Celoteh 30 : Saya Pun Manusia Penuh Dengan Aib, Kekurangan Dan Kesilapan

15 1 0
                                    


Saya menemukan suatu kisah yang agak menginsafkan daripada Muḥammad al-Ġozzāliyy. Dia berkata :

قلت لرجل تَعَوَّد شُربَ الخمر: " ألَا تتوب إلى الله؟ ". نظر إليَّ بانكسار ودمعت عيناه، قال: " ادع الله لي ". تأمَّلْتُ في حال الرجل، وَرَقَّ قلبي. إن بكاءه شعور بمدى تفريطه في جنب الله، وحزنِه على مخالفته، ورغبته في الاصطلاح معه. إنه مؤمن يقيناً، ولكنه مُبْتَلَى! هو يَنْشُد العافية ويستعين بيَ على تقريبها. قلت لنفسي: قد تكون حالي مثل حال هذا الرجل أو أسوأ. صحيح أنني لم أذق الخمر قط؛ فإن البيئة التي عشت فيها لا تعرفها. لكنّي ربما تعاطيت من خمر الغفلة ما جعلني أذهل عن ربي كثيراً وأنسى حقوقه. إنه يبكي لتقصيره، وأنا وأمثالي لا نبكي على تقصيرنا. قد نكون بأنفسنا مخدوعين. وأقبلتُ على الرجل الذي يطلب مني الدعاء ليترك الخمر، وقلت له: "تعالَ نَدعُ لأنفسنا معًا: ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفر لنا وترحمنا لنكونن من الخاسرين".

"Aku berkata kepada seorang lelaki yang terbiasa meminum arak: ❝Apakah engkau tidak mahu bertaubat kepada Allah?❞. Dia memandangku dengan hati yang remuk dan mengalir air matanya. Dia berkata: ❝Berdoalah kepada Allah untukku❞. Aku memerhatikan pada keadaan orang itu. Sayu hatiku. Sesungguhnya tangisannya adalah perasaan atas kapasiti perlanggarannya pada hak Allah, bersedih atas menyelisihi-Nya dan berkemahuan untuk perdamaian bersama-Nya. Sesungguhnya dia adalah mukmin dalam keadaan yakin, tetapi diuji! Dia mencari pemurniaan dan meminta pertolongan dengannya atas dasar kedekatannya. Aku berkata pada diriku: ❝Boleh jadi halku semisal hal orang ini atau lebih buruk❞. Benar bahawasanya aku belum pernah merasa arak sama sekali. Sesungguhnya situasi yang aku hidup di dalamnya tidaklah engkau mengenalinya. Akan tetapi, barangkali aku mengambil sebahagian daripada arak kelalaian yang menjadikan aku mengalpakan tuhannu banyak kali dan aku melupakan hak-hakNya. Sesungguhnya dia menangis kerana kegelincirannya dan aku dan orang yang sepertiku tidak pernah menangis atas kegelinciran kami. Kadangkala kami diperdaya dengan diri kami. Aku menghadap orang itu yang meminta doa daripada aku untuk meninggalkan arak dan aku berkata: ❝Marilah kita berdoa bersama-sama untuk diri kita: {Wahai tuhan kami! Kami telah menzalimi diri kami. Jika Engkau tidak mengampukan kami dan mengasihani kami, pasti kami benar-benar menjadi orang yang rugi}❞". [Rujuk ᗒ https://www.blogger.com/blog/post/edit/3927194945934807176/3769471793390998348].

Betapa mereka yang kita merasakan seseorang yang ada kedekatan dengan tuhan pun ada masalahnya tersendiri yang kita tidak sedar dan melihat. Kita tampak manis raut wajahnya yang sentiasa mencoret senyuman, tetapi di batinnya penuh dengan sesalan dan tangisan. Tuhan lebih tahu betapa beratnya apa yang ditanggung yang tidak terlihat di mata manusia yang lain.

Kita rasa mereka sudah suci dan sudah mencapai kedudukan orang yang layak menjadi kekasih-Nya, tetapi di jiwanya belum tenteram untuk memohon keampunan untuk aib yang setiap kali dia selongkar dalam dirinya.

Kita memang pendosa, tetapi barangkali mereka juga lalui dosa yang kita tidak ketahui dan tidak nampak yang mana mereka tergelincir atau tidak menyedarinya. Namun, beza kita mungkin sejauh mana kita mempunyai kesungguhan untuk kembali kepada-Nya dan melazimi penjagaan diri.

