Celoteh 63 : Mazhab Saya Dalam Akidah Dan Furuk Fiqh

15 0 0
                                    

*Abdul *Azīz bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wa ālihi wasallam- berkata tentang mazhab akidahnya :

ومذهبي في الاعتقاد هو مذهب السلف السالم من الشكوك والأوهام ومن القول في ذات الله وصفاته بالظن وضروب من الآراء والتخمينات كما هو مذهب المتأخرين الذين أدخلوا على الآيات والأحاديث الواردة في صفاته الله تعالى تأويلات يأباها المؤمن الصادق ويمجها طبع المسلم لأنها كلها ضلال من غير شك ورجم بالغيب وحكم على الله وصفاته بالرأي المحض وتحريف، بل تكذيب لله ورسوله بالمرة. ونعوذ بالله من كل سوء. بل أعتقد أن الله سبحانه وتعالى واحد لا شريك له وأنه منزه عن كل ما يماثل الحوادث {ليس كمثله شيء وهو السميع البصير}. وأومن بما أخبر في كتابه وعلى لسان رسوله صلى الله عليه وآله وسلم من صفاته من غير تأويل ولا تبديل ولا تحريف مع تنزيهه سبحانه وتعالى عن التجسيم والتشبيه. {ليس كمثله شيء وهو السميع البصير}. وهذا هو المذهب الحق الذي لا ينبغي لمن يريد السلامة في عقباه أن يحيد عنه ويعتقد خلافه. وهو المذهب الذي كان عليه الصحابة والتابعون ومن تبعهم بإحسان إلى أن ظهر البدع القبيحة بواسطة كتب الملل التي ترجمت إلى العربية فاختلط على الناس الأمر وجرتهم الأهواء إلى الخوض فيما نهوا عنه، فابتلاهم الله بسبب ذلك إلى ترك القول الحق في عقيدتهم وانصرفوا إلى خرفات وأباطيل يأباها ديننا القويم وشريعتنا السمحة. {وليحذر الذين يخالفون عن أمره أن تصيبهم فتنة أو يصيبهم عذاب أليم}.

Mazhabku dalam iktikad adalah mazhab salaf yang selamat daripada syak, waham dan pendapat tentang zat Allah dan sifat-Nya dengan persangkaan dan jenis-jenis pandangan dan dugaan sepertimana mazhab terkebelakangan yang mereka memasukkan takwil-takwil yang orang beriman yang sejati menyentanya dan karakter muslim memuntahkannya pada ayat-ayat al-Quran dan hadis yang warid tentang sifat Allah Ta*ālā kerana ia adalah sesat tanpa syak lagi, terkaan terhadap yang ghaib, penghukuman terhadap Allah dan sifat-Nya pandangan induktif semata-mata serta penyimpangan, bahkan pendustaan terhadap Allah dan rasul-Nya sekaligus. Kami berlindung kepada Allah dari segala kejahatan.

Bahkan, aku bertiktikad bahawa Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā adalah esa yang tiada sekutu bagi-Nya dan Dia tersuci dari segala yang sekalian baharu menyerupai-Nya. {Tidak ada sesuatu yang seakan-akan menyerupai-Nya. Dialah Yang Mendengar lagi Maha Melihat}. Aku beriman dengan apa yang Dia khabarkan dalam kitab-Nya dan melalui lisan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wa ālih wasallam- tentang sifat-Nya tanpa takwil, pengubahan dan penyimpangan bersama mentazihkan-Nya Subḥānahu Wa Ta*ālā daripada penjisiman dan tasybih. {Tidak ada sesuatu yang seakan-akan menyerupai-Nya. Dialah Yang Mendengar lagi Maha Melihat}.

Ini adalah mazhab yang benar yang tidak sepatutnya bagi sesiapa yang berkemahuan keselamatan di hari akhirnya untuk melencong daripadanya dan beriktikad selainnya. Inilah mazhab yang para Sahabat, tabiin dan yang mengikuti mereka dengan sebaik-baiknya berada di atasnya sehingga munculnya bidaah yang buruk dengan perantara kitab-kitab agama yang diterjemahkan kepada bahasa Arab, lalu perkara itu telah mencampur-baurkan orang ramai dan hawa nafsu mengheret mereka kepada pendalam fikiran terhadap apa yang ditegah daripadanya. Lantas, Allah menimpakan bala kepada mereka dengan sebab sedemikian yang meninggalkan pendapat yang benar dalam akidah mereka dan berpaling kepadak khurafat dan kebatilan yang agama kita yang tertegak dan syariat kita yang lapang menyentanya. {Hendaklah orang yang menyalahi urusan-Nya berjaga-jaga terhadap terjadinya kekacauan menimpa mereka atau azab yang pedih yang menimpa mereka}. [Ta*rīf al-Mu^tasī Bi Aḥwāl Nafsī﹇m/s 23-24﹇keluaran Dār ar-Rowḍoh al-Islāmiyyah].

