004 ❃ SEHINA BERUANG COKLAT

2.5K 279 18
                                    

"Monica.....biar saya jelaskan maksud sindiran tadi." 

Selwyn terus bangun dari duduknya.

Monica terkedu. Dia dapat rasakan bahawa Selwyn akan mengeluarkan kata-kata yang sinis.

"Sekarang belum pun masuk musim sejuk lagi."

Monica meneguk air liurnya.

"Biasanya beruang akan membuta sepanjang musim sejuk."

Monica hanya merenung pandangan mata Selwyn di sebalik kaca matanya.

"Dan mereka akan bangun untuk makan sahaja."

Hati Monica tersentak. Hanya kerana dia telah terlajak tidur dia telah disamakan dengan beruang.

"Tapi awak lebih dahsyat daripada beruang. Belum musim sejuk pun awak dah terlajak tidur. "

Aduh. Jantung Monica bagaikan dipanah. Tak guna. Hina sangat ke kalau dia berkelakuan seperti beruang?

"Beruang grizzly pun tahu menepati masa."

Tambah Selwyn lagi.

Okey, baiklah. Itu maksudnya. Terlajak tidur dan mungkir janji. Selwyn melampau. Kalau tak nak menunggu kejutkanlah! Sengaja je! Sakit hatinya. Matanya mula berkaca-kaca. Tak guna.
Monica mula mengatur langkah. Lebih baik dia membuta sahaja!

Selwyn pula dengan kasarnya menarik lengan Monica.

Langkah Monica terus terhenti.

"Tak payahlah tarik-tarik."

Ujar Monica dingin. Pandangan matanya tajam menikam pandangan mata Selwyn. Belum sempat nak minta maaf dah kena kutuk. Tak guna.

"Selamat hari lahir..."

Ucap Selwyn kepada isterinya Monica.

Ucap Selwyn kepada isterinya Monica

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SUMPAHAN MATA MERAH (ON HOLD)Where stories live. Discover now