109 ❃ SERPIHAN KUKU BANSHEE

736 109 49
                                    

"Ah jangan!"

Beryl menyilangkan kedua tangannya menutup wajahnya.

Tiba-tiba terasa ngilu yang luar biasa sekiranya pisaunya terkorek perut jembalang burung itu.

Dirinya cuma nak sehelai pelepah dan tak akanlah kerana sehelai pelepah tu perlu membunuh seorang ibu?

Kalau terkeluar anaknya macam mana?

Jeritan jembalang burung terus bergema di ruang udara. Beryl berusaha menahan dengan lengannya. Terasa bisa yang luar biasa apabila terkena cakaran taji burung itu.

Dalam masa yang sama dahi Sylvan tiba-tiba berkerut seribu merenung tanah yang bersalji.

Di tepi kakinya terdapat beberapa helai pelepah burung? Sylvan kutip sehelai dan merenung pelepah tersebut. Warnanya sama seperti kepak burung harpyja yang sedang menyerang Beryl.

Maksudnya? Pelepah harpyja bunting sudah berjaya berada di dalam tangannya.

Biji mata Sylvan terbuntang bersama senyuman! Dalam erti kata lain, Beryl hanya bertindak bodoh dengan cadangan untuk megalihkan perhatian ibu jembalang yang bunting. Padahal pelepah boleh dapat di hujung kaki sahaja.

"Beryl! Aku sudah dapatkan pelepah!"

Sylvan melaung sekuat hati sambil menjulang pelepah.

Untuk seketika harpyja itu berhenti menyerang Beryl. Pandangan matanya beralih pada Sylvan.

Jembalang tersebut cuba beralih sasaran. Sangkanya Beryl adalah sasaran yang lemah.

Di kesempatan itu, Beryl mengambil kesempatan untuk menghentak satu tumbukkan pada wajah burung itu!

Tersungkur jatuh burung itu di atas tanah bersalji!

"Lari!!!"

Beryl menjerit sekuat hati.

🍎

Nafas Arvius tersekat-sekat. Jantungnya berdegup lemah. Terperangkap di sebalik bayangan debu genma.

Celaka kepada siapa yang telah menjadikan dirinya begini. Berusaha dia cuba makan roh mereka yang bernyawa dengan niat untuk memulihkan jasad berbangkainya kepada asal.

Arvius berdendam.

Dirinya nekad ingin membunuh mereka yang mampu menumpaskan dirinya. Peluru yang telah menyerang dirinya bukanlah peluru biasa.

Siapa? Siapa yang mampu menghasilkan peluru yang begitu berkesan terhadap dirinya?

Lelaki berambut emas itu.

Kini matlamatnya berubah sasaran. Hapuskan lelaki itu.

Sebaik sahaja dirinya terlepas daripada jerat bayangan genma ini, dirinya akan terus memburu lelaki itu dan membunuhnya.

Setelah itu,barulah Arvius nekad mencari mangsa untuk memulihkan jasadnya yang sudah hancur.
Beberapa roh perlu dimakan demi kembalikan dirinya kepada asal.

Setelah dirinya berjaya kembalikan jasad yang cantik dan sihat maka bermulalah misi utamanya.

Menghidupkan semula Marira.

Satu nyawa akan dijadikan tukar ganti.

🍎

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now