135 ❃ MENGUMPAN IGNACE RAINAULT

697 108 32
                                    

Beverly dan Sylyen kedua-duanya merenung kertas iklan tentang Festival Duyung yang dianjurkan di Kerajaan Uldorin.

"Esok merupakan hari terakhir kan? Aku tak peduli hari ini juga kita perlu pergi!"

Sylvyen berkobar-kobar.

"Naik kereta api sekejap je ni. Jum bertolak sekarang."

Beverly meramas kertas itu dan melemparkan di udara. Mujur Kerajaan Uldorin berhampiran dengan Daerah Eplé.

Kira-kira sejam ke dua jam perjalanan dengan kereta api.

"Ada apa-apa nak dibawa? Bar sudah dikunci dengan rapi?"

Sylvyen bertanya sebagai langkah berjaga-jaga.

"Dah. Kau nak cider? Boleh lah teguk-teguk dalam perjalanan nanti."

Beverly bertanya seraya melangkah pulang ke barnya.

"Aku mahu dua botol!"

Ujar Sylvyen riang.

Saat mereka hampir tiba di hadapan pintu Bar Kecil Yyscadtobleron tiba-tiba kelihatan susuk seorang lelaki berdiri di hadapan pintu bar tersebut,

"Ignace?!"

Sylvyen dan Beverly tersentak!

Kepala otaklah! Malulah kalau Ignace tengok keadaan mereka macam ni!

Sylvyen dan Beverly berpandangan sesama sendiri.

"Apa kita harus buat?"

Sylvyen mula terasa berdebar. Berpeluh menahan cemas.

"Tak apa. Aku ada rancangan."

Beverly mula melangkah menghampiri Ignace,

"Aku tidak pernah percaya dengan rancangan kau."

Sylvyen menarik tangan Beverly dan berbisik dalam nada geram.

"Ada sesuatu yang menarik tentang Ignace."

Beveryl menarik tangannya. Kening dijongketkan. Gadis berambut merah tersenyum sinis pada Sylvyen.

"Apa maksud kau?"

Sylvyen terpinga-pinga.

"Ingat tak apa aku cerita dekat kau hari tu? Inilah masanya untuk korek rahsia Ignace."

Oh,gadis berambut merah sentiasa dengan idea liciknya.

"Oh, baiklah. Kalau macam tu aku setuju."

Sylvyen mengangguk dan turut tersenyum sinis. Buat masa ni berharap sahajalah.

"Alang-alang tu kita gunakanlah dia."

"Setuju!"

🍎

"Bar terkunci lagi nampaknya."

Pemuda berambut emes menghembuskan keluhan.

Ignace mengusap dagunya sambil merenung pintu Bar Kecil Yyscadtobleron.

Beryl tak ada ke? Sudah lama Ignace berdiri terpacak di hadapan pintu ini. Bila mereka akan munculkan diri? Terasa ganjil pula. Ataupun mereka berada di ibu pejabat Rosamund? Atapun mereka berada di luar kawasan Eplé?

Di mana mereka? Ada sesuatu yang mustahak harus diberitahu.

Mungkin Ignace patut tengok mereka di ibu pejabat Rosamund dulu.

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now