169 ❃ JELMAAN JIWA YANG DIHERET KELUAR

692 101 10
                                    

Ribut salji rancak memenuhi ruang udara di langit malam dunia Ghais Lavanark. Pandangan mata biru Arvius menyinga merenung ruang yang gelap semata. Bersembunyi di dalam sebuah kediaman terbiar. Duduk di atas kerusi membatu.

Tiada sebarang bunyi yang kedengaran. Yang cuma kedengaran hanyalah bunyi ribut salji yang mengaum kuat bergema di ruang udara. Sekaligus menyembunyikan bunyi nafas geram lelaki yang berada di dalam jasad bangkai busuk yang berulat.

"Tu-tuan...tengkuk saya lenguhlah...."

Di sebalik kegelapan kedengaran rintih suara seorang gadis yang menahan sakit.

Lamunan Arvius terganggu. Lelaki itu kemudian merenung hujung kakinya dengan penuh rasa benci dan meluat.

Seorang gadis berkeredung kelihatan tertunduk di atas lantai kayu menjadikan tengkuknya sebagai bangku tempat menalaskan kaki Arvius. Kedua tangannya mengigil menampung tubuhnya yang dalam posisi merangkak sejak beberapa jam yang lalu. Keringat tidak henti-henti menitis walau berada di persekitaran diselubungi ribut salji. Kedua lutut dan telapak tangan terasa begitu kebas menekan lantai.

Arvius perlahan-lahan menurunkan kedua kakinya yang diletakkan di atas tengkuk gadis itu.

Si gadis terus rebah di atas lantai sambil mengusap belakang tengkuk. Sakit terasa yang amat. Terasa macam nak patah tengkuknya.

"Kau seakan-akan tak berguna pada aku."

Arvius berdiri dari kerusi kayu buruk. Telapak kakinya kemudian dilekapkan pada kepala gadis itu.

"Tu-tuan..jangan..jangan hapuskan saya. Saya merayu.."

Si gadis merayu. Tangannya terketar-ketar memegang kaki kotor Arvius yang memijak kepalanya.

Si lelaki durjana hanya sekadar merenung kosong gadis yang berada di bawah telapak kakinya.

Gadis tersebut hakikatnya merupakan jiwa yang dilahirkan dari dimensi dunia sumpahan. Yang tercipta secara tidak sengaja atas perbuatan permainan sihir larangan yang entah siapa lakukan di dunia nyata.

Arvius telah mengheretnya keluar secara paksa ke dunia Ghais Lanark dengan berharap jiwa tersebut dapat digunakan untuk memudahkan kerjanya. Namun, malangnya jiwa gadis yang bangkit ini hanyalah jiwa biasa yang tidak mempunyai sebarang kuasa. Ia hanyalah jiwa seorang gadis semata.

"Bodoh. Kau adalah ciptaan jiwa yang bodoh."

Arvius berbisik dalam nada geram.

Seketika kemudian, kamar usang itu tiba-tiba dipenuhi pula dengan kabus bayangan hitam. Muncul pula bayangan seorang gadis kecil tidak berpakaian walau seurat benang mencangkung di hadapan Arvius.

Arvius tersenyum. Gembira melihat kepulangan makhluk tersebut.

"Selamat kembali wahai jiwa jelmaan suara."

Arvius mengucap kata laluan menyambut kepulangan jiwa tersebut.

Bayangan gadis tidak berpakaian tertawa dengan suara serak yang tersangkut-sangkut. Dirinya juga merupakan jiwa yang dilahirkan di dunia sumpahan atas permainan sihir larangan di dunia nyata sama seperti gadis berkerudung tadi. Jiwa kegelapan suara ini terbangkit kerana suatu ketika dahulu seorang gadis bisu telah gunakan sihir larangan untuk memiliki suara. Dalam erti kata lain ia merupakan jelmaan suara yang diseru oleh kuasa sihir larangan.

"Aku berjaya kelirukan lelaki tu dengan suara kekasihnya."

Jelmaan jiwa suara tertawa.

Berbeza dengan gadis berkerudung yang telah dijadikan bangku alas kaki Arvius, jelmaan jiwa suara memiliki kuasa untuk meniru suara seseorang.

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now