058 ❃ SURAT UGUTAN SYLVAN

1.3K 169 26
                                    

Sylvan melangkah masuk ke dalam pintu utama bangunan Rosamund.

Suasana yang sunyi hanya dipecahkan dengan bunyi ladam kasut milik Sylvan.

Seraya itu seluruh ahli Rosamund mengalihlan pandangan matanya ke arah bunian berpangkat tinggi itu.

Semuanya diam tak terkata apa.

Bukannya apa...cuma takut tersalah cakap. Malam semalam terdapat sikit perkelahian antara Sylvan dan rakan sejawatnya.... Glen Nikolai.

Hanya hal kecil sahaja namun dibesarkan oleh Sylvan.

Lantaklah! Tak payah fikir pasal tu.

Sylvan hanya sekadar terus melangkah. Melangkah menuju ke bilik pejabatnya.

Jari jemarinya memegang tombol pintu dengan kemas.

"Sylvan.."

Seseorang memegang bahunya.

Sylvan menoleh.

"Oh, Glen.."

"Macam mana? Kau dah dapat cari pengganti Zachary?"

Glen tersenyum sinis.

"Ya, sudah semestinya. Dia sudahpun bersetuju."

Dusta. Sylvan tersenyum sinis sambil menyilangkan kedua tangannya.

"Ohhh.. siapalah agaknya dia. Layak ke dia?" 

Glen ketawa kecil.

"Walaupun dia tidak setaraf dengan Zachary.. sekurang-kurangnya dia masih boleh bekerjasama dengan aku."

"Oh, harap-haraplah.Semoga berjaya ye?"

Glen menepuk belakang Sylvan dan terus berlalu pergi dari situ.

Sylvan hanya sekadar tersenyum. Bunian itu melangkah masuk dengan hati yang senang.

"Aku tahu Beryl tidak akan setuju untuk sertai Rosamund....tapi.. aku mampu buat dia akur.."

Beryl bengang. Sebaik sahaja dia bangun dari tidur emosinya mula terasa jelik. Dia dapat surat ugutan daripada Sylvan.

"Tak guna... bunian gila. Berani dia ugut aku."

Pandangan matanya merenung tulisan-tulisan yang dikarang Sylvan.

Kehadapan Beryl,

Kau boleh berdengkur ketika aku ceritakan masalah aku. Aku maafkan.

Namun, kau harus setuju untuk menjadi Rosamund.
Sila hadirkan diri di pejabat aku sekiranya kau tidak mahu aku dedahkan jenayah kau. Jenayah yang kau lakukan saat kau menapak di Eplé buat pertama kali. Jangan ingat aku tak tau...

Dan aku ada bahan bukti ♥

Sahabat Tercinta,
Sylvan

"Kepala otaklah tercinta. Bodoh!'

Beryl sakit hati. Terus dia melangkah keluar dari bar. Sumpah seranah tidak putus-putus keluar dari hujung lidahnya.

"Memang semua bunian buat hidup aku tak senang!"

Imbas kembali.

"Naluri aku yang berkata.."

Glen kekal merenung pandangan mata Sylvan.

"Seseorang cuba membangkitkan medan sihir larangan di dunia malam."

"Ini bukan perkara remeh."

Glen selaku rakan sejawat Sylvan mengusap dagunya

"Aku akan membuat siasatan susulan. Jangan risau."

Sylvan mewakilkan dirinya untuk membuat siasatan.

"Kau nak pergi sorang?"

"Ya.."

"Kau pergi dengan Zachary."

Glen memberi cadangan.

"Apa?! Tidak! Aku tidak akan sesekali menjalankan tugas aku dengan manusia yang dingin."

Sylvan membantah.

"Kau tau kan? Tugas yang berkaitan dengan sihir larangan tak boleh dibuat secara solo."

"Sesiapapun boleh.. cuma aku tidak akan sesekali pergi dengan Zachary. Lagipun apa dia buat di sini?"

Sylvan memutarkan bola matanya.

Bukan ke Zachary ahli Rosamund bahagian daerah lain? Apahal dia menyibuk dekat Eplé pulak?

"Pedulikan tentang apa dia buat tapi hanya dia sahaja yang tak ada tugas sekarang ni."

"Sesiapa sahaja tapi bukan Zachary."

Sylvan berdegil.

"Kau kena dengar arahan aku Sylvan."

Glen cuba bersabar. Bukannya Zachary tu bermasalah ke apa. Dia merupakan rosamund yang hebat. Cuma Sylvan ni mengada-ngada tak suka Zachary sebab lelaki tu dingin.

"Kau bercakap dengan aku? Aku lebih berpengalaman di Rosamund. Jadi rasanya kau tidak layak mengarah aku."

Sylvan mula bersuara dengan nada bongkak. Sylvan akan menunjukkan sifat ego buniannya secara tak langsung apabila dia terasa tercabar. Bunian tetap adalah bunian.

"Ohh...jadi kau tak setujulah dengan cadangan aku?"

Glen mula terasa jelik. Bunian tetap adalah bangsa yang angkuh.

"Hanya aku sahaja yang boleh tentukan siapa yang layak menjalankan tugas dengan aku." 

Sylvan menyilangkan kedua tangannya. Mata birunya merenung pandangan mata Glen.

"Jadi aku sememangnya tak layaklah untuk bagi kau cadangan ataupun nasihat?" 

Glen menjongketkan keningnya.

"Mungkin.."

Sylvan tersenyum dengan manis.

"Baiklah..aku tak akan luluskan permohonan kau untuk menjalankan tugasan dengan mana-mana Rosamund."

Glen tersenyum. Ya, hanya Glen sahaja yang boleh meluluskan pemohonan tersebut.

"Apa?"

Sylvan tergamam.

"Kalau kau rasa kau dah cukup hebat, kau cariklah sendiri rakan setugas yang paling ideal untuk kau. Cariklah kat pelusuk mana pun! Asalkan bukan rosamund yang sedia ada." 

Nada suara Glen kedengaran mendatar. Senyuman sinis terukir dibibirnya.

Sylvan terdiam. Tak sangka Glen bertindak agresif.  Nak minta maaf?

Jangan harap!

Ini Sylvanoryn lah! Bunian daripada Kerajaan Anril! Mana boleh menyerah kalah macam tu je.

"Baiklah.. aku akan buktikan dan bakal rakan setugas aku nanti merupakan manusia yang paling ideal!"

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now