Celoteh 151

12 0 0
                                    

Bagaimana Komuniti Peminat Tokoh Ilmuwan Ahli Bait Dari Keluarga Al-Ġumāriyy Memuliakan Tokoh Ini?

Sepanjang saya mengikut rapat dengan murid kepada tokoh ilmuwan ahli bait dari keluarga al-Ġumāriyy dan mereka yang di komuniti peminatnya, saya tidak pernah nampak mereka membesar-besarkan dan menceritakan kisah yang mencarik adat dan kejadian ya...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sepanjang saya mengikut rapat dengan murid kepada tokoh ilmuwan ahli bait dari keluarga al-Ġumāriyy dan mereka yang di komuniti peminatnya, saya tidak pernah nampak mereka membesar-besarkan dan menceritakan kisah yang mencarik adat dan kejadian yang aneh daripada mereka.

Sememangnya sebahagian dari ahli keluarga ini ada menceritakan pengalaman mereka yang itu dalam karya mereka, tetapi muridnya dan komuniti ini sama sekali tidak menggembar-gemburkan dan membesar-besarkannya seakan-akan ia adalah sesuatu yang signifikan untuk diperkenalkan dan disebarkan.

Komuniti ini sememangnya mengamalkan tidak mengambil peduli tentang kisah sebegini. Mereka tidak peduli kalau mereka tahu atau tidak tahu. Pada mereka, karya-karya peninggalan mereka dan sumbang bakti keilmuan tokoh dari keluarga ini adalah karamah yang berharga lagi dibanggakan serta disebut-sebutkan dengan penuh pengagungan.

Komuniti ini lebih suka bercerita tentang manhaj mereka, mengkaji pola pemikiran mereka, meneliti pendalilan mereka dalam perbahasan suatu permasalahan dan menjengah keilmuan mereka melalui khazanah yang mereka tinggalkan kepada kita semua, bukan mengejar, menggeledah dan mencari-cari kisah yang ajaib seperti ini.

Inilah keistimewaan yang saya secara peribadi berasa bangga dengan komuniti ini. Peninggalan dan manhaj keluarga al-Ġumāriyy adalah warisan dan tradisi keilmuan, seni berfikir serta semangat intelektualisme.

Sesiapa yang menjulang tinggi keluarga ini sememangnya merasakan wajib dan bertanggungjawab untuk menyebarkan dan menghidupkan perjuangan pembaharuan dan kerancakan keilmuan yang berteraskan pengikutan dalil dan sunnah dengan menjadikan karya mereka sebagai inspirasi.

Kita sebagai komuniti peminat keluarga ini adalah penyambung kepada legasi keilmuan dan pemikiran, bukan ketaksuban dan fanatik yang hanya tahu memuja orang lain sahaja sepertimana sang fanatik yang memuja idola mereka seperti artis dan pemain sukan

Saya bukanlah mahu merendahkan atau memperkecilkan tokoh yang disebutkan ini. Akan tetapi, saya tidak suka melihat sikap sebahagian orang yang memuja tokoh ahli bait atau mana-mana ulama seperti ini. .

Tidak ada masalah berkongsi karamah yang ada pada seseorang tokoh ulama kerana banyak sahaja kitab biografi yang muktabar yang memuatkan cerita ini dalam selitan, tetapi kemuliaan mereka bukan semata-mata kerana itu dan bukan sebegini cara memuliakan mereka.

Jika seseorang lihat sendiri bagaimana komuniti peminat ahli bait dari keluarga al-Ġhumāriyy ini memuliakan keluarga ini, pasti akan melihat perbezaan yang nyata jika dibandingkan orang fanatik seperti ini dan dia akan faham mengapa saya tidak suka cara sebegini dalam memuliakan para ulama.

Bahkan, sikap tidak suka memperbesarkan kisah karamah ini adalah sepertimana Muḥammad Tawfīq Romaḍōn al-Būṭiyy; anak kepada Muḥammad Sa*īd Romaḍōn al-Būṭiyy menceritakan tentang datuknya. Apabila dibacakan sebahagian karamah dari orang soleh, dia akan menyuruh untuk melangkaunya. Ini kerana kata Tawfīq bahawa kita tidak mengingkarinya, tetapi kita tidak melihatnya sebagai timbangan untuk menilai kedudukan seorang hamba di sisi Allah. [Rujuk : https://www.facebook.com/watch/?v=414716806725446].

Celoteh Peribadi Amir KazumaWhere stories live. Discover now