Celoteh 166

4 0 0
                                    

Mengutip Pandangan Ulama Terkemudian, Bukan Bermakna Paksi Ikutan Kita Pada Mereka

Sebahagian orang tidak faham apabila saya dan sebahagian saudara salafi apabila mengambil penjelasan dan kupasan daripada yang terkemudian seperti Ibn Taymiyyah, Ibn Qoyyim al-Jawziyyah dan para pengikut setia kepada kedua-duanya, maka paksi saya ...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebahagian orang tidak faham apabila saya dan sebahagian saudara salafi apabila mengambil penjelasan dan kupasan daripada yang terkemudian seperti Ibn Taymiyyah, Ibn Qoyyim al-Jawziyyah dan para pengikut setia kepada kedua-duanya, maka paksi saya dan mereka adalah mengikut nama-nama mereka yang terkebelakangan.

Padahal, kita mengutipnya kerana ia telah menjelaskan apa yang bersepadan dengan idea kita, tetapi kita tidak perlu menghuraikannya dengan kata-kata sendiri. Cukup mengutip daripada orang yang telah menjelaskan sepertimana yang kita ingin menjelaskannya. Atau kita sekadar ingin menjadikannya sebagai penguat, bukan isi utama atau teras pegangan.

Mana-mana yang terkemudian yang bersalahan dengan yang terdahulu, maka kita akan mendahulukan apa yang disebutkan pendahulu kita dan menyisihkan kesalahan daripada yang terkemudian. Inilah yang sebahagian orang yang gagal faham, khususnya mereka yang mengejek nama-nama tokoh kontemporari, lalu kita pula diheret bersama dengan tokoh yang disebutkan untuk dibakulsampahkan bersama.

Sedangkan, kita tidak ada assosiasi pun dengan mereka dan prinsip kita sangat jelas. Namun, cara ini digunakan kerana sudah kehabisan modal untuk berhujah secara matang atau ingin meneruskan permusuhan di atas sentimen kebencian yang tidak berkesudahan atau mereka tidak dapat menafikan yang mereka berpijak kepada realiti disebabkan manhaj dan fahaman mereka tidak sepertimana yang dicanangkan dan menepati apa yang disebutkan para pendahulu, tetapi mereka menyasarkan singgungan terhadap kita kerana ingin menutup kebejatan diri.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688837926451347456/celoteh-peribadi-166-mengutip-pandangan-ulama

Celoteh Peribadi Amir KazumaWhere stories live. Discover now