Celoteh 165 : Perbezaan Nyata Antara Keluarga Al-Ġumāriyy Dan Golongan Al-Ḥabīb

6 0 0
                                    

Mungkin orang tertanya-tanya, mengapa saya selalu sahaja membanding-bandingkan antara keluarga al-Ġumāriyy dengan golongan al-Ḥabīb meskipun kedua-duanya adalah berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-? Malah, ketikamana saya memperke...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mungkin orang tertanya-tanya, mengapa saya selalu sahaja membanding-bandingkan antara keluarga al-Ġumāriyy dengan golongan al-Ḥabīb meskipun kedua-duanya adalah berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-? Malah, ketikamana saya memperkenalkan keluarga ini, saya kelihatan seperti memperkecilkan golongan al-Ḥabīb.

Jawapannya adalah bacalah hantaran yang ini daripada Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ; murid ternama yang mempelajari daripada keluarga al-Ġumāriyy, iaitu *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq dan adiknya, *Abdul *Azīz dan Ibrōhīm. Bacalah dan bandingkanlah.

Jelas sememangnya ada perbezaan yang nyata antara kedua-duanya pada tradisi keilmuan dan manhaj mereka. Apa yang disebutkan oleh Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ ini juga disebutkan oleh beberapa kenalan yang rapat dengannya serta inilah yang termanifestasi dalam karya keluarga ini bagi sesiapa yang membacanya.

Pernah golongan al-Ḥabīb mendidik dan menyatakan sedemikian kepada muridnya dan pengikutnya sebegini? Mungkin hampir tidak ditemukan perkara sebegini. Pengikutnya pula menjadi sang pengikut buta tanpa mempedulikan sama ada penyampaiannya atau pengamalannya mengikut sunnah atau tidak.

Yang mereka lakukan hanyalah mengeksploitasi nama ahli bait demi mengkultuskan dan mengkuduskan apa sahaja daripada zuriat baginda serta tidak boleh dipersoalkan, malah menganggap kritikan terhadap ahli bait adalah sama sepertimana musuh ahli bait dan pembenci keturunan baginda.

Sesungguhnya keluarga al-Ġumāriyy berlepas diri daripada perbuatan sebegini. Mereka tidak pernah menggunakan ahli bait pada diri mereka demi memperdaya orang ramai agar mengikutinya secara membuta tuli.

Mereka sendiri menyeru kepada orang ramai kepada mengerahkan ijtihad, beriltizam dengan sunnah, berpegang teguh kepada dalil, menjauhi ketaksuban, mencela taklid yang keji serta memperhebatkan pembudayaan ilmiah.

Terpulanglah sesiapa yang ingin menyangka saya sedang melaga-lagakan ahli bait. Akan tetapi, bagi para pembaca yang ingin bersikap saksama, bacalah dan fikirkanlah. Realiti praktik manhaj keilmuan antara kedua-duanya sememangnya jelas, bukan dapatan saya yang berkongsi tentangnya secara berlebih-lebihan dengannya.

Bacalah beberapa penulisan saya tentang keluarga al-Ġumāriyy, kemudian telaahlah sendiri perbezaan besar antara keluarga ini dengan golongan al-Ḥabīb yang mendominasi naratif tentang ahli bait pada era ini. Jika tidak berpuas hati pada dapatan saya, dipersilakan baca karya mereka dan ikutilah mereka yang pernah menjadi muridnya atau menjadi kenalan rapatnya atau yang mendalami pemikiran mereka. Nilailah dengan saksama.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688449134381924352/celoteh-peribadi-165-perbezaan-nyata-antara

Celoteh Peribadi Amir KazumaWhere stories live. Discover now