012 ❃ SETIA SEEKOR ANJING

2.3K 262 44
                                    

Malam

Terkebil-kebil biji mata Dhak melihat para pelanggan yang berada di dalam bar Beryl.

Gila?! Mereka membuat sepah?! Botol-botol arak bersepah-sepah di atas lantai. Alas meja sudah bertukar warna. Ergh! Jijiknya! Meja sudah senget-benget. Kedudukan meja suka hati bertukar tempat dan arah. Tidak kurang juga dengan kerusi yang terbalik sana dan sini.

Dan Beryl pula sedang buat apa?!

Dhak melirikkan matanya pada Beryl.

Erk? Menggilap gelas?

Dhak menelan air liurnya. Tadi bukan main kemas dan bersih bar ini. Sekarang terlalu bersepah. Bising pulak tu?!

Tak. tak. tak. Dhak menggeleng-gelengkan kepalanya. Tangannya menggenggam kerudung yang menutupi wajahnya. Undur setapak kebelakang.

Matanya yang bewarna hazel itu melirik pada arah Beryl. Bagus, khusyuk penyangak berambut merah ini menggilap.

Mungkin inilah masa yang sesuai. Masa untuk apa? Masa untuk lari.

💙

"Baiklah, maknanya sekarang kau tak mampu nak bayar?"

Uish. Dhak tak sanggup bertentang mata dengan lelaki ni. Tajam dan garang. Rasa macam nak nangis.

"Itulah, siapa suruh kau cederakan Geniver.Tengok! Beryl sudah marah."

Sylvan menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Kalau tak boleh bayar tak apa."

Beryl masih merenung tajam Dhak.

"Oh?! Betul ke tuan? Terima kasih!"

Hati Dhak berbunga! Tak sangka baik juga penyangak ini!

"Sama-sama."

Beryl menjongketkan keningnya. Tulus dan suci budak ini. Bisik hati Beryl.

"Kalau macam tu, saya minta diri dulu."
Dhak terus berlalu.

"Tapi Beryl belum habis cakap."

Sylvan menahan Dhak. Bahu Dhak digenggam.

"Kau ingat aku nak lepaskan kau macam tu je?"

Beryl pula degan selamba menarik lengan Dhak dengan kasar sehinggakan tubuhnya turut terangkat. Dhak ditolak kasar ke dalam bar kecil Yyscadtobleron. Oh,ya Dhak ni kecil sahaja orangnya. Comel dan genit.

"Sakittttt..."

Dhak mengaduh sakit seraya punggungnya terhentak di atas lantai.

Sylvan hanya tersengeh seperti kerang busuk. Kasihan pula lihat Dhak.

"Kau tengok keliling."

Beryl memberi arahan kepada Dhak.

Mata coklat Dhak memerhatikan keliling. Kerusi meja tersusun rapi. Lantai bersih,licin dan berkilat. Wah, tak sangka tempat ini bersih dan cantik.

"Sebagai ganti rugi aku nak kau bersihkan seluruh kawasan ni."

Beryl memberi arahan.

Dhak berkerut. Bersihkan? Bersihkan apa lagi. Bukankah sudah bersih?

Sylvan sudah ketawa. Habislah Dhak.

"Maksudnya? Bersihkan bahagian mana?"

Mata Dhak melilau. Rasanya seluruh kawasan sudah bersihkan?

"Bukan sekarang. Tetapi menjelang pagi buta esok."

Beryl tersenyum sinis.

🍻

Baiklah. Dhak sudah faham maksudnya sekarang. Sangat faham! Dan Dhak ingin melarikan dirinya. Gila nak kemas?! Nak mampus?

Oh, tidak! Tidak cukupkah dengan misisnya yang ingin membawa gadis luar biasa pulang kepada tuannya?!


Perlahan-lahan Dhak melangkah tanpa bunyi.

Yay! Dapat melarikan dirinya!!!!

Dapat lari ke?!

Kononlah....

Beryl memijak ekor gebu dan mulusnya yang bewarna coklat itu.

Dhak tersentak lantas menggigit bibirnya. Habislah ekornya yang melengkung. Pasti bengkok!

"Aku belum pernah jumpa anjing yang tak setia..."

Ujar Beryl dingin.

Ujar Beryl dingin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now