062 ❃ SI HINA MENARIK DIRI

1.2K 149 26
                                    

Jiwa aku dihukum dengan penyesalan ke atas kesalahan yang tidak pernah aku lakukan.

Kelahiran aku bukanlah satu hukuman. Namun, perasaan aku dihukum oleh penderitaan kerana kelahiran aku.

Dunia ini tidak menerima aku.

Semuanya kerana aku memiliki mata yang bewarna merah.

Aku percaya suatu ketika dahulu bahawa Takdir telah tertulis bahawa dunia tidak akan menerima aku.

Dan tanggapan aku ternyata meleset.

Hanya sekelip mata sahaja. Sepantas kilat yang memancar di dada langit yang sepi, tanggapan aku berubah.

Semuanya kerana seorang wanita.

Wanita yang bernama Marira.

Aku mengintai dia di tepi jendela. Dia sedang mengutip buah-buah epal yang gugur di laman musim luruh. Sungguh lemah lembut gerak-gerinya.

Marira hidupan pertama yang menerima kehadiran aku. Manusia pertama. Wanita pertama.

Aku tersenyum kelat. Adakah ibu yang melahirkan aku menerima kewujudan aku sepertinya?

Aku tak pasti.

Ibu aku telah dijemput ajal kerana aku. Ibu aku mati kerana aku bermata merah.

Sejak saat itu menular di arus waktu, aku yakin bahawa kewujudan aku adalah sebuah musibah.

Musibah yang mengerikan.

Perpisahan roh daripada jasad ayah aku juga kerana aku memiliki mata yang bewarna merah.

Aku yang merupakan zuriat daripada kandungan jasadnya bukanlah sebuah kebahagiaan tetapi nasib malang buat mereka.

Derita ini adalah benar dan nyata.

Aku terpaksa akur.

Selain itu, aku juga tidak memiliki sebarang memori zaman kanak-kanak.

Aku membesar di rumah anak yatim Eplé. Kehadiran aku juga tidak dialu-alukan.

Aku dihina, kata mereka...

Aku diiringi kegelapan maut dan malapetaka.

Dan seandainya semua itu benar... aku juga tidak mengkehendakinya.

Aku tidak pernah meminta pada Takdir untuk menjadi bahan penghinaan buat mereka yang sempurna.

Tidak pernah.

"Marira..."

Aku tidak merenung mata wanita itu. Sungguh aku rasa tidak layak mata yang bewarna merah dibalas tatapan oleh pandangan mata indah seorang wanita.

"Fernand? Nak ke mana?"

Marira  terpinga-pinga melihat aku yang ingin mengatur langkah keluar dari kediaman itu.

Aku meneguk air liur. Suasana ini ternyata janggal.

"Saya tak nak ganggu Marira.."

Bodohnya aku. Bagaimana aku boleh terserempak dengannya saat aku ingin melangkah pergi. 

Aku tahu.. Arvius dalam perjalanan ingin datang ke sini. Aku hormati Arvius kerana dia telah membantu aku.

Lagipun aku tak nak jadi orang tengah yang mengganggu hubungan antara mereka berdua.

Arvius sangat cintakan Marira. Arvius pernah beritahu aku bahawa dia tidak dapat lupakan Marira walau sedetik.
Dia terlalu gilakan Marira. Marira sentiasa di dalam bayangan mindanya.

Aku sebagai manusia yang hina seharusnya menarik diri. Aku tidak mahu rasa menghargai akan kebaikan Marira bertukar menjadi cinta.

Lagipun mana mungkin cinta aku diterima Marira. Aku terlalu muda untuknya. Muda tujuh tahun.

Seandainya bukan kerana usiapun, ia adalah kerana aku adalah seorang yang hina. Mana mungkin aku layak menerima cinta dan kasih sayang.

'Pak!'

Fernand menepuk dahinya yang berbalut. Lelaki itu ketawa kecil saat mengenang peristiwa lalu. Duduk bersendirian di bangku taman ditemani si anjing berbaka husky bernama Dhak.

Malam yang sepi, Fernand merenung kisah lalu yang bisa bagaikan tusukan duri.

"Bodohnya aku.."

Fernand menghembuskan satu keluhan. Lelaki itu lantas merenung langit yang gelap.
Pada bibirnya terukir senyuman yang menggeletar.

Sang salju memenuhi ruang udara. Ia membeku dan perlahan-lahan jatuh di tanah Eplé.

Seandainya waktu itu mampu membeku, ia tetap akan larut ditelan dirinya sendiri. Ditelan waktu.

"Bodoh... "

Fernand meraup wajahnya dengan telapak tangan yang tetketar-ketar.

"Bodohnya aku...."

Air matanya perlahan-lahan gugur. Perasaan hiba dan sebak tidak mampu dibendung lagi.

"Maafkan aku Marira... aku tak patut tinggalkan kau ketika tu..aku tak patut tolak perlawaan kau.." 

Fernand menarik nafas hiba. Terasa sebak di dada semakin menggila.

Lelaki itu hanya kekal merenung peristiwa lalu setia ditemani Dhak di sisinya.

Gugurnya titisan air mata seiring dengan salji yang gugur.

"Alahai Fernand..awak nak pergi macam tu ke? Saya baru nak ajak awak bantu untuk persiapan perkahwinan saya."

Tanpa menoleh aku terus berlalu pergi. Aku dapat rasakan air mata Marira bertakung di gigi mata dan perlahan-lahan tertumpah.

"Sampai hati........"

Maafkan aku Marira, aku yang hina hanya layak untuk menarik diri dan memencilkan diri.

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now