103 ❃ SEKIRANYA SYLVAN MATI

857 118 77
                                    

"Apa?! Kau sudah behari-hari tidak pulang ke Rosamund adalah kerana kecuaian kau sendiri?!"

Grisha membuntangkan biji mata merahnya merenung Sylvan yang bersandar pada katil Beryl.

"Shhhhhhhh....... Perlahankan suara kau Grisha. Aku tidak mahu Glen tahu semua ini. Tercalarlah maruah aku. Oh, dan jangan beritahu perihal ini kepada kekanda Firth juga."

Sylvan meletakkan jari telunjuknya pada bibir.

"Dan kau mabuk dengan teruk?! Sehinggakan perut kau tertikam sebegini dahsyat?!"

Berkerut seribu Grisha merenung perut Sylvan yang berbalut.

"Salahkan Beryl."

Sylvan menyilangkan tangan pada dada dan tersenyum sinis pada Beryl.

"Kenapa aku pulak?"

Beryl menyandarkan bahunya pada bingkai pintu.

"Kau berikan aku wine merah."

"Kau berikan dia wine merah?"

Grisha menjeling Beryl.

"Kau tak payahlah minum. Apa masalah kau?"

Beryl memutarkan bola matanya.

"Kau suruh aku minum. Jadi aku minumlah."

"Kau minum dengan rela. Itu pilihan kau."

"Aku tidak minum dengan rela. Kau paksa aku."

"Aku paksa sebab kau kalah pertaruhan."

"Jadi ia sememangnya salah kau. Kau paksa aku."

"Kau boleh tolak paksaan aku."

"Kau paksa. Bagaimana aku boleh tolak paksaan kau?"

"Kau nak kata kau terpaksa?"

"Ya, kerana kau telah memaksa maka aku terpaksa."

"Jadi kau nak kata segala apa yang aku paksa, kau akan  terpaksa lakukan?"

Beryl menjongketkan keningnya.

"Ya, begitulah."

"Kau tak akan tolak paksaan aku?"

"Bagaimana aku boleh tolak paksaan kau?"

"Kalau macam tu, jum. Aku nak paksa kau minum air kencing aku."

"BERHENTI!! Perbualan apa ni!!"

Grisha mengherdik. Terasa panas telinga runcingnya mendengar perbualan Sylvan dan Beryl.

Beryl dan Sylvan terdiam sejenak.

"Senyaplah Grisha. Kau bising."

"Senyap?! Kau suruh aku senyap?! Aku risau menanti kepul--"

"Shhh...Tolong senyap."

Sylvan meletakkan jari telunjuknya pada bibir Grisha.

Grisha terdiam. Rona pada pipinya mula kemerahan.

Beryl memutarkan bola matanya.

Opps... merecik sedikit api cemburu. Eh, sekejap. Kau tak boleh cemburu Beryl. Kau tak ada hak.

"Aku tak sangka sebagai seorang sababat kau risaukan aku."

Perlahan-lahan tangannya menyentuh dagu Grisha.

"Ataupun ini dikatakan kerisauan pasangan kekasih?"

Sylvan menjongketkan keningnya sambil tersenyum sinis.
Sengaja mengusik Grisha.

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora