172 ❃ NAMA AKU SUNDAL

779 112 70
                                    

Beryl melangkah keluar dari pintu belakang barnya. Gila! Semuanya gila! Kenapa perempuan ni sengaja mendera dirinya!

Kalau nak mati sangat, matilah dekat tempat lain. Ini dekat belakang Bar Kecil Yyscadtobleron!

Dekat sini jugaklah dia nak buat onar!

Kepala otaklah! Habislah nanti esok bersoal siasat!

Bodoh.

Nak ke tak nak Beryl pun terpaksalah melangkah ke arah gadis yang rebah terbaring di atas permaidani  salji putih.

Beryl berdiri di sisi tubuh gadis berkerudung nipis yang terlantar.  Perlahan-lahan Beryl  menyentuh pergelangan tangannya.

Denyutan nadi masih terasa walaupun lemah. Pucat warna kulitnya kelihatan.

Nak bawak masuk dalam ke? Nanti kata apa pulak?Mungkin Beryl perlu bangunkan dia.

Lelaki itu kemudian menyentuh bahu gadis itu.

Beryl berkerut seribu. Terasa nipis kain kerudung gadis itu. Gila? Macam mana tak pengsan dalam kedinginan ni Pakai nipis sangat. Macam helaian kertas semata. Ini bukan musim panas!

Secara spontan Beryl menyelak kain kerudung gadis itu.

"Ish!"

Tersembul biji mata Beryl!  Gadis ini tidak berpakaian langsung di sebalik kerudung! Bertelanjang bulat!

"Kepala otak kau!"

Beryl berbisik dalam nada geram. Wajah Beryl mula kemerahan. Gila. Lelaki itu tiada pilihan lain. Tak akan nak biarkan perempuan ni terlantar kat sini tidak berpakaian.

Kalau bukan serigala yang baham. Pak hidung belang yang baham.

Seluruh tubuh gadis itu sudah pun bertukar putih pucat bagaikan mayat. Semuanya kerana cuaca yang dingin.

Muka pun tak sempat tengok lagi. Dah tertengok badan dia.

Tak apalah , anggaplah itu hadiah kerana Beryl telah selamatkan nyawanya.

Lelaki berambut merah terus mendukung jasad gadis itu dan terus melangkah masuk ke dalam.

💙

Perlahan-lahan gadis itu dibaringkan di atas katil.Terus Beryl menutupi tubuh gadis itu dengan helaian kain selimut. Sebelum terselak lagi.

Almari baju dibuka. Segala selimut diambil dan dialaskan pada tubuh gadis itu. Sehelai mana cukup. Kalau terselak lagi macam mana? Berhelai-helai selimut dialaskan pada tubuh gadis itu dengan harapan  perbuatannya itu mampu menghangatkan tubuh gadis itu.

Beryl merenung gadis itu. Dah jadi macam roti sandwich pun  ada. Berlapis-lapis.

Hurmm..sekarang nak buat apa?

Buntu...buntu....buntu....

"Baiklah..air panas."

Beryl terus melangkah turun. Siap-siap bancuhkan air panas untuk gadis ini minum nanti.  Dan juga siapkan air panas untuk menghangatkan tubuhnya.

💙

💙

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now