Celoteh 140

4 0 0
                                    

Mengapa Apabila Saya Menamakan Mana-Mana Dari Ahli Keluarga Al-Ġumāriyy, Saya Akan Menyatakan Bahawa Orang Tersebut Adalah Keturunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-?

Sesiapa yang membaca penulisan saya, seringkali apabila saya mengutip pandangan daripada mana-mana dari ahli keluarga al-Ġumāriyy, pasti saya akan menyatakan bahawa orang tersebut adalah keturunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- setiap ka...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sesiapa yang membaca penulisan saya, seringkali apabila saya mengutip pandangan daripada mana-mana dari ahli keluarga al-Ġumāriyy, pasti saya akan menyatakan bahawa orang tersebut adalah keturunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- setiap kali menyebut namanya.

Sebenarnya, sememangnya ada sebab utama saya melakukan sedemikian. Pertama, saya merasakan bukan semua orang mengenali ahli keluarga al-Ġumāriyy itu sendiri yang merupakan zuriat baginda -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Meskipun terkenal dalam di persada dunia, pengaruhnya di nusantara secara khusus belum cukup kuat.

Saya melihat karyanya sahaja tidak banyak terjemahan bagi karya mereka sehinga orang ramai benar-benar melihat sekilas manhajnya. Malah, kalau ada pewacanaan tentang mereka pun, ia selalunya tidak mendapat sambutan memandangkan khazanah mereka masih tersimpan dalam penulisan bahasa Arab untuk seseorang menelaah kandungan agungnya. Oleh sebab itulah saya perlu menyatakan secara jelas supaya mereka kenal tokoh nama yang saya sebutkan.

Kedua, selalunya pandangan dari ulama yang berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- ada merit yang tinggi berbanding yang lain, khususnya aswajaean. Sebab itu agak bagus jika saya menyebutkan secara jelas agar mereka ambil perhatian terhadap pandangan yang mereka berada padanya dan nukilan yang saya kutip daripadanya.

Ketiga, sememangnya tujuan saya menyebutkan seperti itu adalah untuk menyanggah aswajaean dalam sesuatu pandangan dengan memaparkan bahawa tokoh yang dari keturunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang ada merit tinggi pada mereka menyelisihi mereka dan untuk memaparkan kesilapan tanggapan bahawa pendapat yang berbeza itu tidak akan terjadi pada mana-mana tokoh sanjungan mereka.

Saya juga ingin membatalkan delusi mereka dengan mengutip pandangan dari tokoh ini dan adakalanya, saya ingin membela pandangan saya dalam sesuatu permasalahan yang mana saya tidak bersendirian dalam hal itu dan saya sependapat dengan tokoh tersebut dalam hal tersebut.

Kalau mereka merasakan tokoh dari ahli bait ada nilai yang tinggi, maka mereka sepatutnya mengambil berat pandangan tersebut dan tidak hanya mencerca orang yang menyelisihi mereka semata-mata. Dengan mengetahui bahawa ilmuwan daripada keturunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- juga berpendapat yang berbeza dengan mereka, saya berharap itu memadai untuk menahan lidah mereka dari mengungkapkan permusuhan secara berlebihan terhadap orang yang berselisih.

Saya ingin menegaskan bahawa keluarga al-Ġumāriyy adalah generasi yang unik berbanding yang lain yang tidak pernah ada pendahulunya yang menyerupainya dan generasi sesudahnya agak sukar untuk meniru sepertinya. Mereka adalah unik secara keseluruhan pada keluarganya dan unik secara individu.

Sekalipun mereka diangkat tinggi dan djulang agung oleh golongan aswajaean arus perdana, mereka sebenarnya tidak mengalir mengikut arus perdana ini sepenuhnya. Disebabkan itulah kita akan dapati bahawa pandangan daripada ahli keluarga ini ada yang menyelisihi pandangan arus perdana kerana mereka sangat tegas dalam menentang ketaksuban mazhab dan menyinggung taklid yang tercela.

Daripada ketiga-tiga ini, demikian tujuan utama saya dalam menyebutkan. Para pembaca yang telah biasa dengan penulisan saya akan dapati sememangnya musuh keras saya adalah golongan aswajaean ini. Boleh dikatakan kebanyakan penulisan yang berkaitan dengan pemikiran, manhaj, mazhab, falasi dan lain-lain adalah respons daripada kerancuan mereka.

Sebab itulah saya mengutip pandangan daripada keluarga al-Ġumāriyy untuk menguatkan lagi dukungan hujah saya bahawa ia memiliki dasar yang benar dan pendahulu saya, ahli keluarga al-Ġumāriyy telah pun wafat dengan pandangan tersebut.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/676590873180585984/celoteh-peribadi-140-mengapa-apabila-saya

Celoteh Peribadi Amir KazumaWhere stories live. Discover now