168 ❃ SELAK TEPI KAIN

673 92 18
                                    

Flora terkebil-kebil.

Terkedu.

Aishhh! Kenapa Ignace boleh tanya macam tu! Tak bersyukur langsung! Ini biadab namanya. Flora dah jumpa barang peninggalan kekasihnya yang curang tu dah cukup baik dah.  Gamak Ignace tanya dia ada buka ke tidak? Tak patut betul!

Tapi nak buat macam mana? Dia dah tanya kan? Terpaksalah jawab.

"Taklah. Mana ada."

Si gadis terkebil-kebil. Pura-pura terkebil hakikatnya. Flora berdusta.

"Oh, baguslah macam tu."

Ignace kembali melemparkan pandangan mata ke luar jendela. Dagunya ditongkatkan.

"Kenapa kau fikir macam tu pulak?"

Tanya Flora. Haha.. pura-pura tak tau pulak.

"Punya kau sibuk nak korek hal peribadi aku tak akan lah kau tak bukak kan?"

Jawab Ignace tanpa berlapik.

Urgh.. Bicara lelaki ini sungguh tajam dan berbisa. Bagaikan ditusuk panah beracun pada jantung gadis itu. Tepat dan dalam tertusuk pada kalbunya. Bahkan, rasa bisa beracun turut mengalir di dalam saluran darahnya. 

Celaka kau Ignace. Cakap main lepas je.

"Ei! Tolong sikit ya! Aku memang suka jaga tepi kain orang! Tapi tak adalah  sampai gamak nak selak kain orang!"

Ujar Flora geram! Tinggi kedengaran suaranya. Kononnya marah dituduh tapi hakikatnya marah kerana kejahatannya seolah-olah diketahui.

"Apa ni? Cerita selak-selak kain ni? Kau tu perempuan. Tak malu ke?"

Ignace tertawa sinis.

Flora terkedu. Wajahnya mula merah padam. Tak guna!

"Yang nak marah-marah ni kenapa? Aku tanya elok-elok kan?"

Ignace merengus. Sempat dia menjeling meluat sebelum kembali merenung pemandangan indah bersalji di luar.

Flora mencebik. Ada benar kata lelaki itu. Habis dah madah bicara nak patahkan hujah Ignace. Dah memang salah pun. Inilah akibatnya menipu.  Menipu nak menyembunyikan kejahatan.

Baling batu sembunyi tangan. Itu perbuatan yang paling kejam.

Flora hanya sekadar merenung cawannya yang kosong. Menyesal terasa. Menyesal sibuk jaga tepi kain orang.

Banyak kali dah mak dia pesan. Kalau jumpa orang jangan tanya umur. Risau sekiranya ketika usianya itu dirinya masih belum mencapai matlamat hidup. Jangan tanya status orang, dah perpunya ke belum. Risau sekiranya baru bercerai atau berpisah. Heheh.. Itulah yang baru dia lakukan.

Erghhh... lagi? Apa lagi yang maknya pesan? Jangan tanya orang, anak berapa. Kalau anaknya dah mati? Tidakkah soalan sedemikian menyinggung perasaan.

Yang penting jangan jaga tepi kain orang!

Habis tu nak tanya apa je? Jawab mak Flora, tanya khabar sudah memadai.
Apa khabar? Itu sahaja. Apa yang dia jawab itulah yang kau sumbat dalam telinga lubang telinga kau. Itulah yang mak Flora ajar.  Tapi segala nasihat itu hanyalah bagaikan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

Flora mengeluh. Janggalnya. Suasanya sepi ini sungguh tidak seronok. Apa nak buat? Mungkin dirinya patut minta maaf pada Ignace atas sikapnya yang tidak matang dan ucapkan terima kasih kerana telah belanjanya minum. Akhirnya, terus beredar.

Flora menghembuskan keluhan. Ya, dia patut lakukan sekarang sebelum keadaan bertukar keruh.

"Ig-"

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now