Celoteh 28 : Ingat Ini Sepanjang Menelusuri Penulisan Saya

14 1 0
                                    

Terima kasih kerana sudi membaca karya-karya saya. Semoga ia adalah bermanfaat dan memberikan inspirasi atau cetusan atau kefahaman dan membangkitkan entusias terhadap ilmu. Di sini, ada beberapa perkara yang para pembaca harus semat dalam ingatan sepanjang pembacaan saya memandangkan ia adalah prinsip yang amalkan dalam menghasilkan penulisan.

Pertama, penulisan ilmiah saya, terutamanya agama adalah berasaskan kemahiran ilmu bahasa Arab, uṣūl fiqh, kaedah fiqh dn ilmu hadis serta beberapa ilmu yang lain. Saya tahu ada beberapa daripadanya kontroversi dan pelik daripada yang lain. Namun, saya tidak akan sama sekali bercakap kosong. Penulisan saya adalah saksi. Dipersilakan nilai.

Jika ada sesiapa yang tidak bersetuju, sila kemukakan hujah. Jika tidak ada apa-apa kata yang bermanfaat atau komen membina, lebih diam dan tinggalkan sahaja. Kalau rasa celaan, makian, sindiran, perlekehan, cemuhan, kutukan, ejekan, gertakan dan lain-lain jenis kenistaan boleh menjadi hujah ke mahkamah di akhirat, dipersilakan lakukan. Saya tidak akan memanjangkan hal itu di dunia. Kita akan sambung di akhirat. Jika dibawakan hujah, kita boleh sambung perbincangan kita.

Kedua, saya juga manusia yang penuh dengan aib, kekurangan dan kesilapan. Apatah lagi untuk dibandingkan tokoh-tokoh ilmuwan lain yang disanjung tinggi. Allah lebih tahu tentangnya.

Saya juga ada menarik balik beberapa pandangan setelah semakin luas penerokaan ilmu dan setelah mendapat teguran ilmiah serta penegakan hujah ke atas saya. Saya memohon keampunan kepada Allah atas kegelinciran saya.

Namun, bukan bermakna saya tidak akan berbuat yang terbaik. Saya akan sedaya upaya secara maksimum untuk mengkaji, menilai, menganalisis dan membandingkan pelbagai penghujahan dan pandangan sebelum menerbitkan penulisan. Beberapa penulisan saya menjadi saksi kesungguhan saya. Jika ada yang dirasakan saya terlepas pandang, boleh maklumkan.

Ketiga, saya akan berkata sepertimana Abū Ḥanīfah berkata :

لا يحل لمن يفتى من كتبي أن يفتي حتى يعلم من أين.

"Tidak halal untuk seseorang berfatwa daripada kitab-kitab aku yang dia berikan fatwa sehinggalah dia mengetahui sumbernya". [Al-Intiqō^ Fī Faḍō^il aṯ-Ṯalāṯah al-A^immah al-Fuqohā^ Mālik Wa aš-Šāfi*iyy Wa Abū Ḥanīfah -Roḍiyallāhu *Anhum-﹇karya Ibn *Abdu; Barr﹇m/s 145﹇keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah].

Saya juga akan berkata sepertimana Mālik bin Anas berkata :

إنما أنا بشر أخطئ وأصيب فانظروا في رأيي فكلما وافق الكتاب والسنة فخذوا به وكلما لم يوافق الكتاب والسنة فاتركوه.

"Aku cumalah seorang manusia yang kadangkala benar dan kadangkala tersilap. Maka, hendaklah kalian telitilah pandanganku. Apabila bertepatan dengan al-Quran dan sunnah, maka ambillah ia. Apabila tidak bertepatan dengan al-Quran dan sunnah, maka tinggalkanlah ia". [Jāmi* al-Bayān al-*Ilm Wa al-Faḍl﹇karya Ibn *Abdul Barr﹇jilid 1﹇m/s 775﹇keluaran Dār Ibn al-Jawziyy﹇tahqiq Abū al-Ašbāl az-Zuhayriyy].

Saya juga akan berkata sepertimana aš-Šāfi*iyy berkata :

كل ما قلته فكان من رسول الله صلى الله عليه وسلم خلاف قولي مما صح فهو أولى ولا تقلدوني

"Setiap apa-apa yang aku berpendapat tentangnya, lantas terdapat hadis daripada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- menyalahi pendapatku setelah terbukti kesahihannya maka hadis itu lebih utama dan jangan kalian bertaklid kepadaku". [Siyar A*lam ām an-Nubalā^﹇karya aḏ-Ḏahabiyy﹇jilid 8﹇m/s 248﹇keluaran Dār al-Ḥadīṯ].

Maksudnya, jika ada mana-mana pendapat saya yang bertentangan al-Quran dan sunnah setelah terbukti kehujahan ilmiahnya, bukan hanya bermain ₍Ad Hominem₎, ₍Argumentum Ad Verecundiam₎, menggunakan kesan ₍Halo₎, kesan Kontras, ₍Bandwagon₎ dan lain-lain falasi dan bias, maka buanglah pendapat saya itu. Jangan ikutinya, jangan beri kompromi dan selisihilah saya.

Inilah prinsip para jaguhan ahli ilmu terdahulu sampai sekarang yang konsisten menentang fanatisme. Maka, saya juga akan berkata yang sama.

Tinggalkan saya jika saya tetap berdegil. Kecelakaan itu akan kembali kepada saya apabila saya sengaja menutup mata dan berpaling serta menentang kebenaran tersebut. Biarlah saya tanggung dosa ini seorang diri. Orang lain janganlah ikut bersama setelah tahu pendapat saya bertentangan dengan kebenaran.

Keempat, saya sarankan supaya tidak mengikuti pandangan saya bulat-bulat atau sebab hanya rasa kagum sahaja. Jika tiada ilmu alat atau kemahiran yang diperlukan, terutamanya dalam hal ehwal agama seperti bahasa Arab, uṣūl fiqh, kaedah fiqh dn ilmu hadis, lebih baik jangan ikuti.

Saya sendiri tidak mahu pandangan saya diikuti tanpa diselidik, diuji dan dibandingkan dengan pelbagai pandangan. Sepertimana ahli ilmu jaguhan mengingatkan tentang untuk tidak fanatik meski terhadap diri mereka sendiri, demikian juga saya mengingatkan yang sama.

Kelima, saya tidaklah serius sepanjang masa. Saya serius apabila membuat penulisan formal atau terlibat dalam perbincangan yang memerlukan sikap objektif. Saya boleh sahaja santai dan berhibur bersama. Ada masa juga saya dan kita semua perlu relaks dan kasual.

Kalau sesiapa yang mengikut media sosial saya seperti Facebook atau Twitter atau Discord, akan lihat keterbukaan saya untuk bersahaja dan bersantai.

Namun, saya juga akan cuba menjaga sensitiviti pada tempat-tempat yang ada kehormatannya. Majlis dan diskusi ilmu ada kehormatannya. Masjid ada kehormatannya. Istana ada kehormatannya. Dan seterusnya. Kalau ia sememangnya tidak memerlukan untuk bergurau senda atau bersikap lenang lenang, maka saya akan hormati tempat tersebut dengan izin Allah.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/623611367133429760/celoteh-peribadi-28-ingat-ini-sepanjang

com/post/623611367133429760/celoteh-peribadi-28-ingat-ini-sepanjang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Celoteh Peribadi Amir KazumaWhere stories live. Discover now