*Abdul *Azīz al-Ġumāriyy berkata tentang mazhab furuk fiqhnya :

وأما الفروع، فلست بحمد الله مقيدا فيها بمذهب من المذاهب، بل مذهبي في ذلك ما صح عن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم من غر نظر إلى موافق أو مخالف. ولعلك تستغرب هذا وتستبعده لقصورك وقصور من حولك عن إدراكه ولكن فضل الله يؤتيه من يشاء ولا ينكر فضله إله القوم الخاسرون. وقبل أن تنكر وتعرض علي وعل من يقول مثل قولي، جرِّبْ نفسك في الدخول في مثل ما دخلنا فيه وروِّضْها على العمل بمقتضاه واعمل على الحصول على الأسباب الموصلة إليه فإنك إن شاء الله سندرك ما أدركناه وتبلغ إلى المقام الذي بلغناه. ثم تصير تعجب ممن يزعم بعد حصول مثل هذا كما تحتقر من يرضى في دينه بالدنية فيقلد فيه كل ناعق ويتبع كل داع كاذب أو صادق. والوصول إلي هذا المقام سهل لمن وفقه الله وهداه إلى العمل على الحصول عليه. فبشيء من الاجتهاد والمباثرة على مطالعة كتب الخلاف العالي مع دوام النظر والمراجعة في كتب الأحكم من الحديث والوقوف على شروحها المبينة لنساخها من منسوخها ومجملها من مُفَصَّلها وخاصها من عامتها، تستطيع أن تصل إلى المرتبة تختار فيها القول الذي تراه موافقا للدليل الصحيح من غير أن ترجع إلى قول إمام من أئمة المذهب مطلقا. والله أعلم.

Adapun bahagian furuk, bukanlah aku -dengan segala puji bagi Allah- terikat dengan suatu mazhab dari mana-mana mazhab. Bahkan, mazhabku pada hal itu adalah apa yang sahih daripada Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wa ālihi wasallam- tanpa perlu melihat orang yang menyetujui atau menyalahinya.

Mungkin sahaja engkau merasa hairan terhadap ini dan merasa asing terhadapnya kerana keterhadanmu dan keterhadan upayamu dari mencapainya. Akan tetapi, kurniaan Allah adalah pemberian-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Tidak mengingkari kurniaan ini melainkan kaum yang rugi. Sebelum engkau mengingkari dan merintangiku serta orang yang berkata sepertimana kata-kataku, ujikajilah dirimu dalam memasuki semisal apa yang kami masuk ke dalamnya dan latihlah untuk pengamalan yang bersesuaian dengannya serta lakukanlah sampai ke perolehan sebab-sebab yang menyampaikan kepadanya. Ini kerana sesungguhnya dengan izin Allah, engkau akan mencapai apa yang kami telah mencapainya dan engkau sampai kepada kedudukan yang kami telah sampai kepadanya. Kemudian engkau akan hairan terhadap orang yang mendakwa jauhnya perolehan seperti ini sepertimana engkau memperlekeh terhadap orang yang puas beragama dengan kenistaan, lalu dia bertaklid pada setiap yang mengoceh serta mengikut penyeru yang berdusta atau benar.

Penyampaian kepada kedudukan ini adalah mudah bagi orang yang dituntun oleh Allah dan orang yang Dia beri hidayah kepadanya kepada perlaksanaan untuk memperolehnya. Dengan sesuatu daripada ijtihad, ketekunan dalam menelaah kitab-kitab khilaf yang tinggi bersama kesentiasaan pemerhatian dan ulangkaji dalam kitab hukum-hakam hadis serta mengetahui syarahan-syarahannya yang menjelaskan nasikh pada mansukhnya, mujmal pada mufassolnya, kekhasannya pada keumumannya, engkau mampu mencapai martabat yang engkau memilih pendapat yang engkau lihat bertepatan dengan dalil yang sahih padanya tanpa merujuk kepada pendapat salah seorang imam daripada para imam mazhab secara mutlak. Allah lebih mengetahui. [Ta*rīf al-Mu^tasī Bi Aḥwāl Nafsī﹇m/s 34-35﹇keluaran Dār ar-Rowḍoh al-Islāmiyyah].

Seperti inilah yang saya akan katakan tentang mazhab saya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/650875298240462848/celoteh-peribadi-63-mazhab-saya-dalam-akidah-dan

com/post/650875298240462848/celoteh-peribadi-63-mazhab-saya-dalam-akidah-dan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Celoteh Peribadi Amir KazumaWhere stories live. Discover now