045 ❃ DHAK & VRYKOLAKAS

865 112 5
                                    

Dhak telah jauh meredah dunia malam seorang diri. Keputusan ini diambilnya sendiri. Semuanya dibuat kerana Fernand. Dia tidak sanggup melihat tuannya menderita. Dhak mahu lihat Fernand tenang dan bahagia. 

Hanya dengan kebangkitan Marira mampu menenangkan jiwa Fernand.

Dhak berkaki ayam memijak rumput. Telinga anjingnya bergerak-gerak mengesan sesuatu.

Deria baunya terganggu.

Medan sihir yang dihasilkan dengan titisan darah Marira suatu ketika dahulu tidak dapat dikesan. Tetapi kehadiran makhluk vrykolakas dikesannya.

Tok!

Satu biji batu terkena pada kepala Dhak.

"Selamat datang ke dunia malam insan wahai makan malamku."

Satu suara menyapa Dhak. Pada tangannya dilambung-lambungkan batu kecil dan disambut semula. Seekor vrykolakas jantan. Amat menyerupai manusia.

Dhak menoleh dan terkebil-kebil. Matanya hanya merenung vrykolakas berwajah pucat dan bertaring itu.

"Aku dah lama tak makan. Aku paling suka darah manusia."

Vrykolakas bertaring menyeringai seraya itu ia terus menerjah ke arah Dhak. Bahu Dhak ditekan juga dicengkam sehingga tubuh kecil Dhak terbaring di atas tanah seraya itu  terus menendang dengan kuat perut makhluk penghisap darah itu dan pada masa yang sama tubuh Dhak berpusing 180 darjah. Setelah itu, Dhak pantas berdiri.

Tubuh vrykolakas terlambung di udara. Ia terus berpaut pada dahan dan mencangkung.  Perutnya terasa senak.
Namun itu tidak menghalang ia untuk terus membaham Dhak. Ia terlalu kebulur.

Dhak berundur beberapa tapak ke belakang. Bersiap-siaga untuk mempertahankan diri. Walaubagaimanapun Dhak perlu tumpaskan musuhnya. Semuanya demi Fernand.

Vrykolakas melompat terjun ke arah Dhak! Sebelah tangannya menjerut leher Dhak dan pada masa yang sama Dhak turut menghempaskan tumbukkan kecilnya pada wajah vrykolakas itu.

Anehnya Vrykolakas menjerit kesakitan! Mukanya terasa membengkak sekelip mata! Tangan yang menjerut leher terlerai.

Sekali lagi Dhak menumbuk wajahnya pada bahagian yang sama. Darah kian memenuhi mulutnya.  Vrykolakas melutut menahan sakit. Air liur turut meleleh bersama darah dengan banyak.

Bagaimana tangan yang halus mampu memiliki tumbukkan yang sepadu batu?!

Jangan pandang rendah pada tubuh genit Dhak.

Dhak tersenyum kecil. Hakikatnya, pada genggamannya terdapat seketul batu dan batu itulah yang telah menghentak wajah vrykoalas.

Jangan tiru aksi ini kalau sayang saptember.

Saat vrykolakas melutut menanggung sakit Dhak mengambil kesempatan untuk menendang wajah vrykolakas itu! Ya,sekali lagi di tempat yang sama.

Vrykolakas tersungkur jatuh di atas tanah.

Darah banyak mengalir keluar dari mulut vrykolakas.

Dhak sudah nyaris jumpa medan sihir itu dan vrykolakas ini telah mengganggunya. Terimalah akibatnya.

Dhak berkerut.

Telinganya bergerak-gerak. Sesuatu telah menghampirinya.

Saat Dhak ingin menoleh tiba-tiba sesuatu merengkuh jubah berkerudungnya dan tubuh kecilnya telah dilemparkan! Habis tertanggal jubahnya itu.

Dhak terhempas di atas tanah. Kepalanya sedikit terhantuk pada batu dan berdarah.

"Kau memalukan. Macam mana kau boleh dibelasah teruk dengan  makanan kau sendiri? Lagipun dia bukan manusia."

Seekor lagi vrykolakas jantan muncul. Vrykolakas berambut panjang. Matanya menjeling Dhak yang cuba untuk berdiri. Jubah Dhak yang berada di tangannya dilemparkan jatuh di atas tanah.

"Bukan manusia?"

Ia tersenyum sinis.

"Macam mana kebulur pun aku, aku hanya nak darah manusia."

Vrykolakas yang di belasah teruk Dhak perlahan-lahan merenung tubuh kecil Dhak yang bertelinga dan berekor gebu.

"Jangan malas ke Eplé. Lagipun dah lewat. Senang nak cari makan. Kau pergi dulu. Aku nak main-main dengan anjing ni dulu. Nak cuba rasa darah dia sedap ke tidak."

 

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now