031 ❃ GOSIP PARA ROSAMUND

1.5K 184 17
                                    


Sylvan melangkah dengan lemahnya. Tak sangka budak yang hilang itu telah berjaya dijumpai. Mengkagumkan! Kebiasaannya mereka yang hilang akan dijumpai beberapa hari lamanya. Kadang-kadang makan masa sehingga berminggu. Kalau nasib tak baik mungkin berbulan. Kebiasaannya mesti sudah terlambat.

Tapi, kali ini budak yang hilang itu berjaya dijumpai dalam masa 24 jam. Sebenarnya dia tidak diculik pun. Budak malang itu terjatuh ke dalam lubang disekitar ladang epal . Tubuh gempalnya tersekat dan tak boleh keluar . Bertuah betul.

Proses mencarinya agak susah. Maklumlah budak tu dalam tanah. Yang mencarinya di atas. Proses pencarian tamat sehinggalah kawan budak itu datang. Dia serba salah sebenarnya kerana dialah yang telah menolak mangsa jatuh ke dalam lubang semalam. Datangnya ke situ untuk membantu. Tetapi...dia lupa dimana kawannya tersumbat. Sekali lagi proses mencari bermula dari titik awal.

Setelah berjam-jam mencari akhirnya budak itu sudah pun jumpa. Dia benar-benar tersumbat. Bukan main payah menarik dia keluar! Tembam pula tu. Mujurlah Sylvan ada membawa beberapa anak buah. Jika tidak patahlah pinggang bunian itu menarik budak gempal itu.

Yang baiknya, ibu kepada si budak gempal itu telah mempelawa Sylvan untuk merasai souffle coklat. Sejenis hidangan coklat yang kaya dengan kandungan mentega dan telur. Katanya anaknya sukakan souffle coklat yang dibuat  Selwyn. Ya, pelanggan tetap Selwyn. Hari-hari souffle coklat. Mana tak debabkan?

Apa-apapun....

Misi sudah pun tamat. Dengan lemahnya dia melangkah ke pejabat Rosamund. Dia perlu siapkan sedikit laporan semalam dan hantar ke unit atasan. Sudahlah laporan-laporan tugasan lalu ditundakan. Sedikit sahaja lagi laporan itu selesai dia boleh balik dan lepak di bar Beryl malam nanti!

Ah, berfikir mengenai Beryl, bagaimana agaknya pertemuannya dengan Grisha? Mesti menarik kan?

Sambil tersengih dia membuka pintu utama. Disebalik pintu itu kesemua ahli Rosamund yang melakukan kerja segera berhenti memerhatikan Sylvan. Malah ada yang tersenyum kelat. Dengan itu Sylvan dilanda tanda tanya. 

"Ada apa-apa masalah?"

Seorang lelaki menghampirinya. 

"Tuan..." 

Suaranya teragak-agak kedengaran. Dia tak mahu dimarahi oleh Sylvan. 

"Awal petang tadi ada seorang gadis bunian-"

"Grisha!" 

Cepat Sylvan memintas. Saat itu wajahnya yang lembut bertukar bengis. Kedua-dua tangannya memegang bahu lelaki itu lantas membenamkan kuku panjangnya. Adakah sesuatu terjadi pada Grisha? Lelaki malang itu menahan sakit takala kuku bunian itu dibenamkan ke dagingnya.

"Tuan, gadis bunian itu tunggu di pejabat Tuan..."

"Oh..." 

Cengkamannya dilepaskan. 

"Kenapa tak beritahu awal-awal dan kenapa mesti buat muka begitu?" 

Sylvan bersuara sambil tersenyum. Raut wajahnya kembali lembut. Usai berkata demikian langkahnya laju menuju ke pejabatnya. Mereka yang lain hanya perhatikan sahaja dari jauh.

"Kan aku dah kata Tuan Sylvan tak akan marah." 

Salah seorang daripada mereka bersuara.

"Tapi kan aku teringin nak dengar Tuan Sylvan melenting. Sekali pun cukuplah."

"Hei, mulut jangan bawa sial." 

Suara seseorang dengan dingin. 

"Sakit tak cengkaman Tuan Sylvan?"

"Cengkaman dia.. sakitlah..." 

"Mestilah sakit. Kuku dia panjang..." 

Sampuk pula seorang gadis. 

"Eh, nak tahulah. Siapa perempuan itu?" 

Nampaknya sudah bermulalah sesi gosip. Ia merupakan lumrah. Ahli Rosamund juga tak terkecuali. Baik lelaki mahupun perempuan.

"Entah...aku rasa adiknya ataupun kakaknya?" 

Seseorang membuat andaian.

"Mana boleh! Muka tak seiraslah!" 

Seorang ahli Rosamund pula membidas.

"Bolehlah. Mungkin mereka adik beradik tiri." 

Adik beradik tiri merupakan perkara biasa untuk golongan bunian. Mana tidaknya. Si ayah buat bangsa bunian layak memiliki pasangan yang lebih daripada satu. Nak pasang 2? Pasang 4? Pasang 6? Tak menjadi masalah.

Lagipun jangka hayat buniankan panjang?

"Betul gak tu..." 

Seorang Rosamund menyokongnya.

"Oh! Oh! Oh! Atau pun pasangan Tuan Sylvan!" 

Satu lagi andaian dikemukakan oleh seseorang.

"Pasangan Tuan Sylvan!? Tolonglah! Perempuan tu ganas. Tuan Sylvan baik. Cik Nymph paling sesuai!" 

Cadangan itu dibidas yang turut disertakan dengan alasan yang kukuh.

"Kau lupa yang bunian boleh berpoligami? Tuan Sylvan pasti tak akan terkecuali..." 

Satu lagi fakta yang membantu cadangan tadi. Malah ia semakin rancak.

Dengan itu semakin rancaklah sesi bergosip ahli Rosamund.

SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now