabku menyalahi sunnah Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, maka berfatwalah dengannya dan tinggalkan apa-apa yang aku perkatakan". [Siyar A*lam ām an-Nubalā^﹇karya aḏ-Ḏahabiyy﹇jilid 8﹇m/s 248﹇keluaran Dār al-Ḥadīṯ].

Aḥmad bin Ḥanbal berkata :

لا تقلدني ولا تقلد مالكا ولا الثوري ولا الأوزاعي وخذ من حيث أخذوا.

"Jangan engkau bertaklid kepadaku dan jangan engkau bertaklid kepada Mālik, aṯ-Ṯawriyy dan al-Awzā*iyy, tetapi ambillah daripada mana yang mereka ambil". [I*lām al-Muwaqqi*īn *An Robb al-*Ālamīn﹇karya Ibn al-Qoyyim al-Jawziyyah﹇jilid 2﹇m/s 138﹇keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah﹇tahqiq Muḥammad bin *Abdul Salām Ibrōhīm].

Celoteh Peribadi Amir KazumaWhere stories live. Discover now