Celoteh 136 : Pengistilahan ‛Aurat Yang Bukan Hakiki'

10 0 0
                                    

Saya tidak sangka istilah ‛aurat yang bukan hakiki' telah sampai ke portal Mufti Wilayah Persekuturan yang berjudul «Adakah Dosa Melihat Atau Menonton Kartun Yang Menimbulkan Syahwat?» di sini : https://muftiwp

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

Saya tidak sangka istilah ‛aurat yang bukan hakiki' telah sampai ke portal Mufti Wilayah Persekuturan yang berjudul «Adakah Dosa Melihat Atau Menonton Kartun Yang Menimbulkan Syahwat?» di sini : https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3655-al-kafi-1354-adakah-berdosa-melihat-atau-menonton-kartun-yang-menimbulkan-syahwat

Saya adalah orang pertama yang menggunakan istilah ini melalui penulisan yang berjudul «Hukum Melihat Aurat Yang Bukan Hakiki», salah satu potongan topik daripada judul «Aurat : Penjelasan Tuntas».

Pun begitu, sebenarnya penyebutan "hakiki" ini pernah diungkapkan *Abdullah bin Muḥammad al-Haroriyy yang berkata :

هنا سؤال أن من ينظر، يتفرج على الأفلام الخلاعية. ما حكمه؟ الذي يتفرج عليها ونفسه تنجر، تنجر الى المعصية التي يشاهد هيئتها في الفيلم حرام عليه أن يتفرج عليها. أما الإنسان الذي لا تؤثر عليه، إنسان متزوج وهو مقتنع بزوجته نفسه لا تحدثه مهما رأى في الأفلام الخلاعية لا تحدثه نفسه أن يفعل هذا يطبق هذا الفعل الحرام، هذا ليس حراما عليه إن تفرج. ليس حرامًا. هذا يرى المرأة حقيقتها، يرى شخصها الحقيقي؟ لا. إنما هذا خيال. ليس حراماً على الذي لا يتأثر.

"Di sana ada soalan tentang seseorang yang melihat, menenung filem-filem lucah. Apa hukumnya? Orang yang menenung kepadanya dan dirinya terheret, iaitu terheret ke maksiat yang dia menyaksikan bentuknya adalah haram ke atasnya. Adapun seseorang yang tidak terkesan kepadanya, iaitu orang yang berkahwin dan dia merasa puas dengan isterinya, tetapi dirinya tidak menceritakannya kendatipun dia melihat filem-filem lucah, iaitu dirinya tidak menceritakannya untuk melakukan perbuatan yang ini, iaitu mempraktikkan perbuatan haram ini, maka tidaklah haram ke atasnya jika dia menenung. Ia tidak haram. Ini yang dia lihat adalah wanita yang hakikatnya, iaitu sosoknya yang hakiki? Tidak. Ini cumalah khayal. Tidaklah haram ke atas orang yang tidak terkesan". [Rujuk : https://www.youtube.com/watch?v=NT3oL1WXFsU].

Pun begitu, ia bukanlah sampai penggunaan yang meluas atau ia menjadi topik. Malah, penggunaan ‛hakiki' ini telah saya menggunakannya lama sebelum saya tahu tentang fatwa daripada al-Haroriyy ini.

Istilah yang selalu dipakai oleh penutur Indonesia dalam permasalahan ini adalah aurat yang bukan ‛wujūdĩ, iaitu wujud secara langsung, iaitu yang berjasad sebenar. Cuma, saya tidak menggunakannya kerana penutur Malaysia mungkin sukar untuk memahami perujukan saya dan tidak biasa dengan ungkapan sedemikian sepertimana warga Indonesia. Atas sebab itulah saya mengetahui bahawa istilah tersebut adalah diambil daripada penulisan saya.

Penulisan ini banyak tersebar di portal Indonesia sama ada pada blog atau media sosial melalui saling diskusi atau hantaran. Pun begitu, ia tidak begitu diperincikan dan dituntaskan perbahasan sepertimana yang saya lakukan.

Adapun di Malaysia, saya ada menemukan orang yang mengetahui dan berpegang pada pandangan muktamad mazhab šāfiᶜian. Cuma, topik sebegini tidak begitu tersebar sepertimana di negara jiran.

Saya agak faham mengapa perbahasan seperti ini tidak begitu disambut secara meluas. Ini kerana pendapat ini tidak diamalkan oleh tokoh-tokoh kontemporari secara khusus yang telah menikmati zaman televisyen sehinggalah globalisasi digital meskipun mereka mengaku bermazhab šāfiᶜian atau ḥanafian serta berpegang kepada pendapat muktamad.

Manakan tidak? Jika ia difatwakan secara terbuka, sudah tentu menurut mereka ia akan menimbulkan fitnah kepada masyarakat. Sebab itulah walaupun mereka tahu, mereka berfatwa sebaliknya dan mereka menutupnya dari pengetahuan masyarakat.