Mungkin sahaja sesiapa yang sudah lama mengikuti penulisan saya ada menyimpan rasa kekaguman melihat bagaimana saya pamerkan kemampuan ilmu saya dan penghujahannya. Semua itu adalah pemberiaan Allah dan saya bersyukur dengan sebanyak-banyak kesyukuran kepada-Nya.

Namun, saya sendiri berdepan dengan aib dan kekurangan saya dalam kehidupan seharian. Rasanya, kalau sesiapa yang tahu apa yang melumuri dalam diri saya, mungkin dia tidak mahu lagi mendengarkan penjelasan-penjelasan saya meskipun saya cuba dengan sebaik mungkin mengungkapkannya dengan baik dan ilmiah. Allah lebih tahu bagaimana buruknya keadaan yang saya lalui.

Beberapa penulisan saya memang ada siri-siri kritikan terhadap seteru atau lawan atau orang yang saya tidak sependapat. Namun, bukan semestinya saya lebih baik daripada mereka. Barangkali kesilapan mereka diampunkan oleh Allah dan diberikan satu pahala atas kesungguhannya untuk kebenaran.

Barangkali dia mempunyai bahagian yang lebih unggul dan jauh meninggalkan saya sama ada diketahui atau tidak. Mungkin sahaja kritikan saya ada didasari rasa tidak tulus kerana Allah dan mengharapkan agar manusia menyajung saya.

Mungkin sahaja kritikan saya tidak disampaikan dengan cara beradab yang betul sehingga saya berlebihan dalam mengkritik. Dan banyak dosa dan kesilapan yang saya lakukan yang tidak saya sedari. Semoga Allah memaafkan saya dan kita semua.

Saya kadangkala mengkritik penulisan sebelum melihat penulisnya. Sememangnya saya mementingkan hujah berbanding tubuh badan seseorang itu. Saya cuba mengelakkan diri daripada bermain ₍Ad Hominem₎, ₍Argumentum Ad Verecundiam₎, bermain kesan ₍Halo₎, kesan Kontras dan ₍Bandwagon₎ serta lain-lain bias dan falasi.

Akan tetapi, saya tidak lihat bagaimana rentas kehidupan yang telah dilalui seseorang penulis. Ada di antara mereka dipenjara beberapa kali. Ada di antara mereka pernah diugut atau dicuba untuk dibunuh. Bermacam-macam lagi keperitan yang tidak dapat dibayangkan.

Saya selama ini seperti menganggap bahawa mereka ini cuma duduk menulis dan mengajar, kemudian diulang-ulang rutin itu sehingga mati, rupanya hidup mereka penuh pancaroba dan onak duri kehidupan mereka setelah membaca kisah hidup mereka.

Saya tahu bahawa itu bukan alasan untuk membenarkan kesalahan dalam agama dan pemikiran, namun sekurang-kurangnya mengenali perjalanan hidup mereka ini memberikan rasa simpati dan kelunakan. Mereka tidak hanya hidup hanya dengan bercakap, menulis dan mengajar, mereka hidup dengan membuktikan cita-cita mereka dan pegangan mereka melalui perjuangan. Mereka menzahirkan keikhlasan dan menjadikan kalimah Allah di tempat yang tertinggi.

Semoga Allah memberkati perjuangan mereka dan memaafkan kesilapan mereka. Sekarang, bagaimana pula diri kita? Terus dalam hidup di zon selesa dan bercakap seperti pejuang? Mari sama-sama muhasabah diri kita.

Kita semua perlu bersyukur bahawa antara rahmat Allah yang Dia berikan kepada kita adalah tertutupnya aib dari pandangan manusia. Kalau setiap masa disingkapi aib kita, nescaya tidak ada manusia yang mahu menghadap kita. Nikmat apa lagi yang mahu kita dustakan?

Ya Allah! Kami telah menzalimi diri kami. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami, nescaya kami termasuk orang yang rugi. Ya Allah! Perkenankanlah hajat ini.

Ambilan

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/623840223155159040/celoteh-peribadi-30-saya-pun-manusia-penuh

com/post/623840223155159040/celoteh-peribadi-30-saya-pun-manusia-penuh

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.
Celoteh Peribadi Amir KazumaHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin