Celoteh 36 : Mengapa Saya Tidak Banyak Menyentuh ₍Tazkiyah an-Nafs₎?

6 1 0
                                    

Ada yang bertanya kepada saya, mengapa saya tidak banyak menyentuh ₍Tazkiyah an-Nafs₎ dalam penulisan atau menghasilkan satu slot khas untuk membicarakan hal itu. Saya tidak tahu apa yang dia memaksudkan dengan ₍Tazkiyah an-Nafs₎. Mungkin sekali dia memahami bahawa ₍Tazkiyah an-Nafs₎ yang dimaksudkan adalah bicara tentang amalan-amalan jantung, adab dan pengisian motivasi. Saya tidaklah menyalahkan kefahaman ini dan saya tidak ada niat untuk mengherdik pertanyaan ini. Cuma, maksud yang dia fahami perlu diluaskan cerapan dimensinya.

Sukacita saya ingatkan bahawa telah banyak penulisan saya yang membicarakan tentang manhaj fikir dan manhaj ilmu yang seterusnya mampu memberi implikasi kepada keadaan jiwa dan perilaku seseorang. Saya sering menegaskan untuk sentiasa berpegang teguh dengan al-Quran dan sunnah serta sentiasa menjadikannya sebagai hakim yang tertinggi.

Jika kita membelakangkannya, pasti ia akan membawa kepada bentuk pemikiran yang keruh dan perangai yang jelek dalam perbahasan ilmu. Contohnya, mempersenda seruan kepada al-Quran dan Ssunnah, menuduh bahawa kita tidak hormat ulama, merendahkan orang lain kerana tidak sependapat setelah membentangkan dalil dan lain-lain. Tidakkah ini pendidikan kepada penyucian jiwa?

Kemudian, di banyak tempat juga saya sentiasa mengingatkan tentang falasi seperti ₍Argumentum Ad Verecundiam₎, ₍Argumentum Ad Misericordiam₎, ₍Argumentum Ad Ignorantiam₎, kesan Kontras, kesan ₍Halo₎, ₍Bandwagon₎, ₍Strawman₎, ₍Red Herring₎, ₍Cherry picking₎ dan lain-lain.

Falasi-falasi inilah yang menjerumuskan seseorang untuk membuka telinga dalam mendengarkan hujah pihak lain, menyombongkan diri, memperlekeh orang lain, menyahkredit pendapat orang lain tanpa hak, berhujah dengan cara yang bercelaru dan lain-lain. Bukankah ini juga pendidikan kepada penyucian jiwa?

Banyak lagi yang sama ada secara langsung atau tidak langsung yang merujuk kepada penyucian jiwa dan amalan jantung. Apapun, penyucian jiwa tidak akan dapat dijayakan jika tidak berdiri di atas manhaj ilmu yang autentik, tulen lagi mapan. Sebab itu pemahaman adalah asas kepada segala sesuatu.

Jika penyucian jiwa adalah sepertimana yang difahami oleh penanya itu, maka sebenarnya sudah banyak penulisan atau ceramah yang berkaitan dengan hal itu tersebar sehingga saya tidak ada hajat lagi untuk menambahkannya. Malah, telah banyak penulisan hal ini dalam beberapa grup di Telegram, halaman Facebook dan lain-lain sehingga saya sendiri pun tidak sempat untuk mengikuti secara keseluruhannya. Sebab itulah saya fikir saya tidak perlu lagi menjadi penambah bagi yang telah melambak.

Kebanyakan kandungannya saya setuju dengannya. Sesiapa yang mengikuti media sosial saya di Facebook, sememangnya saya suka kongsi penulisan daripada orang lain tentang hal itu. Jika saya ingin berkata pun, saya akan katakan sama seperti mereka. Justeru, cukup saya menukilkan atau mengongsikan sahaja. Tidak perlu lagi saya berbicara atau menulis.

Malah, antara sebab saya tidak memberanikan diri saya untuk menulis tentangnya kerana saya khuatir yang saya termasuk dalam firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ ﴿٢﴾ كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّـهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ ﴿٣

"Wahai orang yang beriman! Mengapa kalian berkata apa yang kalian tidak lakukan? Besarnya kemurkaan di sisi Allah terhadap apa yang kalian berkata apa yang kalian tidak lakukan". [Sura aṣ-Ṣoff ayat 2-3].

Saya menyedari bahawa diri saya punyai aib yang besar lagi banyak. Saya tidak sanggup untuk mengatakan yang kalaulah ia diketahui oleh orang yang saya tidak lakukannya, pastinya saya akan dicemuh habis-habisan. Sebab itulah saya fikir, lebih elok untuk saya berdiam diri daripada apa yang saya tidak mampu menyematkannya dalam jiwa dan amal secara konsisten.

Cuma, bukan semestinya apa yang saya tidak sebutkan, maka itu yang saya tidak lakukan. Yang saya ingin katakan adalah bahawa saya tidak mahu apabila saya membuat peringatan atau teguran, tetapi hakikatnya itu yang tidak saya lakukan, maka ia menjadi palitan terhadap diri saya apabila ia diketahui di mata orang.

Akhirnya, nasihat yang saya sebutkan mungkin tidak akan diambil kira atau diberi perhatian. Menanggung hal ini sememangnya berat untuk saya. Sebab itu saya sekadar mengongsikan daripada orang lain.

Dan yang anehnya, mereka yang menjadi seteru atau musuh saya selalu sahaja ingin saya berkata yang baik meskipun saya telah menjelaskannya, membahaskannya, merincikannya dan membentangkannya dalam penulisan, tetapi tidak dibantah secara ilmiah.

Namun, apabila saya berkata yang baik seperti doa dan zikir sebelum tidur, zikir selepas solat, mengupas kalam al-Ḥikam milik Ibn *Aṭō^illah dan lain-lain, mereka secara nyata atau terselindung menyindir saya.

Apa guna? Lebih baik saya berpada dengan perkongsian dari tinta orang lain, tetapi tidak diingkari atau dipandang sinis. Berbanding pada yang dari lidah saya, barangkali ia langsung tidak dihargai walau sebaik mana pun.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/633888321299447808/celoteh-peribadi-36-mengapa-saya-tidak-banyak

com/post/633888321299447808/celoteh-peribadi-36-mengapa-saya-tidak-banyak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Celoteh Peribadi Amir KazumaWhere stories live. Discover now