Hakikatnya, khuatir fitnah ini bukan sahaja melanggar pendapat muktamad mazhab yang selalu mereka tekankan dalam pengamalan bermazhab, malah ia melanggar kaedah ilmu yang telah terkukuh kuatnya sehingga tiada lagi ruang untuk berfatwa sebaliknya. Mereka ingin mengelakkan fitnah dengan menuju kepada fitnah yang baharu!

Saya tidak mahu meleretkan lagi rasa berang yang terpendam di jiwa saya terhadap sikap ini kerana saya telah jelaskan hal ini di banyak tempat. Saya sudah jelaskan hujah saya dalam judul tersebut dan di tempat yang lain.

Saya mengambil inisiatif untuk memperincikannya dan membahaskannya secara tuntas untuk membela pandangan muktamad mazhab ini secara dasar, seterusnya pendapat al-Qolyūbiyy dan al-Bujayrimiyy secara khusus. Mungkin saya orang yang pertama di dunia yang menganalisis dan mengkomprehensifkan topik ini ke lebih mendalam.

Saya telah cuba sedaya upaya mencari penulisan yang khas yang memperincikan permasalahan ini di pelbagai portal atau karya sama ada yang berbahasa Arab, berbahasa Melayu, berbahasa Indonesia dan berbahasa Inggeris. Namun, saya tidak menemukannya sama ada di forum, bahagian soal jawab, kolum fatwa atau penulisan biasa.

Saya pernah menemukan topik forum berbahasa Arab yang orang berbalas hujah dalam isu ini. Terdapat pihak yang menyokong pandangan ini dan pihak yang menentang pandangan ini. Cuma, untuk mengatakan bahawa ia adalah suatu analisis yang khusus, saya tidak rasa ia dapat dianggap sedemikian.

Saya bersyukur kepada Allah dengan sebaik-baik pujian kerana mengilhamkan, membimbing dan menyalurkan kekuatan untuk menghasilkan judul penulisan ini bersandarkan hujah ilmiah yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana orang.

Saya ada menyimpan sedikit hasrat untuk menghasilkan tesis mini untuk mengupas, membedah dan menganalisis isu ini, tetapi saya tidak mahu orang ramai merasa keberatan dan jemu untuk menelaahnya.

Oleh itu, saya permudahkannya menjadi penulisan biasa agar ia menjadi tatapan yang mesra dibaca oleh setiap lapisan. Malah, penulisan saya seperti ini sudah memadai untuk menyampaikan segala apa yang menjadi asas kepada hujah saya.

Faktor utama yang mendorong saya menghasilkan penulisan ini adalah kerana kita semua tidak terlepas daripada menatap skrin digital yang telah dipacak, berdiri dan terbentang di mana sahaja kita berada. Kita akan kerap melihat gambar-gambar yang tidak menutup aurat dengan sempurna.

Situasi ini tidak sahaja mendorong untuk timbulkan satu permasalah baharu, malah mungkin ada yang menimbulkan rasa sesak di dada disebabkan matanya sentiasa memandang aurat bagi mereka yang berpegang pendapat bahawa hukum pada aurat yang di skrin digital adalah sama dengan aurat yang berjasa.

Hakikatnya, ini bukan permasalahan baharu. Ini telah pun dikupas oleh para fuqaha mazhab ketika membicarakan hukum yang berkaitan dengan lihatan aurat pada imej cermin dan bayangan air. Apa yang saya lakukan adalah mengembangkannya agar ia relevan dan sesuai dengan realiti berdasarkan kaedah fiqh.

Setelah saya selesai menghasilkan judul penulisan ini yang ketika itu belum diterbitkan lagi di Wattpad, saya walaupun tidak bersikap terbuka sepertimana saya mulakan penyebaran secara terbuka di Wattpad, pandangan ini antara yang saya giat menyebarkannya di pelbagai tempat dan yang saya bawakannya dalam meja perbincangan.

Malah, ia sampai menjadi tular sehingga muncul di suatu hantaran seorang tokoh yang berpengaruh. Pun begitu, sudah tentu ia bertujuan untuk memburukkan dan menyanggah pandangan ini.

Dari situ, secara tidak dijangka, penulisan saya ini sampai ke pengetahuan mereka yang bersama dengan Pejabat Mufti Wilayah Perseketuan. Walaupun mereka menyetujui pandangan muktamad mazhab šāfiᶜian, saya faham mengapa orang tidak mengambil pandangan al-Qolyūbiyy dan al-Bujayrimiyy.

Sememangnya prosedur pengamalan mazhab šāfiᶜian adalah pandangan muktamad yang diambil dari tokoh-tokoh yang khusus yang ditentukan. Kedua-dua tokoh ini dikira berada di senarai yang bawah untuk diletakkan tokoh yang dijadikan pegangan muktamad bagi mazhab šāfiᶜian.

Apapun, itu terpulang kepada pilihan masing-masing. Saya tetap mempertahankan kedua-dua tokoh ini berdasarkan hujah, bukan sentimen, apatah lagi menunggang hawa nafsu. Dipersilakan para pembaca untuk menilai apa yang ada di antara dua pihak yang berselisih.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/676566038284009472/celoteh-peribadi-136-pengistilahan-aurat-yang

Celoteh Peribadi Amir KazumaTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon