Celoteh 84 : Jasa Besar Buku Limpah Kurnia Ilahi Pada Saya

15 0 0
                                    

Sesiapa yang berhadapan dengan kesukaran untuk memahami istilah dan perbahasan yang ada dalam kitab jawi yang menjadi bahan pengajaran di pondok nusantara, maka saya mencadangkan mereka untuk membaca buku «Limpah Kurnia Ilahi Pada Penjelasan Aqida...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sesiapa yang berhadapan dengan kesukaran untuk memahami istilah dan perbahasan yang ada dalam kitab jawi yang menjadi bahan pengajaran di pondok nusantara, maka saya mencadangkan mereka untuk membaca buku «Limpah Kurnia Ilahi Pada Penjelasan Aqidah Yang Murni» karya Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Azhari.

Saya dahulu juga seringkali tersangkut dalam menghadamkan kandungan yang ada dalam kitab jawi kerana lenggok bahasa yang lebih meniru kepada lenggok kalam Arab berbanding penuturan jati atau laras bahasa masyarakat semasa.

Selepas saya membaca buku Raja Ahmad Mukhlis ini, dengan izin Allah dan kurnia-Nya, saya boleh mula mengikuti dan mengambil faedah daripada isi yang terkandung dalam kitab jawi. Pada masa itu, saya masih belum menguasai bahasa Arab lagi. Namun, buku ini tetap memberi banyak jasa yang besar kepada saya dalam memahami lenggok kitab jawi.

Laras bahasa yang digunakan penulis ini sepadan dengan penggunaan penutur jati masyarakat semasa sehingga menjadi rapat jurang antara masyarakat awam dengan karya-karya jawi. Buku ini tidak begitu memuatkan istilah atau penjelasan jargon sehingga ia senang dihadamkan oleh para pembaca.

Semoga Allah mencurahkan rahmat kepada penulis buku ini. Sememangnya buku ini telah berjasa besar dalam membentuk pemahaman saya tentang perbahasan ilmu akidah dalam kitab jawi.

Ketika saya menulis «Penajaman Deria Dalam Mengenal Sifat Yang Maha Mulia», saya mengambil inspirasi daripada karya ini. Saya dapat menjelaskan dengan laras bahasa yang mudah adalah dengan mengikut laras bahasa buku ini.

Saya sememangnya mencadangkan pembacaan buku ini. Mudah-mudahan ia membawa manfaat yang besar kepada teman-teman sekalian yang ingin memahami perbahasan ilmu akidah yang disusun oleh para ilmuwan nusantara.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/656467206705725440/celoteh-peribadi-84-jasa-besar-buku-limpah

Celoteh Peribadi Amir KazumaWhere stories live. Discover now