088 ❃ ROH MARIRA DISERU

845 122 13
                                    

*Sila dengar soundtrack di atas untuk lebih penghayatan dan sila baca dengan tenang. Love author*

🍎

Fernand melangkah menuju ke dunia malam. Setiap langkahnya diiringi dengan dengan kabus putih.

Pandangan mata merahnya hanya redup sahaja. Inilah saat yang dinantikannya.

Marira.... Kau tak tau betapa aku ingin mendakap tubuh kau. Betapa aku ingin menangis dalam dakapan kau. Aku sedar aku bukan sesiapa.

Maafkan aku kerana terpaksa menyeru roh kau..

🍎

Dhak terkebil-kebil. Terjaga dari tidur yang lena. Pantas Dhak berdiri. Telinganya bergerak-gerak. Ekor gebunya meliuk-liuk. Sudah berapa lama dia tertidur?

Dhak berkerut.

Kabus? Kawasan medan sihir sudah mula diiringi kabus putih. Kabus yang datang dari Fernand. Ya, Fernand sudah menghampiri.

"Dhak..."

Fernand tiba-tiba berdiri di belakang Dhak.

"Tuan?!"

Dhak tersenyum.

Telapak tangan Fernand menyentuh kepala Dhak. Senyuman kelat terukir.

Senyuman Dhak serta merta kendur.

"Kenapa tuan?"

"Dhak..."

Suara Fernand tenggelam.

Dhak hanya sekadar terkebil-kebil merenung wajah Fernand.

"Tuan? Kenapa ni?"

"Berpuluh tahun aku tunggu saat ni...dan sekarang...aku takut.."

"Tuan takut?"

"Aku takut nak seru Marira..."

"Tak tuan! Jangan! Tuan tak boleh takut! Tuan mesti berdepan dengan Marira!"

Dhak mengalihkan tangan Fernand dari kepalanya. Tangan tuan pewarisnya digenggam kuat. Kabus putih semakin memenuhi kawasan tersebut.

"Marira...."

"Tuan jangan risau! Marira sayangkan tuan...Marira pasti akan maafkan tuan..

"Aku risau kalau Marira akan terseksa sebaik sahaja aku seru dia..."

"Tuan...tuan bukan suka-suka nak seru Marira kan? Semua sengsara tuan akan berakhir. Semuanya akan berakhir nanti. "

Fernand memejamkan matanya. Cuba untuk menenangkan dirinya. Air liur ditelan

"Tuan...saya berusaha melindungi medan sihir ni daripada  burung harpyja dan penyangak. Tengok ni!"

Dhak menyelak kerudungnya. Kesan balutan luka pada tubuhnya kelihatan.

Fernand tertawa.

"Mana kau dapat pembalut tu?"

"Penyangak tadi bagi."

Tulus Dhak memberitahu.

Fernand tertawa lagi sekali. Kepalanya digelengkan.

"Kau nak beritahu aku penyangak yang cuba nak cederakan kau bagi kau kain pembalut?"

Sangka Fernand Dhak cuba membesar-besarkan cerita supaya Fernand menghargai pengorbanannya dan tidak mensia-siakannya.

"Ya...saya tak tipu."

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now