134 ❃ GALAU JIWA BERTUKAR

714 107 49
                                    

Sylvyen dan Beverly tersandar pada geta.
Letih terasa tubuh mereka. Akhirnya mereka sudah pulang ke Eplé dengan bantuan medan sihir yang dilakar Beverly.

Pada genggaman tangan Beverly terdapat sebatang taring harimau jadian berbulu putih.

Sylvyen menoleh pada Beverly dengan wajah yang penuh kerisauan.

"Beryl?"

Wajah sugul Beverly diamatinya. Kemerahan. Mata sembam. Rambut yang masai.

"Apa?"

Ujar Beverly sepatah.

"Kau benar-benar menangis?"

Dahi Sylvyen berkerut seribu dengan penuh persoalan.

Beverly menoleh pada Sylvyen.

"Apa pendapat kau?"

Beverly tertawa sinis.

Sylvyen berkerut seribu. Gadis bunian itu terpinga-pinga.

"Itu hanya sebahagian daripada lakonan kau?"

Tanya gadis bunian itu lagi.

"Mungkin."

Jawab Beverly acuh tak acuh. Gadis berambut merah berdiri dan duduk di birai katil.

"Jangan main-main. Aku perlu tahu! Ini membahayakan. Kau akan kehilangan jiwa lelaki kau sekiranya kau tidak mengawal emosi dengan baik."

Ujar Sylvyen bersungguh-sungguh.

"Kau tau kan aku kalau mengantuk dan tak cukup tidur macam mana?"

"Ya, kau akan mengamuk bagaikan badak sumbu jadian yang gila. Itu semua tekanan."

Ujar Sylvyen geram.

"Aku pun rasa macam tu. Aku rasa tertekan sebab tak dapat tidur. Rasa macam nak menangis pun ada."

Beverly menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Jadi air mata itu benar?"

"Itu aku tak pasti. Tapi bila aku dah mengantuk mata aku akan berair. Jadi aku gunalah kesempatan tu untuk melakonkan sandiwara aku."

Beverly menjongketkan keningnya dan terus merebahkan dirinya di atas katil. Huish..sedapnya berbaring. Malaslah nak fikir.

"Hebat kan?"

Ujar Beverly dengan anda angkuh.

Sylvyen menghembuskan nafas lega. Buat risau sahaja. Mujur. Kalau jiwa wanita yang bangkit. Habislah.

"Tapi aku agak keliru."

Beverly bersuara sambil berbaring.

"Apa?"

Sylvyen turut duduk di atas katil.

"Aku rasa aku mula jatuh hati dengan djinn tu."

Wajah Beverly serius.

Sylvyen tersentak. Biji matanya terbuntang.

"Kepala otak kau! Kau jangan Beryl! Kau jangan! Kau buat aku rasa ingin muntah!"

Sylvyen mencapai batal dan memukul-mukul tubuh Beverly! Habis bertebangan bulu-bulu pelepah itik yang dijadikan sebagai kekabu bantal.

"Oi,bodoh!Kempislah bantal aku."

Beverly merampas bantalnya.

"Kau buat aku rasa ingin muntahkan isi perut."

Sylvyen mencebik.

"Aku main-main jelah. Bodoh."

Beverly merengus. Bantal itu didakap.

"Kau bergurau tidak kena dengan tempat dan masa. Aku risau sekiranya jiwa wanita kau ambil alih jiwa sebenar kau."

Sylvyen mengeluh.

"Kau risaukan pasal diri kau tu dulu. Main-main pukul bantal macam perempuan gedik. Kalau kau berjiwa lelaki kau tak akan risau tak kena tempat."

Beverly mula membebel.

Sylvyen terdiam. Ada benar kata sahabatnya itu.

"Dahlah! Aku nak membuta jangan kacau."

Beverly terus memalingkan tubuhnya pada arah dinding.

"Baiklah. Selamat malam."

Sylvyen turut menarik selimut dan menutupi tubuhnya. Berbaring di sebelah Beverly.

Lega hati apabila taring harimau jadian berbulu putih sudah ditemui. Seterusnya perlu dapatkan sisik duyung jantan yang bewarna hitam.

 Seterusnya perlu dapatkan sisik duyung jantan yang bewarna hitam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now