170 ❃ SUSUK TUBUH BERKERUDUNG LUSUH

777 112 19
                                    

Ribut salji kian reda. Beryl Yyscadtobleron menghembuskan kepulan asap keluar dari hujung bibir dan juga dari dua rongga pernafasannya.

Pemilik bar di Eplé duduk di birai katil. Pandangan matanya merenung pendiang api.

Lelaki berambut merah akhirnya berpeluang untuk berehat di kediamannya sendiri sementara Sylvan sibuk mengkaji rekod jenayah lelaki bermata merah. Fernand.

Beberapa hari sudah berlalu sejak peristiwa Beryl mengugut si anjing jadian bagi mendedahkan rahsia tuan pewarisnya.

Fernand percaya bahawa dirinya disumpah kerana memiliki mata yang bewarna merah.

Sumpahan mata merah.

Adakah ia benar-benar wujud?

Mata merah...mata merah... mata merah...

Sumpahan mata merah. Siapa yang bicarakan bahawa
memiliki mata yang bewarna merah itu adalah satu dosa?

Siapa yang suarakan bahawa memiliki mata yang bewarna merah itu adalah ibarat menuai musibah.

Siapa yang kata bahawa memiliki mata yang bewarna merah itu adalah layak di hina?

Siapa?

Apa salahnya sekiranya dia memiliki mata yang bewarna merah?

Asap cerut dihembuskan. Pandangan mata lelaki itu kekal merenung pendiang api. Meliuk-liuk cahaya merah mengikut rentak sepi di waktu malam.

Grisha.

Wajah si gadis bunian mula bermain di dalam minda lelaki itu. Si bunian yang memiliki mata mata merah yang menawan.

Apabila berbicara tentang mata merah, tiada lain lagi di minda lelaki itu selain daripada memikirkan tentang wanita bunian itu.

Tak masuk akal betul.

Beryl menghembuskan keluhan. Banyak-banyak betina tersangkut dengan betina bunian pulak. Bini orang pulak tu. Bukan sebarang orang. Sahabat sendiri.

Gila.

Puntung cerut dicacakkan di dalam tempat abu cerut. Lelaki itu kemudian berdiri dan berjalan menghampiri pendiang api. Tangannya menyeluk ke dalam saku kot musim sejuk.  Satu kotak kecil ditarik keluar. Sebatang cerut dikeluarkan dari kotak tersebut.

"Serabut kepala otak fikir pasal betina ni."

Beryl melangkah menghampiri pendiang api. Lelaki itu mencangkung di hadapan bara api yang menghangatkan ruang kamarnya. Hujung cerut dinyalakan melalui pendiang api.

Entah berapa puluh batang cerut habis dilapah lelaki itu.
Semuanya kerana galau yang datang singgah secara tiba-tiba.

Bukan tiba-tiba namun ia hadir kerana nasihat dan amaran daripada sahabatnya, Selwyn Hourve.

💙

"Beryl..."

Selwyn menyentuh bahu Beryl  sebelum lelaki itu melangkah keluar dari pintu kafeteria Dulchiehourve.

Beryl hanya sekadar menjongketkan keningnya. Apahal Selwyn ni?

"Kau dah batalkan?"

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now