011 ❃ COKLAT DAN DADAH

2.1K 256 21
                                    

Aroma asap meliuk-meliuk diudara sebaik sahaja air panas dituangkan ke dalam dua cawan. Bau coklat sungguh mempesonakan. Kandungan coklatnya amat pekat. Enam ketul Marshmallow diletakkan ke dalam setiap cawan. Ia kemudian dilitupi dengan krim putar. Akhir sekali dihiasi dengan krim karamel.

Pahit manis yang sebati. Inilah kehidupan sebenar.

Siap!

Tiba masa untuk hidangkan kepada mereka!

🍫


Mereka berdua memerhati sekeliling. Kagum dengan kekemasan kafeteria tersebut.

Namun, mereka berdua kelihatan resah. Amat resah.

"Hachiu!!"

Si gadis musang tiba-tiba terbersin. Comel bunyinya. Dia menekup hidung dengan kedua tapak tangan. Si lelaki bingkas memegang belakang kepalanya.

"Eilya.Kenapa ni.?"

Tanya lelaki itu.

"Bau ni.Saya tak boleh tahan.Pening-pening."

Eilya mengadu pening kepala. Ya, si gadis musang berekor lapan itu bernama Eilya.

"Kita keluar dari sini.This place is one hell of the kind..Chocolate hell."

Tidak kurang juga dengan gadis itu. Dia juga tidak suka pada bau coklat. Rimas! Menusuk hidung. Pantas dia mendukung Eilya seraya mengorak langkah untuk beredar dari kafeteria itu.

"Eh? Awak berdua nak ke mana? Minumlah dulu."

Selwyn berkerut seribu. Tak akan nak pergi macam tu sahaja?

Selwyh meletakkan dua cawan coklat panas di atas meja.

Mereka berdua tersenyum kelat.
Selwyn juga begitu.  Tersenyum kelat. Tidak faham dengan apa yang mereka lalui. Namun si lelaki itu seolah-olah sudah tidak mampu bertahan lagi

Tapi kenapa?! Selwyn tidak faham!

Adakah kafeterianya begitu kotor?

Tak.. Bukan....

Coklat panas yang terisi dalam gelas kaca lelaki itu perhatikan lama. Gadis musang yang disikutnya diturunkan perlahan.

Wap putih berkepul naik ke udara. Eilya pula menelan air liur di sebelah lelaki perkasa itu. Selwyn tersenyum manis memandang mereka berdua.

"Minumlah....Coklat tu masih panas lagi."

Selwyn mempelawakan pelanggan dari dunia lain itu.

Lelaki itu menggosok lehernya. Kelihatan resah. Ada sesuatu yang kurang enak untuk disuarakan.

"Hurmm, Selwyn..aku.."

"Kenapa? Coklat tu tak cukup lazat?"

Selwyn berdebar. Kenapa agaknya?

"No...no...It just...Chocolate is not my kind of food...In fact, i hate it...So fucking much..."

Dia berkata tanpa berselindung.

Riak muka Selwyn terus berubah mendengar kata-kata lelaki itu. Apahal dia berbahasa purba ni? Selwyn tidak faham langsung.

Kenapa ya? Kenapa?! Tapi agaknya.

Dia memang tak nak minum? Ataupun dia malu? Ya,lah kan? Seorang pahlawan mana akan minum benda-benda manis berkrim ni. Jatuhlah ego kepahlawanannya.

Selwyn membuat andaian bodoh.

"Oh...Maaf-maaf."

Dia bingkas mengangkat dua cawan coklat panas dan membawanya ke dapur. Sah mereka tak suka! Kalau mereka suka pasti mereka akan hentikan pergerakkan Selwyn.

🍫

"Abang ni...Kesian dekat dia. Selwyn tu nampak baik orangnya. Susah payah dia sediakan coklat tu untuk kita."

Eilya berbisik halus di telinga.

Lelaki itu menggosok kepalanya. Entahlah. Rasa serba salah pula.

"Habis? Kita mana makan benda alah tu. You're a fox, Eilya and I'm a wolf. We're canine. Canine doesn't eat those things."

Lelaki itu membalas dengan nada ragu-ragu.

Gadis musang itu mendiamkan diri.
Ada benar kata lelaki itu.

Buat keluarga anjing, serigala, musang dan seumpama. Coklat adalah sesuatu yang tidak harus diambil.

Ia ibarat dadah. Coklat boleh meragut nyawa mereka. Ia merupakan satu perbuatan kejam dan tidak harus dimaafkan sekiranya berikan coklat kepada mereka.

🍫

NOTA PENULIS :

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.

NOTA PENULIS :

Please do not give chocolate to any kind of animals. They don't deserve to suffer.  Especially dogs, cats, and horses etc. Respect them!

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα