Celoteh 139 : Bagaimana Saya Keluar Dari Skeptikal Mendalam Dalam Hadis?

15 0 0
                                    

Dahulu semasa saya di awal fasa mendalami ilmu hadis, saya sememangnya teruja melihat bagaimana kehebatan ilmu hadis diasaskan, dibangunkan, dikembangkan dan diperkasakan sehingga hadis-hadis kita dapat disemak dan disaring dengan teliti berdasark...

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

Dahulu semasa saya di awal fasa mendalami ilmu hadis, saya sememangnya teruja melihat bagaimana kehebatan ilmu hadis diasaskan, dibangunkan, dikembangkan dan diperkasakan sehingga hadis-hadis kita dapat disemak dan disaring dengan teliti berdasarkan metodologi yang mantap lagi padu. Keterujaan saya ini membawa saya kepada berfikir secara kritikal dalam penyemakan kesahihan hadis.

Akan tetapi, ia telah membawa pelampauan sehingga saya hampir-hampir sahaja meragukan kebanyakan kitab yang dinisbahkan kepada ulama yang telah sampai pada kita sama ada kitab hadis atau selainnya kerana beranggapan bahawa terdapat kelompongan yang halus yang menolak keabsahannya atau terlalu berlebihan dalam memfokuskan andaian yang tidak pasti keberlakuannya. Entah bagaimana ilmu hadis yang dibangunkan untuk menerima hadis menjadi sebab saya untuk meragukan keabsahannya.

Namun, segala puji bagi Allah dengan setinggi-tinggi pujian. Dia telah membebaskan saya daripada belenggu itu dan mengembalikan saya yang terpesong jauh kepada tempat tatapan yang saksama. Penulisan saya yang berjudul «Dialog Ringkas 39 : Hipokrit Pengkritik Hadis Dan Kesilapan Metodologi Mereka» adalah jawapan bagaimana saya keluar daripada kemelut skeptikal tersebut dan bagaimana saya menjengah semula realiti yang sepatutnya kita perakui.

Kalaulah saya terus terbawa-bawa dengan skeptikal tersebut kerana fikiran kritis yang sudah terlalu parah dan tidak terkawal, lalu ia menjadi pegangan saya, pasti saya akan termasuk golongan kritikus yang tidak sedar sedang meragukan validitas dan keluruhan ilmu hadis dengan kayu ukur yang rapuh lagi rancu. Penulisan ini selain menjawab secara langsung terhadap para kritikus hadis, khususnya yang sememangnya membawa kepada pengingkar sunnah, ia juga adalah paparan hasil akhir perjalanan saya sepanjang mencari kebenaran dalam validitas ilmu hadis dan penilaiannya berasakan perakuan kepada realiti.

Kemudian, penulisan dari halaman The Usuli di Facebook adalah persoalan ringkas daripada keseluruhan penulisan yang saya bentangkan. Pada saya, sangat menarik untuk dikepilkan bersama kerana saya dan penulis asal memfokuskan penelitian pada metodologi.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/676567600795369472/celoteh-peribadi-139-bagaimana-saya-keluar-dari

Celoteh Peribadi Amir KazumaOnde histórias criam vida. Descubra agora